-- Urus niaga ini mengukuhkan portfolio penjejakan aset Zebra bagi mewujudkan peneraju global dalam Risikan Aset Syarikat bagi Zaman Terhubung
-- Motorola akan mempunyai tumpuan tunggal terhadap usaha memacu kepimpinan berterusan dalam komunikasi misi kritikal untuk para pelanggan Kerajaan dan Keselamatan Awam
LINCOLNSHIRE, Illinois dan SCHAUMBURG, Illinois, 16 April 2014 /PRNewswire/ -- Zebra Technologies Corporation (NASDAQ: ZBRA) dan Motorola Solutions, Inc. (NYSE: MSI) hari ini mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan muktamad melibatkan Zebra yang akan mengambil alih perniagaan Syarikat Motorola dengan harga $3.45 bilion dalam urus niaga tunai sepenuhnya. Pengambilalihan ini akan dibiayai melalui gabungan tunai dalam tangan serta pengambilan hutang baharu. Urus niaga ini, yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat, tertakluk kepada syarat penutupan lazim termasuk kelulusan kawal selia. Urus niaga ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang hujung tahun 2014.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140414/73074
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140414/73075
"Pengambilalihan ini bakal menukarkan Zebra menjadi peneraju penyediaan penyelesaian yang menyampaikan pandangan serta risikan yang lebih hebat bagi syarikat pelanggan kami serta rantaian nilai lanjutan mereka," menurut Anders Gustafsson, ketua pegawai eksekutif Zebra. "Perniagaan Syarikat ini akan menjana nilai signifikan untuk para pemegang saham kami dengan memacu inovasi produk selanjutnya serta penglibatan yang lebih erat dengan semua pelanggan serta rakan kongsi kami. Ia memantapkan kedudukan Zebra sebagai peneraju inovasi teknologi, dengan penumpuan mobiliti, analisis data dan juga pengkomputeran awan yang semakin pantas berlaku."
"Perniagaan Syarikat kami memang secocok dengan Zebra," menurut Greg Brown, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Motorola Solutions. "Urus niaga ini akan membolehkan kami menajamkan lagi tumpuan strategik kami dalam menyediakan penyelesaian misi kritikal bagi pelanggan kerajaan serta pelanggan keselamatan awam kami. Sebaik sahaja urus niaga ini dimuktamadkan, kami ingin mengembalikan pulangannya kepada para pemegang saham kami secepat yang mungkin."
Dengan jualan pro forma tahun 2013 sebanyak kira-kira $2.5 bilion (kecuali jualan produk iDEN mereka). Perniagaan Syarikat Motorola ialah peneraju industri daripada segi pengkomputeran mudah alih serta perkhidmatan dan teknologi komunikasi penangkapan data lanjutan. Melalui urus niaga ini, Zebra akan memasuki segmen yang perniagaan Syarikat Motorola bersaing dan turut memantapkan kedudukannya dalam industri penting termasuk Peruncitan, Pengangkutan & Logistik, serta Penghasilan dan akan berkhidmat kepada kira-kira 95 peratus daripada senarai syarikat Fortune 500.
Zebra Technologies, dengan jualan tahun 2013 sebanyak $1.0 bilion, ialah peneraju industri daripada segi kod bar dan percetakan syarikat, penjejakan aset, penyelesaian Internet of Things (IoT), dan juga pengesanan pergerakan serta lokasi. Kombinasi semua tawaran teknologi serta penyelesaian penjejakan aset ini, bersama dengan perniagaan Syarikat Motorola, akan mewujudkan peneraju industri dalam bidang risikan aset syarikat bagi Zaman Terhubung.
Gabungan perniagaan Zebra Technologies dan perniagaan Syarikat Motorola boleh mempunyai jualan pro forma tahun 2013 sebanyak kira-kira $3.5 bilion. Hampir 4,500 kakitangan dijangka akan menyertai Zebra sebaik sahaja urus niaga ini dimuktamadkan. Motorola Solutions akan mengekalkan portfolio produk iDEN mereka yang merupakan sebahagian daripada perniagaan Syarikat mereka dan akan meneruskan perniagaan Kerajaan mereka, termasuk portfolio produk radio komersil profesional mereka.
Motorola Solutions akan terus menghasilkan, mereka bentuk, menyepadukan dan turut menyampaikan penyelesaian komunikasi suara dan data yang menerajui industri untuk para pelanggan kerajaan dan pelanggan keselamatan awam seluruh dunia. Motorola Solutions menjual semua produk, perkhidmatan dan juga penyelesaian selamat, misi kritikal serta inovatif ini dengan reka bentuk perisian tersendiri yang canggih daripada segi teknologi keselamatan awam. Ia turut memegang portfolio harta intelek yang tersendiri.
Padanan Strategik untuk Zebra
Urus niaga ini akan meluaskan jangkauan geografi Zebra secara signifikan; syarikat gabungan itu akan mempunyai kira-kira 20,000 rakan kongsi saluran di lebih 100 negara, dan akan memegang portfolio harta intelek yang utuh, dengan kira-kira 4,500 paten AS dan juga antarabangsa yang telah dikeluarkan serta yang masih menunggu kelulusan. Faedah penting kepada Zebra serta para pemegang sahamnya termasuklah:
Rasional Strategik untuk Motorola Solutions
"Pada tahun lepas, kami telah mengadakan kaji semula yang menyeluruh tentang strategi kami lalu kami menyimpulkan sinergi antara perniagaan Kerajaan dan perniagaan Syarikat kami tidak menghasilkan nilai sehebat seperti nilai yang kami boleh peroleh dengan memberikan tumpuan tunggal terhadap perniagaan teras kami yang melibatkan Kerajaan & Keselamatan Awam," kata Brown daripada Motorola. "Dengan mengambil langkah untuk maju ke hadapan, kami akan mempunyai matlamat serta misi yang jelas sambil kami berkhidmat kepada para pelanggan pada peringkat global dengan set penyelesaian komunikasi misi kritikal kami. Perniagaan ini lain daripada yang lain jika dilihat daripada segi kepimpinan industrinya, kedudukan perancangan yang mantap, rekod prestasi jangka panjang daripada segi keuntungan dan aliran tunai yang konsisten, serta pelbagai peluang pertumbuhan."
Butiran Urus Niaga
Di bawah persetujuan ini, Zebra akan mengambil alih perniagaan Syarikat daripada Motorola Solutions dalam urus niaga tunai sepenuhnya bernilai $3.45 bilion, dengan jangkaan pengurusan Zebra bakal mengalami pertumbuhan dengan serta-merta berdasarkan pendapatan tunai. Zebra menjangka akan membiayai urus niaga ini dengan wang tunai sedia ada sebanyak kira-kira $200 juta dan baki sebanyak $3.25 bilion yang diperuntukkan sepenuhnya akan dikumpulkan melalui kemudahan kredit baharu dan juga pengeluaran sekuriti hutang. Urus niaga ini tidak tertakluk kepada syarat pembiayaan dan dijangka akan dimuktamadkan menjelang hujung tahun 2014.
Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan Zebra dan sedang menyediakan komitmen pembiayaan yang ditaja jamin sepenuhnya untuk komponen hutang urus niaga itu. Kirkland & Ellis LLP bertindak sebagai penasihat perundangan Zebra.
Goldman, Sachs & Co., dan J.P. Morgan Securities LLC bertindak sebagai penasihat kewangan Motorola berhubung dengan urus niaga ini. Winston & Strawn LLP bertindak sebagai penasihat perundangan Motorola. Wachtell, Lipton, Rosen & Katz pula bertindak sebagai penasihat perundangan Lembaga Pengarah Motorola.
Pemberitahuan Sesi Persidangan
Bagi Zebra:
Para pelabur dijemput untuk mendengar siar web secara langsung untuk sesi persidangan Zebra yang membincangkan pengambilalihan yang bakal berlaku itu seperti yang diumumkan pada hari ini. Sesi persidangan ini akan diadakan pada pukul 8.00 pagi EDT hari ini. Bagi mendengar sesi tersebut, sila lawati laman web syarikat itu di http://www.Zebra.com.
Bagi Motorola:
Para pelabur dijemput untuk mendengar siar web secara langsung untuk sesi persidangan Motorola Solutions yang membincangkan urus niaga yang sedang dirancang ini seperti yang diumumkan pada hari ini. Sesi persidangan ini akan diadakan pada pukul 8:30 pagi EDT hari ini. Bagi mendengar sesi tersebut, sila lawati laman web syarikat itu di http://www.motorolasolutions.com/investor.
Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta tahun 1995, yang melibatkan sebilangan risiko dan ketidakpastian. Keputusan sebenar mungkin akan berlainan daripada yang telah dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan syarikat ini. Apabila digunakan dalam siaran ini serta dokumen yang dirujuk dalam sini, perkataan "menjangka", "percaya", "menganggar", "ingin", dan juga "berharap" serta perkataan yang mirip bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan sebegitu tetapi bukan satu-satunya cara untuk mengenal pasti semua kenyataan ini. Begitu juga kenyataan yang terkandung dalam sini yang menggambarkan urus niaga yang diusulkan antara Zebra dan Motorola Solutions termasuk impak kewangannya, dan kenyataan lain yang menyatakan kepercayaan, niat atau matlamat pihak pengurusan turut merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Semua kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan, ramalan serta andaian semasa dan tertakluk kepada risiko dan juga ketidakpastian yang wujud dalam kedua-dua industri Zebra dan Motorola masing-masing, termasuk perniagaan Syarikat, keadaan pasaran, keadaan ekonomi domestik dan antarabangsa secara amnya, serta faktor lain. Semua faktor ini turut membabitkan tindakan pemenuhan syarat bagi memuktamadkan urus niaga itu (termasuk penerimaan kelulusan kawal selia), penyelesaian pengambilalihan perniagaan Syarikat daripada Motorola Solutions, pembiayaan urus niaga yang berjaya, garis masa yang dijangka bagi menyelesaikan urus niaga itu, penyepaduan pengendalian yang berjaya oleh Zebra, serta kemampuan Zebra bagi melaksanakan pelan, ramalan dan juga jangkaan lain yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat selepas pengambilalihan itu diselesaikan dan kemampuan Motorola Solutions bagi mengembalikan pulangan urus niaga itu kepada para pemegang sahamnya serta masanya. Penerimaan pelanggan untuk produk dan penyelesaian Zebra serta tawaran produk pesaing, dan kesan berpotensi perubahan teknologi merupakan risiko yang wujud berkaitan dengan perniagaan gabungan yang berterusan ini. Ketidakpastian yang berterusan tentang keadaan ekonomi global masa hadapan, ketersediaan kredit, ketidakstabilan pasaran modal, mungkin akan mempunyai kesan buruk ke atas Zebra, para pembekalnya serta pelanggannya. Selain itu, gangguan dalam kemampuan Zebra untuk mendapatkan produk daripada vendor akibat kekangan rantaian bekalan, bencana alam atau keadaan lain boleh mengehadkan jualan, lalu menjejaskan hubungan pelanggan. Keuntungan dan keberuntungan akan menerima kesan daripada kemampuan Zebra untuk mengawal kos penghasilan serta kos pengendalian. Akibat portfolio pelaburan yang besar, kadar faedah dan keadaan pasaran kewangan juga akan mempunyai impak terhadap keputusannya. Kadar tukaran asing akan mempunyai kesan ke atas keputusan kewangan kerana peratusan jualan antarabangsa Zebra yang besar. Ini dan faktor lain boleh mempunyai kesan buruk ke atas jualan, margin keuntungan kasar serta hasil pengendalian Zebra dan akan meningkatkan ketidakstabilan hasil kewangan Zebra. Gambaran risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menjejaskan pengendalian serta keputusan Zebra di masa hadapan boleh didapati dalam pemfailan Zebra dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Gambaran terperinci terhadap risiko dan ketidakpastian lain yang memberi kesan terhadap Zebra terkandung dalam Perkara 1A Laporan Tahunan 2013 Zebra pada Borang 10-K dan dalam pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa…Gambaran terperinci risiko dan ketidakpastian lain yang memberi kesan terhadap Motorola Solutions, terkandung dalam Perkara 1A Laporan Tahunan 2013 Motorola Solutions pada Borang 10-K dan dalam pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Semua pemfailan ini boleh didapati secara percuma di laman web SEC www.sec.gov, di laman web Zebra www.zebra.com dan di laman web Motorola Solutions www.motorolasolutions.com. Kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam sini hanya mewakili tarikh apabila kenyataan tersebut telah dinyatakan dan Zebra, Motorola Solutions atau sebarang sekutu mereka masing-masing tidak dapat dipertanggungjawabkan untuk mengemas kini atau menyemak sebarang kenyataan pandang ke hadapan, sama ada disebabkan maklumat baharu, kejadian masa hadapan, perkembangan atau sebaliknya, melainkan seperti yang dikehendaki undang-undang.
Latar belakang Zebra
Sebagai peneraju global yang terkemuka dengan inovasi dan keandalan, Zebra Technologies (NASDAQ: ZBRA) menawarkan teknologi yang memberikan suara maya kepada aset organisasi, kakitangan dan juga urus niaga, lalu membolehkan organisasi menemui nilai perniagaan yang lebih hebat. Portfolio syarikat itu yang menyeluruh daripada segi teknologi penandaan dan percetakan, termasuk penyelesaian RFID dan penyelesaian lokasi masa sebenar, menyerlahkan maklumat misi kritikal bagi membantu para pelanggan mengambil langkah perniagaan yang lebih bijak. Bagi maklumat lanjut tentang penyelesaian Zebra, sila lawati http://www.Zebra.com.
Latar belakang Motorola Solutions
Motorola Solutions ialah peneraju penyediaan penyelesaian dan perkhidmatan komunikasi misi kritikal untuk para pelanggan syarikat dan pelanggan kerajaan. Melalui inovasi canggih dan teknologi komunikasi, ia merupakan peneraju global yang membolehkan para pelanggannya memberikan prestasi terbaik dalam saat yang penting. Motorola Solutions berdagang dalam Bursa Saham New York di bawah singkatan "MSI". Bagi mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.motorolasolutions.com. Bagi berita berterusan, sila lawati bilik berita kami atau langgan suapan berita kami.
Sumber Media
Maklumat yang berkaitan dengan urus niaga hari ini, termasuk gambar serta biografi eksekutif, boleh didapati di http://www.zebra.com/acquires-motorola-enterprise.
Hubungi:
Bagi Zebra Technologies |
Bagi Motorola Solutions |
||
Pelabur |
Douglas A. Fox, CFA Naib Presiden, Perhubungan Pelabur dan Bendahari +1-847-793-6735 |
Shep Dunlap Naib Presiden, Perhubungan Pelabur +1-847-576-6899 +1-847-400-6291 |
|
Media Kewangan |
Kerry F. Kelly F T I Consulting +1-617-897-1518 |
Nicholas Sweers +1-847-576-2462 +1-847-450-4957 |
|
Media Perdagangan |
Stephanie Kneisler Pengurus, Perhubungan Awam +1-847-970-2470 |
Nicholas Sweers +1-847-576-2462 +1-847-450-4957 |
|