SESTO SAN GIOVANNI, Itali, 15 April 2014 /PRNewswire/ -- Campari memperkenalkan Label Seni baharu edisi terhad, pentafsiran semula moden bagi rangkaian seni yang dihasilkan oleh Fortunato Depero iaitu salah seorang artis yang paling kerap menjadi wakil gerakan Futuris yang telah lama bekerjasama dengan Campari.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/71400517-campari-presents-the-2014-art-labels
Tiga label koleksi merupakan unsur utama Campari edisi terhad serta merangkumkan ketiga-tiga saat penting yang amat berkait rapat dengan penggunaan optimum produk tersebut: persediaan koktel sempurna, peluang menikmati Campari serta merasainya.
Label pertama telah diilhamkan daripada lakaran dakwat hitam putih yang dibuat pada sehelai kertas pada tahun 1928. Ia merupakan kajian grafik yang dijalankan untuk Campari, dengan menggambarkan saat ketika meminum alkohol, dikaji semula dan diwarnakan semula berlatarkan warna hijau dengan warna merah jelas kelihatan.
Label kedua dengan latar berwarna kuning menggambarkan kolaj yang telah dihasilkan pada tahun 1927. Imej tersebut mewakili lakaran asli yang disimpan di dalam arkib koleksi Galleria Campari yang telah dihasilkan oleh artis dengan menggunakan pensel warna. Ia melambangkan kegembiraan serta minat mendalam terhadap Campari: bukti paling jelas karakter yang digambarkan ialah hatinya yang diwarnakan seperti warna minuman tersebut di dalam gelasnya.
Label Seni ketiga pula, yang melengkapkan koleksi tersebut berlatarkan warna ungu dan merupakan satu-satunya yang telah dihasilkan menggunakan warna, iaitu suatu ilustrasi dari tahun 1928 oleh Depero dengan menggunakan teknik kolaj. Hasil seni ini menggambarkan lelaki kecil ikonik Depero ketika merasai Campari. Kombinasi warna menghasilkan kesan tersendiri dan turut ditekankan menerusi cecair merah produk tersebut.
Andrea Conzonato, Ketua Pegawai Pemasaran Gruppo Campari mengulas: "Label Seni baharu inilah penghormatan untuk seorang artis hebat, Fortunato Depero yang telah bekerjasama rapat dengan Campari serta telah menghasilkan hasil seni yang benar-benar tersendiri, dihubungkan bersama jenama tersebut dengan ikatan yang amat kukuh. Kebanyakan hasil kerja artis berkenaan disimpan dalam koleksi Galleria Campari, yang merupakan sebahagian daripada sejarah hasil seni serta hasil komunikasi syarikat tersebut. Ia bertujuan untuk memberi penghormatan kepada tradisi jenama tersebut dan turut meraikannya dengan cara asli yang baharu menerusi pentafsiran semula gerakan seni yang sehingga kini masih dianggap kontemporari dan sangat moden. Oleh itu, Campari mahu mempersembahkankoleksi istimewa kepada para pelanggannya sebagai testimoni terhadap nilai inovatif mantapyang dimiliki jenama tersebut."
Label Seni Campari boleh didapati di Itali bermula pada bulan Mei 2014 dan di seluruh dunia sejurus selepas itu.
Sumber: Gruppo Campari