omniture

StarCompliance Memperluas Platform Pematuhan Pekerjanya yang Terkemuka Melalui Pengambilalihan ETHIX360

StarCompliance
2023-06-06 23:00

Penggabungan penyelesaian Pengurusan Dasar dan Insiden Pekerja yang terbaik dengan tawaran yang kukuh daripada Star menyatukan Tatakelakuan dan Etika ke dalam satu platform pematuhan pekerja yang menyeluruh.

ROCKVILLE, Maryland, 6 Jun 2023 /PRNewswire/ -- StarCompliance ("Star"), penyedia perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi pematuhan pekerja, mengumumkan pengambilalihannya terhadap ETHIX360, penyedia penyelesaian pengurusan pematuhan dan risiko bersepadu generasi seterusnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Penyelesaian SaaS berasaskan awan daripada ETHIX360 ini menyediakan pengurusan kes, pengurusan dasar, latihan pematuhan dan keupayaan pemberi maklumat kepada lebih empat juta pekerja di 80 buah negara dalam pelbagai industri yang merangkumi pembuatan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, tenaga, peruncitan dan hospitaliti, sektor awam serta pendidikan. Pengambilalihan ini memperluas lagi rangkaian produk StarCompliance yang terkemuka untuk menyediakan penyelesaian pematuhan bagi kedua-dua konflik kepentingan dan tatakelakuan pekerja.

"Kami telah menyaksikan kewujudan garisan kabur yang lebih luas antara jabatan Pematuhan dan Sumber Manusia yang berkaitan dengan pematuhan pekerja," jelas Jennifer Sun, Ketua Pegawai Eksekutif StarCompliance. "Melalui penggabungan penyelesaian percanggahan kepentingan pekerja daripada Star dengan produk tatakelakuan pekerja daripada ETHIX360, kami menghasilkan sebuah platform yang unggul dan komprehensif kepada syarikat yang memberikan pandangan menyeluruh terhadap aktiviti pematuhan pekerja serta menawarkan sebuah portal tunggal kepada para pekerja untuk mengakses program pematuhan syarikat mereka," kata Sun.

Penyelesaian Pengurusan Dasar & Insiden Pekerja yang baharu daripada Star ini memperluas tawaran platform pematuhan pekerja sedia masa depannya yang kukuh dengan menambah keupayaan yang dipertingkat, termasuk:

  • Platform pengurusan kes dengan kaedah pengambilan untuk melaporkan kebimbangan pekerja serta mengumpul, mengurus, menyiasat dan menyelesaikan insiden.
  • Penyelesaian pengurusan dasar yang memudahkan penciptaan, pengekalan dan pengurusan dasar.
  • Portfolio kandungan latihan pematuhan dan etika pihak ketiga dan proprietari
  • Pusat panggilan langsung dan digital yang patuh sepenuhnya membolehkan pengambilan insiden laman web dan telefon di pelbagai negara dan dalam pelbagai bahasa.

"Penggabungan pangkalan pelanggan kami yang berbilang vertikal dengan jejak Star yang luas dalam perkhidmatan kewangan mewujudkan peluang pertumbuhan yang unik untuk kedua-dua syarikat ini," kata J Rollins, Ketua Pegawai Eksekutif ETHIX360. "Kami teruja menjadi bahagian yang penting dalam perjalanan Star untuk mengubah landskap industri pematuhan melalui sebuah platform pematuhan pekerja yang benar-benar serba lengkap."

Mewakili pelaburan produk yang dilakukan oleh Star secara besar-besaran, urus niaga ini meningkatkan penyelesaian Star kepada pelanggan baharu dan sedia ada serta akan menjadikan setiap produk syarikat tersedia kepada pangkalan pelanggan yang lain dan prospek tanpa sebarang gangguan perkhidmatan pada pelanggan sedia ada.  Pengambilalihan yang inovatif ini membawa Kod Tatakelakuan dan Kod Etika secara unik ke dalam satu platform komprehensif yang menyediakan ruang yang selamat untuk para pekerja menyuarakan kebimbangan, sebuah sistem yang selamat untuk menyiasat dan menyelesaikan kebimbangan tersebut, dengan lebih banyak sumber serta keupayaan analisis dan pelaporan yang canggih untuk menilai risiko dan memantau prestasi.

Tentang ETHIX360

ETHIX360 menyediakan penyelesaian yang berkesan dan komprehensif terhadap komunikasi pekerja, pengurusan dasar, latihan korporat dan pengurusan kes tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan etika korporat, kod tatakelakuan, penipuan, rasuah dan keganasan di tempat kerja. Penyelesaian Pematuhan sebagai Perkhidmatan (CaaS) generasi seterusnya daripada syarikat ini boleh dikonfigurasi dengan mudah dan boleh digunakan untuk tenaga kerja global dalam masa yang yang singkat iaitu sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam. ETHIX360 menawarkan pengalaman pengguna yang intuitif yang menyokong penerimagunaan awal, memastikan para pekerja selamat dan membantu syarikat membina budaya pematuhan. www.ethix360.com 

Tentang StarCompliance 

StarCompliance ialah penyedia penyelesaian teknologi pematuhan yang terkemuka di dunia. Dipercayai di seluruh dunia oleh syarikat-syarikat berpandangan ke hadapan di 114 buah negara, platform pematuhan sedia masa depan daripada Star ini memberikan kebolehkonfigurasian atas permintaan, integriti pelbagai bidang kuasa dan kecerdasan yang boleh dilaksanakan yang anda perlukan untuk memantau konflik, memenuhi tanggungjawab kawal selia dan mengurangkan risiko. Pematuhan tidak perlu lagi menjadi sesuatu yang rumit. Ketahui tentang UX intuitif dan mudah daripada Star serta berikan perlindungan pelbagai lapisan yang diperlukan oleh para pekerja anda untuk melaksanakan pematuhan dengan yakin. www.starcompliance.com

Source: StarCompliance
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion