omniture

PERDANA MENTERI MALAYSIA BAKAL MEMBUAT KEMUNCULAN PENTING DI IGEM DAN SIDANG KEMUNCAK ATOZERO ASEAN SULUNG PADA OKTOBER

Constellar
2023-06-07 18:01 63

Pelancaran AtoZero ASEAN merupakan perkongsian pertama Constellar dan MGTC dengan fokus pada perbincangan Sifar Bersih peringkat tinggi global

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Dengan negara-negara seluruh dunia berlumba-lumba ke arah Sifar Bersih, terdapat dorongan yang kuat untuk kerajaan dan pemimpin industri mempercepatkan peralihan mereka kepada bentuk tenaga hijau yang baharu. AtoZero, atau "Accelerate To Net Zero", ialah siri acara baharu yang menghimpunkan pembuat keputusan penting dan penggerak perubahan untuk meneroka secara komprehensif laluan, dasar dan peluang perniagaan yang akan memberi manfaat kepada agenda perubahan iklim global.

Sidang Kemuncak & Pameran AtoZero ASEAN sulung akan ditempatkan bersama-sama Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 4 – 6 Oktober 2023.
Sidang Kemuncak & Pameran AtoZero ASEAN sulung akan ditempatkan bersama-sama Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 4 – 6 Oktober 2023.

Siri tersebut dilancarkan dengan Sidang Kemuncak & Pameran AtoZero ASEAN (AtoZero ASEAN) sulung yang dianjurkan secara bersama oleh Constellar dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC). Ia akan ditempatkan bersama-sama Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 4 - 6 Oktober 2023, yang mana majlis pembukaan bersama akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak AtoZero ASEAN

Dengan tema "Berhubung, Berkolaborasi, Mempercepat" ("Connect, Collaborate, Accelerate"), sidang kemuncak tiga hari ini akan menghimpunkan menteri tenaga, kumpulan pemikir, pembiaya dan pemimpin industri dalam pembangunan tenaga boleh baharu global dan teknologi hijau untuk mendorong dialog dasar, memaparkan inovasi dan mempercepatkan perkongsian yang akan memperkasa negara-negara ASEAN dalam laluan Sifar Bersih mereka.

Acara itu akan diadakan tepat pada masanya untuk menghubungkan pemegang kepentingan utama tatkala negara-negara di seluruh rantau ini memulakan perjalanan bercita-cita tinggi mereka untuk mencapai Sifar Bersih menjelang tahun 2050-2060. Komitmen iklim Malaysia untuk mengurangkan intensiti emisi gas rumah hijau (GHG) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang tahun 2030 telah membawa kepada inisiatif dan pencapaian penting dalam penyahkarbonan dan pembangunan tenaga boleh baharu, menekankan kepentingan inisiatif dasar dalam menyokong penerimaan selanjutnya tenaga boleh baharu dan projek ketersambungan rentas sempadan.

"AtoZero dibayangkan sebagai satu siri sidang kemuncak eksekutif kanan antarabangsa yang menghimpunkan komuniti global untuk mencetuskan perubahan dasar dan perkongsian strategik yang memberi impak positif kepada 3.5 bilion populasi kolektif dalam pasaran yang diwakili. Kami gembira untuk memulakan siri kukuh dengan ucaptama penting daripada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, mewujudkan keadaan untuk platform yang rancak, inklusif dan berimpak tinggi yang menghimpunkan pemegang kepentingan yang paling penting secara langsung membentuk peralihan Sifar Bersih rantau ASEAN," kata En. Chua Wee Phong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Constellar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Ts. Shamsul Bahar, berkata, "Sebagai penganjur bersama IGEM, MGTC berbangga dapat terus mendorong pertumbuhann ekonomi hijau di rantau ini dengan rekod prestasi memperoleh lebih RM41 bilion dalam peneraju perniagaan dan menarik lebih 500,000 pengunjung dari lebih 50 negara sejak tahun 2010."

"Dengan tema tahun ini iaitu 'Berlumba Ke Arah Sifar Bersih: Kepimpinan untuk Tindakan Iklim' ('Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action') dan perkongsian kami dengan Constellar, IGEM bersedia untuk mempercepatkan lagi keputusan dan inisiatif berpandukan kepimpinan bagi menyampaikan tindakan iklim. Kami yakin bahawa dengan kepakaran dan sokongan Constellar, kami akan dapat mencapai misi yang bercita-cita tinggi ini," tambah beliau.

AtoZero ASEAN akan menjadi tuan rumah kepada lebih 10 VIP Menteri, 150 penceramah, 50 pempamer dan penaja serantau dengan lebih daripada 1,000 delegasi dijangka hadir untuk mendapatkan pandangan serta akses kepada sektor tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Sidang Kemuncak & Pameran AtoZero ASEAN pertama disokong padu oleh pihak berkepentingan utama Malaysia termasuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), penganjur bersama MGTC serta pemimpin-pemimpin dalam sektor-sektor penting termasuk tenaga boleh baharu (solar, angin dan storan utiliti) gas asli cecair (LNG), hidrogen, penangkapan karbon serta teknologi hijau baru muncul yang lain.

AtoZero ASEAN merupakan sebahagian daripada siri acara global AtoZero yang bertujuan untuk mencetuskan dialog dasar, pertukaran ilmu pengetahuan dan menggalakkan perkongsian perniagaan. Edisi-edisi masa depan telahpun dirancang untuk India pada Disember 2023 dan China pada Mei 2024 dan butiran lanjut akan dikongsi oleh Constellar dalam masa terdekat.

Sekiranya anda ingin hadir, mengadakan pameran atau menaja AtoZero ASEAN 2023, sila kunjungi atozero.energy atau hubungi event.asean@atozero.energy

Latar Belakang AtoZero

Peralihan kepada Sifar Bersih menuntut tindakan bersama. Bagi pasaran dengan populasi yang amat besar, menukar cita-cita menjadi suatu kenyataan dan memberi impak yang besar merupakan cabaran yang ingin ditangani oleh AtoZero (Accelerate to Net Zero) melalui satu siri penglibatan eksekutif kanan, perkongsian strategik dan kandungan sepanjang tahun yang disesuaikan mengikut setiap pasaran. Bermula dengan China, India dan Asia Tenggara - pasaran-pasaran dengan populasi seramai lebih 3.5 bilion - visi AtoZero adalah untuk mempercepatkan perjalanan pasaran-pasaran ini menuju Sifar Bersih. Untuk maklumat lanjut, kunjungi atozero.energy

Latar Belakang Constellar

Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan rujukan Asia untuk menyusun atur acara yang inovatif dan pengalaman tempat, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi impak untuk menghimpunkan pasaran, perniagaan dan pengguna global bagi mencapai pertumbuhan yang mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu anda untuk membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk tempoh jangka panjang dan menjalin kolaborasi rentas industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)

MGTC ialah sebuah agensi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang diberi mandat untuk memacu negara ini mempercepatkan pertumbuhan hijau, menggalakkan pemerkasaan tindakan iklim dan memupuk gaya hidup mesra alam.

Tiga dasar negara, khususnya Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP), Dasar Perubahan Iklim Negara (NCCP) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP), mengawal selia peranan MGTC sebagai pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi hijau.

Arahan utama MGTC adalah untuk merealisasikan gas rumah hijau (GHG) Sifar-Bersih Malaysia pada tahun 2050 melalui 45% pengurangan dalam jumlah emisi GHG berbanding intensiti 2005 menjelang tahun 2030, meningkatkan nilai KDNK sebanyak RM 100 bilion dalam sektor teknologi hijau dan menjana 230,000 peluang pekerjaan mesra alam.

 

Source: Constellar
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Future Events