omniture

"SEAsonality" UNTUK HARI LAUTAN SEDUNIA RELAIS & CHATEAUX MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN TANGKAPAN IKAN, HAIWAN KRUSTASIA DAN MOLUKSA YANG LESTARI

Relais et Chateaux
2023-06-05 21:00

Sejak tahun 2009 di lebih 60 buah negara, 580 ahli hartanah Relais & Châteaux telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan para tetamu mereka akan kepentingan produk makanan laut yang lestari. Untuk tahun keenam berturut-turut, Relais & Châteaux akan meraikan Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun dengan kerjasama Ethic Ocean.  

PARIS, 5 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada tahun ini, Relais & Châteaux ingin mengukuhkan lagi tema SEAsonality dan mendedahkan bahawa idea "kebermusiman" tidak semestinya merupakan suatu kriteria kelestarian dalam hal-hal berkaitan makanan laut. Kriteria pertama dan paling penting ialah pengesahan status stok.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:  
https://www.multivu.com/players/uk/9173251-seasonality-world-oceans-day-relais-chateaux-taking-action/

Sepanjang bulan Jun, beratus-ratus orang jurumasak Relais & Châteaux bakal mempamerkan produk makanan laut yang lestari serta menerangkan definisi yang tepat tentang istilah kebermusiman yang berhadapan dengan pelbagai pratanggapan.

Kempen Hari Lautan Sedunia Relais & Châteaux 2023 :

Tiga ahli Relais & Châteaux menekankan implikasi SEAsonality di hartanah mereka yang merujuk kepada perikanan laut dan air tawar serta akuakultur: 

  • Cef Elena ARZAK (Restoran ARZAK, Donostia, San Sebastián, Sepanyol) menyorot tumpuan kepada ikan bilis Eropah (Engraulis encrasicolus), di mana stok di Teluk Biscay telah bertambah hasil kuat kuasa peraturan larangan memancing selama lima tahun antara tahun 2005 hingga 2010. Sumber ini kini dipantau dengan teliti dan para jurumasak terus terlibat secara konsisten dengan nelayan tempatan dan pusat penyelidikan AZTI tempatan dalam proses ini. 
  • Cef Scott BACON (Ivy Hotel – restoran MAGDALENA, Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat) telah menambah spesies invasif dari Teluk Chesapeake, ikan keli biru (Ictalurus furcatusi) ke dalam menu untuk menarik perhatian ramai kepada spesies yang kurang dikenali ini yang jika dianggap sebagai ikan hidangan, boleh memberi kesan kepada seluruh ekosistem. 
  • Pemilik Hannes BAREISS (Hotel BAREISS, Baiersbronn-Mitteltal, Jerman) telah mengusahakan salah satu ladang ikan yang paling moden dan inovatif di Baden-Württemberg untuk penetasan, pemeliharaan dan pematangan ikan trout. Dengan memodenkan stesen akuakultur Forellenhof Buhlbach dalam tempoh lima tahun, beliau membangunkan sebuah model akuakultur lestari yang termaju dan mesra alam sekitar serta menghormati kebajikan haiwan. 

"Mengusahakan produk makanan laut bermusim bermakna mencabar pelbagai idea pratanggapan dan mengalihkan tumpuan kepada status stok ikan, haiwan krustasia dan moluska serta keadaan perikanan yang terlibat semasa penangkapannya. Dengan belajar menghormati hidupan marin melalui konsep kebermusiman yang difikirkan semula ini dan berkat daripada hasil usaha Ethic Ocean, para jurumasak Relais & Châteaux kini mempunyai akses kepada data saintifik terkini tentang status stok makanan laut. Dengan cara ini, mereka menjadi duta awam untuk amalan terbaik – bukan sahaja di restoran malah di tempat-tempat penjualan ikan. Idea tentang SEAsonality ini membantu kami memahami dengan lebih baik tentang betapa pentingnya melindungi lautan," kata Mauro Colagreco, Naib Presiden Relais & Châteaux

Sertai kami dalam Hari Lautan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (#UNWorldOceansDay) untuk meraikan SEAsonality (#SEAsonality #SEAsonnalité) dan memberi inspirasi kepada dunia untuk mengambil tindakan yang menunjukkan bahawa arus air lautan kini berubah (#planetocean #tidesarechanging). 

Tentang Relais & Châteaux 

PERGERAKAN DENGAN MAKNA 

Relais & Châteaux yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan sebuah persatuan dengan 580 buah hotel dan restoran unik di seluruh dunia, dimiliki dan dikendalikan oleh para usahawan bebas – kebanyakan merupakan milik keluarga – yang bersemangat tentang kemahiran mereka dan amat komited untuk menjalin hubungan yang mesra dan berkekalan dengan para tetamu mereka. 

Ahli-ahli Relais & Châteaux melindungi dan mempromosikan kekayaan dan kepelbagaian tradisi kulinari dan hospitaliti di dunia untuk memastikan mereka terus berkembang maju. Mereka juga berdedikasi untuk memelihara warisan tempatan dan alam sekitar, seperti yang diartikulasikan dalam Visi persatuan yang telah dibentangkan kepada UNESCO pada bulan November 2014. 

www.relaischateaux.com  

Hubungan:

Lars Seifert, Ketua Pegawai Komunikasi dan Kelestarian
l.seifert@relaischateaux.com

Isabelle Guéguen, Ketua Perhubungan Awam & Pengaruh
i.gueguen@relaischateaux.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2084339/Relais_et_Chateaux.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2084329/Relais_et_Chateaux_Logo.jpg?p=medium600

“SEAsonality”FOR WORLD OCEANS DAY RELAIS & CHATEAUX IS TAKING ACTION TO SERVE SUSTAINABLY CAUGHTFISH, CRUSTACEANS, AND MOLLUSKS
“SEAsonality”FOR WORLD OCEANS DAY RELAIS & CHATEAUX IS TAKING ACTION TO SERVE SUSTAINABLY CAUGHTFISH, CRUSTACEANS, AND MOLLUSKS

 

 

 

Source: Relais et Chateaux
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Hotels and Resorts Travel Broadcast feed announcements