LONDON, June 8, 2023 /PRNewswire/ -- Penyelidikan baharu daripada Omdia mendedahkan bahawa sebahagian besar filem dan siri adaptasi yang berasal daripada IP permainan adalah berbentuk animasi. Jepun telah memaksimumkan peluang daripada IP media silang selama beberapa dekad, yang menyaksikan Pokémon mencapai kejayaan di peringkat global yang berprofil tertinggi. Tiga perempat (72%) daripada adaptasi permainan video sejak tahun 1982 adalah daripada animasi, dengan 65% daripada adaptasi ini berasal daripada siri anime Jepun.
"Kebanyakan IP Jepun yang berjaya cenderung digambarkan sebagai media silang sejak peringkat awal lagi", ulas James McWhirter, Penganalisis Kanan Omdia. "Para pelabur dalam jawatankuasa penerbitan anime mendedahkan kepelbagaian multimedia ini di mana syarikat label rekod, penerbit permainan dan penyiar TV telah bersama-sama membiayai siri-siri baharu ini. Hal ini menunjukkan kesalingbergantungan antara kejayaan anime dengan bentuk media setiap pembiaya dalam IP yang sama".
Hasil pendekatan yang mengutamakan multimedia ini adalah jelas. Siri anime yang terlaris pada tahun 2021 daripada IP Uma Musume Cygames telah membantu memacu pendapatan permainan mudah alih sampingan iaitu Uma Musume: Pretty Derby hingga mencapai pendapatan bersih yang bernilai melebihi $1.2 bilion yang diperolehi daripada 11 juta pemain*. Ia turut disertai dengan pelancaran lebih 30 buah drama dan CD muzik serta pelbagai siri manga.
Walaupun anime di pawagam lambat berkembang disebabkan hanya beberapa filem yang tersedia selama bertahun-tahun di Amerika Utara, namun ia telah berubah. Filem pecah panggung menunjukkan peningkatan pada tahun 2022, di mana lima filem utama telah dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2023. Sebelum ini filem anime yang lebih besar diberikan siaran teater yang terhad. Walau bagaimanapun, strategi penyiaran ini berubah apabila popularitinya semakin meningkat. Demon Slayer: Mugen Train telah menyaksikan prestasi filem anime pecah panggung yang mencatatkan rekod di Amerika Utara serta disusuli dengan anime popular seperti Jujutsu Kaisen 0: The Movie dan Dragon Ball Super: Super Hero.
David Hancock, Ketua Penganalisis dalam amalan media dan hiburan Omdia menyatakan "Perkhidmatan penstriman global telah mengubah profil risiko anime dan membukanya kepada khalayak baharu. Penstrim khusus, Crunchyroll turut memperluas pangkalan pelanggannya setelah diambil alih oleh Sony pada tahun 2021. Dengan 10 juta pelanggan, platform ini menawarkan akses kepada lebih 40,000 episod dan telah menjadi daya pendorong di sebalik peningkatan anime di AS. Anime juga penting kepada kedudukan kompetitif Netflix dalam persaingannya dengan penstrim lain".
* Analisis Omdia bagi data Sensor Tower
TENTANG OMDIA
Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.
Hubungan
Fasiha Khan: fasiha.khan@omdia.com