omniture

Solar N Plus Mencapai Penarafan Tinggi 4A1 Dun & Bradstreet

Solar N Plus New Energy Technology Co., LTD
2023-06-14 16:31 59

CHUZHOU, China, 14 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Solar N Plus New Energy Technology Co., Ltd. (Solar N Plus), pakar pembuatan teknologi TOPCon, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima penarafan 4A1 Dun & Bradstreet (D & B) yang berprestij, lalu menunjukkan kekuatan kewangan dan keadaan kreditnya yang cemerlang. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan syarikat sebagai pengusaha yang andal dan berwibawa dalam industri tenaga solar.

D & B telah menjadi penyedia data dan analitis keputusan perniagaan global yang terkemuka selama hampir 200 tahun dan sistem penarafannya yang terkenal menilai kekuatan kewangan serta keadaan kredit perusahaan. Menurut Laporan Maklumat Perniagaan untuk Solar N Plus, yang disediakan oleh D&B, syarikat ini dianugerahkan Penarafan 4A1 D&B yang berprestij. Penarafan ini menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh, dengan nilai bersih ketara antara 85,000,000 hingga 449,000,000. Di samping itu, Solar N Plus telah menerima penilaian kredit komposit 1, lalu menandakan tahap kepercayaan kredit yang tinggi. Secara keseluruhan, Solar N Plus tergolong dalam Kumpulan Kualiti yang disegani, menunjukkan prestasinya yang menerajui industri.

"D & B ialah salah satu agensi pelaporan kredit perniagaan global yang paling bereputasi dan laporannya telah lama menjadi rujukan penting untuk pelbagai institusi kewangan dalam menilai kredit dan risiko korporat," kata Ashley Wang, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Antarabangsa di Solar N Plus, "Mencapai penarafan yang sebegitu tinggi amat berkait rapat dengan tumpuan Solar N Plus yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan mampan, operasi yang stabil dan kesihatan kewangan yang kukuh."

Solar N Plus berdedikasi untuk sentiasa meningkatkan nilai produk solarnya, mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan global serta organisasi pihak ketiga. Pada masa akan datang, Solar N Plus akan terus berkolaborasi dengan rakan kongsi global bagi mempercepatkan penggunaan tenaga bersih global, lalu menyumbang kepada peralihan rendah karbon.

Latar Belakang Solar N Plus

Solar N Plus ialah pengeluar dan penyedia sel serta modul solar yang berpengalaman. Dengan tumpuan kukuh pada inovasi dan kemampanan, syarikat ini menawarkan penyelesaian yang cekap dan andal untuk pasaran tenaga boleh baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.solarnplus.com

 

Source: Solar N Plus New Energy Technology Co., LTD
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards