omniture

Kelab polo wanita pertama dunia bakal dibuka di Fairy Mountain Chongqing

Chongqing Wulong Tourism Industry Group
2023-06-09 00:49 106

CHONGQING, China, 9 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 5 Jun, kerajaan Daerah Wulong di Chongqing dan 1003 POLO, salah satu jenama polo yang terkemuka di negara ini, mengumumkan secara bersama dalam satu sidang media global tentang penubuhan 1003 POLO CLUB, kelab polo wanita pertama di dunia. Lokasinya akan ditempatkan di Wulong Fairy Mountain National Tourist Resort yang indah. Kelab itu dijadualkan untuk membuka pintunya pada tahun 2023 dan menjadi tuan rumah kepada acara Polo Wanita Dunia yang amat dinanti-nantikan, dikenali sebagai 1003 Rose Polo Cup.


Semasa sidang media itu, He Qing, Setiausaha Jawatankuasa Daerah Wulong CPC, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tetamu yang dihormati yang hadir dari pelbagai kawasan di negara ini. Beberapa orang pegawai kerajaan dari Chongqing berkata mereka tidak sabar-sabar menantikan kenaikan status Wulong yang dijangkakan sebagai destinasi pelancongan dunia melalui promosi sukan polo.


Polo, terkenal sebagai Permainan Raja-raja, memiliki nilai sejarah dan budaya yang penting di China. Pada tahun 2008, sukan ini dimasukkan ke dalam kumpulan kedua item Warisan Budaya Tak Ketara Negara. Sejak penubuhannya, 1003 POLO, di bawah kepimpinan pengasas Paris Luo, telah memikul misi untuk menggiatkan semula budaya polo Cina. Cik Luo, pemain polo wanita pertama China, mengekalkan pandangan yang optimistik terhadap kelab itu. Beliau membayangkan tempat itu sebagai platform untuk memaparkan perspektif segar budaya polo Cina dan memupuk interaksi yang lebih luas dalam komuniti polo antarabangsa. Fairy Mountain, destinasi yang terkenal dalam kalangan pengembara domestik yang sering merujuk kawasan itu sebagai "padang rumput terbaik di Selatan China" dan "Orient's Switzerland", dipilih sebagai lokasi kelab itu. Bagi memulakan operasi, kelab berkenaan akan dilengkapi dengan 100 ekor kuda polo. Kuda-kuda tersebut akan menjadi bahagian yang penting dalam misi untuk mempromosikan Wulong dan Fairy Mountain yang berdekatan, menerusi landskapnya yang unik dan indah, sebagai destinasi pilihan untuk menganjurkan acara polo wanita antarabangsa. Harapannya adalah agar tempat itu menjadi hentian penting dalam litar polo antarabangsa. Cik Luo berkata, "Dengan sokongan sumber semula jadi wilayah ini dan seiring dengan persekitaran yang indah, kami benar-benar berharap agar berjaya membangunkan kelab itu menjadi tempat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk polo wanita dan bagi menjadikan Wulong sinonim dengan sukan yang bertaraf dunia."


Liu Bo, Pengurus Besar Chongqing Wulong Tourism Industry Group dan wakil-wakil daripada POLO 1003 menandatangani perjanjian bagi pihak organisasi masing-masing. Detik penting itu disaksikan oleh para pegawai kerajaan tempatan dan ramai tetamu, menandakan pengumuman rasmi pelancaran Fairy Mountain 1003 POLO CLUB. Ketika ini, pembinaan kelab itu berada di peringkat akhir. Kelab berkenaan turut mendedahkan bahawa 1003 Rose Polo Cup akan bermula secara rasmi apabila kelab itu bersedia. Menerusi acara berkenaan, Fairy Mountain akan menyambut dunia dengan tangan terbuka, memberi paparan penuh keyakinan negara China dan intipati antarabangsa budaya polo Cina.

 

 

 

 

Source: Chongqing Wulong Tourism Industry Group
Keywords: Hotels and Resorts Sports Travel New products/services Women-related news