Modul LCD skrin sentuh berintangan mudah pasang berukuran 2.8 inci dan 4.3 inci memudahkan mobiliti untuk projek dan aplikasi Raspberry Pi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan dua kit permulaan paparan skrin sentuh untuk Raspberry Pi, yang menyediakan antara muka pendawaian pantas dan mudah serta ideal untuk mencipta projek dan aplikasi Raspberry Pi bimbit dan berkuasa rendah.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Kit permulaan untuk modul uLCD-28PTU-PI 2.8 inci dan uLCD-43PTU-PI 4.3 inci telah dibangunkan oleh 4D Systems dan menyediakan semua komponen yang diperlukan oleh para pengguna untuk menyambungkan Raspberry Pi mereka kepada paparan skrin sentuh yang baharu ini, lalu membolehkan projek mereka terus dijalankan dan sedia untuk diatur cara dalam masa beberapa minit sahaja. Aspek tersendiri kit tersebut ialah Perisai Penyuai Pi 4D, yang bersambung kepada port GPIO bersiri di Raspberry Pi dan kepada modul paparan skrin sentuh melalui kabel 5 hala. Perisai Penyuai turut mereplikakan talian GPIO Raspberry Pi dan turut membenarkan para pengguna mendapat akses mudah kepada fungsi Raspberry Pi lain.
Paparan tersebut memberikan penyelesaian HMI (Antara Muka Manusia Mesin) yang berkuasa untuk aplikasi Raspberry Pi yang mempunyai kemampuan sentuhan berintangan, penguat dan pembesar audio, serta resolusi 480 x 272 dan 240 x 320 piksel masing-masing untuk skrin 4.3 inci dan 2.8 inci.
Setiap kit permulaan mengandungi: perisai penyuai Pi bersiri 4D; kad microSD 2GB; penyuai pengatur cara uUSB-PA5; kabel pelompat betina-betina 5 hala 150 mm untuk sambungan pantas dengan papan reka atau peranti lain; penyuai jantan-jantan 5 hala untuk menukarkan kabel menjadi sambungan jantan-betina; serta panduan pengguna permulaan pantas. Siri pustaka perisian aplikasi ViSi-Genie juga boleh didapati untuk berkomunikasi dengan kod pengguna dan papan Raspberry Pi.
Menurut Jonathan Boxall, Ketua Global bahagian Semikonduktor di RS Components, "Terdapat minat yang sangat mendalam untuk Raspberry Pi dalam kalangan perniagaan dan penggemar barangan elektronik, manakala kedua-dua modul paparan skrin sentuh ini serta alatan berkaitan daripada 4D Systems akan merangsang lagi platform Raspberry Pi bagi pembangunan prototaip, lalu membolehkan para pengguna bermula pantas untuk membangunkan aplikasi berasaskan Raspberry Pi yang inovatif."
uLCD-28PTU-PI (SK-28PTU-PI) 2.8 inci dan uLCD-43PT-PI (SK-43PT-PI) 4.3 inci 4D Systems kini mempunyai stok dan boleh didapati pada peringkat global melalui rangkaian RS.
Latar belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013 telah mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
SUMBER: RS Components