omniture

TMF Group Ambil Alih TassAxia Indonesia

TMF Group
2014-04-14 20:58 408

LONDON dan JAKARTA, Indonesia, 14 April 2014 /PRNewswire/ --

Pelaksanaan strategi serantau menyediakan platform untuk perkembangan selanjutnya

TMF Group, peneraju penyedia perkhidmatan perniagaan berkualiti tinggi kepada para pelanggan yang menjalankan operasi dan melabur pada peringkat global, dengan bangganya mengumumkan pengambilalihan perniagaan dan aset PT TassAxiaSolusi ("TassAxia"), salah satu penyedia terbesar di Indonesia bagi perkhidmatan senarai gaji dan juga pentadbiran sumber manusia.

Setelah ditubuhkan pada tahun 2004, TassAxia telah berkembang menjadi perniagaan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan kepada sejumlah besar syarikat multinasional dan kumpulan domestik.

Pengambilalihan ini melibatkan pemindahan kakitangan TassAxia, pelanggan serta perniagaan baharu yang sedang diusahakan, kepada TMF Group, dengan lebih dua kali hasil tahun 2013 dan jumlah kakitangan di pejabatnya yang berpusat di Jakarta.

Pemindahan ini turut menandakan langkah penting dalam strategi kemajuan serantau TMF Group, lalu menyediakan peningkatan saham pasaran serta kemampuan pengendalian perniagaan tersebut bagi membantu sejumlah organisasi multinasional yang kian meningkat untuk mencari peluang dalam salah satu ekonomi yang paling pantasberkembang di dunia.

TMF Group telah membiayai pengambilalihan tersebut daripada sumber kewangan sedia ada. Segala terma kewangan pemindahan tersebut belum didedahkan.

Vinod Kumar, Pengarah Urusan TMF Group Indonesia telahmengulas:

"Perjanjian ini merupakan saat penting dalam pelaksanaan strategi serantau TMF Group secara berterusan. Pengambilalihan ini bukan sahaja dapat memantapkan kedudukan kami dalam pasaran senarai gaji dan pentadbiran sumber manusia, bahkan dapat menyediakan platform yang kukuh bagi menawarkan lebih banyak perkhidmatan kami kepada para pelanggan multinasional TassAxia hanya melalui satu titik hubungan."

Hugo van Vredenburch, Ketua Eksekutif TMF Group turutmengulas:

"Bersama salah satu ekonomi yang paling pantas berkembang di dunia, Indonesia ialah pasaran pertumbuhan utama bagi TMF Group. Pemindahan ini dapat memantapkan lagi kehadiran setempat serta kepakaran kami,lalu memastikan kami berada pada kedudukan yang baik bagi memenuhi keperluan organisasi multinasional yang berhasrat untuk memperluas jejak mereka pada peringkat global."

Latar Belakang TMF Group: 

TMF Group merupakan peneraju penyedia perkhidmatan perniagaan berkualiti tinggi kepada para pelanggan yang menjalankan operasi dan turut melabur pada peringkat global. Syarikat ini bertumpu terhadap usaha menyediakan perkhidmatan kewangan,perundanganserta pentadbiran sumber manusia yang khusus dan diperlukan oleh sesuatu perniagaan bagi membantu para pelanggan mengendalikan struktur korporat, wahana kewangan serta dana pelaburan di pelbagai lokasi yang berlainan. TMF Group beroperasi di lebih 75 negara di sekitar Amerika, Asia Pasifik, Eropah dan juga Timur Tengah.

http://www.tmf-group.com

SUMBER  TMF Group

Source: TMF Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers