![]() |
LANNION, Perancis, 13 Jun 2023 /PRNewswire/ -- RECOM Technologies memperkenalkan Siri Modul PV Black Tiger yang hebat dengan output kuasa antara 430Wp & sehingga ke 610Wp. Inovasi terkini ini adalah berdasarkan teknologi sel Jenis-N meletakkan standard baharu dalam industri untuk kecekapan luar biasa sebanyak 23.6%.
Modul RECOM Black Tiger menunjukkan pelbagai manfaat luar biasa, yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pilihan utama dalam pasaran. Pertama sekali, modul ini mempunyai kecekapan yang tiada tandingannya, dengan memberikan prestasi optimum yang mengatasi semua pesaing. Dengan kecekapannya yang terkemuka di dunia, modul Black Tiger ini memastikan penjanaan kuasa maksimum, yang membolehkan pelanggan untuk memanfaatkan keupayaan penuh tenaga solar ini. Selain itu, reka bentuk dan kejuruteraannya yang canggih ini dapat meningkatkan ketahanan, serta menjadikan modul ini mampu bertahan dengan pelbagai keadaan persekitaran, bagi memastikan ketahanan jangka masa panjang. Selain itu, estetik modul Black Tiger yang menawan menambahkan lagi sentuhan elegan terhadap mana-mana pemasangan, menyepadukan dengan lancar ke tetapan kediaman dan komersial. Dengan gabungan kecekapan, ketahanan, dan tarikan estetik yang tiada tandingannya, modul Black Tiger ini memberikan pelanggan penyelesaian yang lebih baik untuk keperluan tenaga solar mereka.
Modul "Black Tiger" menggunakan teknologi sel Jenis-N bersama-sama dengan kaedah sambungan belakang yang dikenali sebagai BackContact. Hasilnya, terdapat 0% kehilangan bayangan grid hadapan, yang meningkatkan hasil modul PV. Disebabkan pengurangan ketebalan pada bahagian hadapan sel, modul ini memaksimumkan jumlah kawasan sel serta merealisasikan kecekapan yang lebih tinggi dan menghasilkan pulangan pelaburan yang pantas. Tersedia dalam Kaca Tunggal Permukaan Mono (Monofacial), Kaca Tunggal Dwipermukaan(Bifacial Single Glass), dan Kaca Berganda Dwipermukaan (Bifacial Double Glass), panel solar ini didatangkan dengan jaminan produk selama 25 tahun serta jaminan output kuasa linear selama 30 tahun yang tidak kurang daripada 88.85% daripada output kuasa nominal.
Melalui reka bentuk inovatif ini, garisan grid modul dapat dihilangkan, dan menghasilkan penampilan hitam tulen yang berkilat. Dilengkapi dengan semua sentuhan belakang, modul ini boleh memaksimumkan kecekapan dan prestasi, serta memberikan peningkatan luar biasa sebanyak +13.4% dalam penjanaan kuasa kitaran hayat penuh berbanding modul jenis-P yang tradisional. Selain itu, modul Black Tiger menawarkan kelebihan yang ketara dengan pengurangan sebanyak 5% dalam keperluan Imbangan Sistem (BOS), menukarkannya kepada penjimatan kos yang besar terhadap kabel dan sistem lekap. Lebih banyak lagi, modul ini menonjol sebagai pilihan 100% bebas perak, memastikan rantaian bekalan yang boleh dipercayai dan menangani kebimbangan berkaitan modul jenis-N yang lain. Dengan gabungan inovasi reka bentuk yang unik, penjanaan kuasa yang unggul, kecekapan kos dan bahan yang lestari, modul Black Tiger mentakrifkan semula kecemerlangan dalam industri solar.
Loji janakuasa RECOM diperakui oleh piawaian ISO 9001, 14001. Black Tiger diperakui oleh IEC61215, IEC61730, ISO 9001:2005, ISO 14001:2015 dan Kepatuhan kepada CE, PV CYCLE, keselamatan Kebakaran Kelas C mengikut pensijilan UL790 certifications.
RECOM, melalui ketersediaan produk di gudang Eropah dapat memastikan penghantaran yang pantas dan boleh dipercayai.
Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian solar RECOM's, sila lawati https://recom-tech.com atau hantarkan e-mel ke info@recom-tech.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2096678/RECOM_Technologies_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2096679/RECOM_Technologies_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1902016/RECOM_Technologies_Logo.jpg?p=medium600