omniture

Shutterstock Memperkenalkan Pakej Langganan Editorial yang Fleksibel bagi Kandungan Hiburan, Berita Terkini, Sukan dan Arkib

Shutterstock, Inc.
2023-06-08 22:11

NEW YORK, 8 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Shutterstock (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk jenama transformatif, bilik berita dan syarikat media, hari ini mengumumkan pelancaran platform Shutterstock Editorial baharu jenama ini termasuk menawarkan Langganan Editorial buat kali pertama. Destinasi berpusat ini menawarkan keseluruhan tawaran Editorial Shutterstock yang memiliki lebih 90 juta aset merentasi kandungan hiburan, berita terkini, sukan dan arkib yang telah pun tersedia serta lebih 700,000 aset baharu yang ditambah setiap bulan.

Dengan meneruskan momentum pengambilalihan Splash News dan perjanjian baharu dengan Opry Entertainment Group baru-baru ini, pembangunan laman ini merupakan langkah seterusnya dalam perkembangan pesat Editorial Shutterstock sebagai destinasi terkemuka untuk kandungan berita terkini dan kandungan arkib yang eksklusif. Fungsi carian Editorial Shutterstock diperkemas melalui koleksi yang disusun atur yang diperibadikan mengikut pengguna individu serta termasuk penapis dan fungsi carian ramalan berdasarkan sejarah carian. Platform ini akan menawarkan dua pilihan langganan editorial yang unik: Essential, yang ditawarkan secara bulanan dan Elite, yang ditawarkan secara tahunan, serta pilihan membeli-belah à la carte yang tidak memerlukan langganan.

"Kami telah menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk mencari kandungan yang tepat dengan sentiasa berusaha meningkatkan kepelbagaian perpustakaan kami dan kepantasan menyediakan aset baharu untuk para penyumbang kami menerbitkannya," kata Candice Murray, Naib Presiden Global Shutterstock Editorial. "Dengan mengoptimumkan pengalaman carian dan menawarkan langganan khusus, kami telah mencipta penyelesaian yang sempurna untuk setiap pihak yang terlibat dalam ekosistem Editorial."

"Arkib Condé Nast ialah sebuah koleksi berharga bagi penceritaan visual, dan kami teruja kerana hab Editorial Shutterstock baharu ini akan membolehkan para pencinta budaya di seluruh dunia mengakses gambar ikonik ini dengan mudah," kata Ivan Shaw, Pengarah Fotografi Korporat Condé Nast.

Dave Hogan, seorang jurugambar hiburan VIP yang menyertai Shutterstock Editorial baru-baru ini, menambah "Saya dan Shutterstock mempunyai legasi selama 20 tahun merakam detik-detik ikonik dalam sejarah hiburan, dan peralihan yang menarik ini memperluas liputan saya bagi acara hiburan utama, daripada acara karpet merah yang dipenuhi barisan bintang terkenal hingga majlis anugerah berprestij. Platform baharu ini akan memastikan bahawa hasil karya saya akan menerima kebolehlihatan yang tiada tandingan dengan kandungan dan liputan yang paling pantas dan berkualiti tertinggi."

Sila kunjungi destinasi terbaik untuk mencari, meneroka dan melesenkan kandungan editorial di editorial.shutterstock.com.

Tentang Shutterstock
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah sebuah rakan kongsi utama untuk jenama transformatif serta syarikat media dan pemasaran digital yang memperkasakan dunia untuk mencipta dengan keyakinan. Digerakkan oleh berjuta-juta pencipta di seluruh dunia, sebuah enjin data yang semakin berkembang dan pendekatan yang berani terhadap inovasi produk, Shutterstock merupakan platform pelesenan global terkemuka daripada koleksi model 3D, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi berkualiti tinggi yang paling meluas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia hingga berita terkini dan akses senarai editorial hiburan terbaik serta platform penyuntingan kandungan dan perkhidmatan penerbitan studio yang serba lengkap—yang kesemuanya menggunakan teknologi inovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling komprehensif untuk menghidupkan penceritaan.

Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, Twitter, Facebook dan Youtube.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/Shutterstock_Red_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Magazines Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services