LONDON, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sarah Ghosh, FCMA, CGMA, telah dipilih sebagai Presiden ke-9 bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), iaitu badan akauntan pengurusan profesional terbesar di dunia merangkap Pengerusi Bersama bagi Association of International Certified Professional Accountants (Persatuan), yang mewakili gabungan keahlian CIMA dan American Institute of CPAs (AICPA).
Sepanjang tahun beliau memegang jawatan, Sarah akan membantu memimpin organisasi tersebut untuk memacu inovasi dan transformasi dalam profesion tersebut demi memastikan ia dapat memenuhi tuntutan dunia perniagaan yang sentiasa berubah-ubah. Beliau juga akan memberikan penekanan yang besar untuk mengembang dan mempromosikan peranan profesional kewangan dalam mencipta nilai melalui ESG dan kelestarian serta menjaga kepentingan awam. Selain itu, Sarah akan mendedikasikan dirinya demi memberi inspirasi dan memperkasakan generasi muda supaya mereka dapat menjadi ahli profesional kewangan. Beliau amat berminat untuk menggalakkan keterangkuman dalam profesion ini.
Sarah akan bekerjasama rapat dengan Okorie L. Ramsey, CPA, CGMA, yang akan berkhidmat sebagai Pengerusi Association and AICPA, untuk memenuhi keperluan 698,000 ahli, calon dan profesional yang terlibat dengan AICPA dan CIMA, serta mengekalkan kerelevanan profesion terhadap individu, perniagaan dan ekonomi merentas 188 buah negara dan wilayah.
Sarah Ghosh, FCMA, CGMA, CIMA Presiden merangkap Pengerusi Bersama Association of International Certified Professional Accountants, mewakili AICPA & CIMA, berkata:
"Saya gembira kerana telah dipilih sebagai Presiden CIMA merangkap Pengerusi Bersama Association of International Certified Professional Accountants. Saya berbesar hati dapat berkhidmat demi ahli dan pelajar kami di seluruh dunia, mempromosikan kerja hebat yang mereka lakukan dan membantu profesion kami membuat persediaan menghadapi perubahan besar yang bakal kami hadapi."
"Sebagai pemimpin, kami bertanggungjawab untuk bersikap proaktif dan tegas, menyahut cabaran, memanfaatkan peluang baharu dan memperkasakan orang lain untuk berjaya. Saya akan menggunakan tempoh memegang jawatan ini untuk menggalakkan kelestarian, inovasi dan keterangkuman dalam profesion ini. Saya yakin bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk membuat persediaan demi masa depan dan membuat kemajuan dalam bidang ini. Dengan berbuat demikian, kami akan membuat perubahan sebenar pada masa kini dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk diri sendiri, untuk pihak yang bergantung pada kami dan pihak yang mengikuti perkembangan kami."
Sarah merupakan Presiden wanita kedua berturut-turut bagi CIMA merangkap Pengerusi Bersama Persatuan serta beliau akan menggantikan Melanie J. Kanaka FCMA, CGMA. Beliau telah menjadi ahli CIMA pada tahun 1995 dan memperoleh fellowship pada tahun 2013. Sepanjang 15 tahun yang lalu, beliau telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dengan penekanan terhadap penglibatan ahli dan perancangan acara. Sarah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Serantau U.K. CIMA dan sebagai Pengerusi CIMA's Central Southern Board dan Panel Rangkaian UK. Pada tahun 2017, Sarah menyertai CIMA Council dan setahun kemudian menjadi ahli Lembaga Pengarah Association of International Certified Professional Accountants, mewakili AICPA & CIMA.
Sarah ialah peneraju kewangan yang terbukti dengan kepakaran dalam transformasi digital dan pengalaman yang diperoleh dalam organisasi multinasional, PKS dan syarikat-syarikat pemula. Beliau kini bekerja untuk Perkhidmatan Awam U.K, mengetuai pasukan kewangan untuk membolehkan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan menyokong Strategi Fungsi Kewangan Kerajaan dengan tumpuan pada kelestarian dan teknologi. Sebelum ini, Sarah memegang jawatan kepimpinan merentasi sektor kewangan, IT dan operasi, menambah baik penyediaan perkhidmatan dan mengubah proses menggunakan analisis data dan pembelajaran mesin.
Awal tahun ini Sarah telah dinobatkan antara 50 Wanita Terbaik dalam Perakaunan bagi tahun 2023 sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau untuk meningkatkan profil wanita dalam kepemimpinan dan komitmen untuk memacu kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman dalam perakaunan dan kewangan.
Tentang Chartered Institute of Management Accountants
Ditubuhkan pada tahun 1919, The Chartered Institute of Management Accountants® (CIMA®) merupakan badan profesional akauntan pengurusan yang terkemuka dan terbesar di dunia. Sebagai sebahagian daripada Association of International Certified Professional Accountants, CIMA dan ahli serta calonnya beroperasi di 188 buah negara dan wilayah, bekerja sebagai teras perniagaan — dalam sektor perindustrian, perdagangan, sektor awam dan organisasi bukan berasaskan keuntungan. CIMA bekerjasama rapat dengan para majikan dan penaja penyelidikan tercanggih, yang sentiasa mengemas kini kelayakan profesional dan syarat pengalaman profesionalnya untuk memastikan ia kekal sebagai pilihan majikan apabila merekrut pemimpin perniagaan yang terlatih dari segi kewangan.
Tentang AICPA & CIMA, bersama-sama sebagai Association of International Certified Professional Accountants
AICPA® & CIMA®, bersama-sama sebagai Association of International Certified Professional Accountants (Persatuan), memajukan profesion perakaunan dan kewangan global melalui usaha kami bagi pihak ahli AICPA dan CIMA, calon dan pakar profesional yang terlibat iaitu seramai 698,000 orang di 188 buah negara dan wilayah. Dengan bekerjasama, kami merpakan peneraju dunia dalam isu perakaunan awam dan pengurusan melalui advokasi, sokongan untuk pelesenan CPA, gelaran CGMA serta kelayakan khusus, pembangunan profesional dan kepimpinan pemikiran. Kami membina kepercayaan dengan memperkasakan ahli kami dan para pakar profesional yang terlibat dengan pengetahuan dan peluang untuk menjadi pemimpin dalam meluaskan kemakmuran untuk masa depan yang lebih inklusif, lestari dan berdaya tahan.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2100218/CIMA_Sarah_Ghosh.jpg?p=medium600