BUSHMILLS VILLAGE, Northern Ireland, 15 April 2014 /PRNewswire/ --
Gary Lightbody (Snow Patrol), Peter Buck (REM), Richard Colburn (Belle and Sebastian) serta penulis, penerbit dan pemain berbilang alat muzik, Iain Archer bakal membuat persembahan di pesta muzik dan wiski buatan khas
Tired Pony, kumpulan pemuzik hebat pujian ramai yang ditubuhkan oleh Gary Lightbody daripada kumpulan Snow Patrol, hari ini telah disahkan akan membuat persembahan semasa pesta 'Bushmills Live' dengan hadirin terpilih di pesisiran pantai utara Ireland pada 12 Jun 2014. Ini akan menjadi persembahan pertama kumpulan itu di Ireland.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140414/680742 )
Penghargaan Lightbody terhadap muzik irama 'country' menyebabkan beliau menghubungi rakan beliau dalam industri muzik bagi membantu beliau mengeluarkan album lalu terhasillah TIRED PONY. Kumpulan itu terdiri daripada Lightbody; Peter Buck daripada REM, Richard Colburn daripada Belle & Sebastian; dan juga rakan artis Iain Archer; Jacknife Lee; Scott McCaughey serta Troy Stewart.
'Bushmills Live 2014' akan dibarisi kumpulan pemuzik British baharu yang berjaya 'The 1975' dengan lebih banyak persembahan lain bakal diumumkan kelak. Peminat muzik dan wiski akan dijemput ke Old Bushmills Distillery pada 11 dan 12 Jun untuk satu-satunya pesta muzik dan wiski buatan khas dunia di kilang penghasilan wiski Ireland. 700 pengunjung pesta bakal menyaksikan artis baharu serta artis ikonik berkongsi ruang pentas untuk siri persembahan dengan hadirin terpilih di dalam bangunan lama, tempat seni penghasilan wiski telah disempurnakan selama berkurun lamanya.
Tiket pesta yang 'tidak dapat dibeli dengan wang' itu tidak dijual kepada orang awam. Sebaliknya, peminat wiski dan muzik dapat memenangi peluang untuk menikmati pengalaman Bushmills Live yang tersendiri, termasuklah kos penerbangan serta penginapan, dengan menyertai cabutan bertuah di facebook.com/bushmills. Cabutan ini ditutup pada 28 April (18 April di Rusia).
Colum Egan, Pakar Penyuling Wiski Bushmills Irish Whiskey berkata: "Saya teruja kerana Gary akan kembali ke kilang penghasilan wiski ini bersama Tired Pony. Tired Pony pernah menjemput tetamu istimewa membuat persembahan dengan mereka sebelum ini. Siapa tahu siapa pula yang mereka akan jemput pada bulan Jun nanti?
"Pesta tahun ini nampaknya akan menjadi yang terbaik setakat ini. Gabungan wiski lazat, yang diminum secara berhemah dalam kalangan rakan serta muzik yang hebat memang tidak dapat ditandingi. Inilah sebabnya kami wujudkan acara Bushmills Live ini."
Nota kepada Editor
Bushmills Live ialah pesta muzik tahunan yang menjemput artis baharu serta artis ikonik untuk siri persembahan dengan hadirin terpilih di dalam bangunan lama di Old Bushmills Distillery yang bersejarah, tempat seni penyulingan telah disempurnakan sejak beberapa generasi yang lalu.
Pertandingan:
Pertandingan Facebook ini terbuka kepada penduduk negara:
Portugal, Jerman, Rusia, AS, Latvia, Estonia, Poland, United Kingdom, Republik Ireland.
Dari setiap negara, seorang pemenang akan memenangi sepasang tiket bagi menghadiri 'Bushmills Live'.
Ikuti Bushmills Irish Whiskey di: Facebook: facebook.com/bushmills
Twitter: @BushmillsGlobal
Latar belakang 'TIRED PONY'
TIRED PONY terdiri daripada Gary Lightbody (Snow Patrol), Peter Buck (REM), Iain Archer, Richard Colburn (Belle and Sebastian), Scott McCaughey, Troy Stewart serta penerbit/pemain berbilang alat muzik Garret "Jacknife" Lee. Mereka telah mengeluarkan dua album: The Place We Ran From pada tahun 2010 dan The Ghost of the Mountain yang dikeluarkan pada tahun lepas.
Latar belakang 'The 1975'
'The 1975' ialah kumpulan indie/rock alternatif yang telah ditubuhkan di Manchester. Kumpulan itu terdiri daripada Matthew Healy (vokal/gitar), Adam Hann (gitar), George Daniel (dram) dan juga Ross MacDonald (gitar bes). Album sulung mereka yang bertajuk nama kumpulan mereka sendiri telah dikeluarkan pada 2 September 2013 dan telah merangkul kedudukan No. 1 dalam Carta Album UK semasa dikeluarkan.
Latar belakang Bushmills Irish Whiskey
Bushmills Irish Whiskey dibuat khusus dalam bilangan terhad bagi rasa yang lazat di kilang penyulingan tertua di Ireland yang masih berfungsi, di Co. Antrim, Ireland Utara. Portfolio The Old Bushmills Distillery termasuklah tujuh jenis minuman yang memenangi anugerah: Bushmills, Bushmills Black Bush™, Bushmills 10 Year Old Single Malt, Bushmills 16 Year Old Single Malt, Bushmills 21 Year Old Single Malt, edisi ulang tahun kami, Bushmills 1608 dan juga Bushmills Irish Honey Spirit Drink.
Latar belakang Diageo
Diageo ialah perniagaan minuman premium yang menerajui di dunia dengan koleksi mengagumkan yang terdiri daripada jenama minuman beralkohol dalam kategori minuman keras, wain dan juga bir. Jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, Smirnoff, vodka Cîroc serta Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan juga Guinness.
Diageo ialah syarikat global, dengan produknya terjual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu tersenarai dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Bagi maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangannya serta jenamanya, sila lawati http://www.diageo.com. Bagi sumber global Diageo yang menggalakkan amalan minum secara berhemah melalui perkongsian alatan amalan terbaik, maklumat serta inisiatif, lawati http://www.DRINKiQ.com.
Sumber: Bushmills Irish Whiskey