omniture

Lawatan Diraja ke Top Marques 2014 di Monaco: Putera Albert II Berkenan Mencemar Duli Melawat Kereta QUANT e-Sportlimousine dengan Konsep Rangkaian Kuasa nanoFLOWCELL(R)

nanoFLOWCELL AG
2014-04-18 19:01 121

VADUZ, Liechtenstein, 18 April 2014 /PRNewswire/ -- nanoFLOWCELL AG mengalu-alukan tetamu diraja semasa hari pembukaan Top Marques Monaco 2014: Putera Albert dari Monaco, penaung pesta perdagangan mewah dan kenderaan di wilayah itu, telah mengambil kesempatan dengan berkenan mencemar duli melawat salah satu tarikan pameran tahun ini: kereta QUANT e-Sportlimousine baharu dengan konsep rangkaian kuasa nanoFLOWCELL®.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140417/681452-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140417/681452-b )

Semasa di Top Marques 2014, nanoFLOWCELL AG mempertunjukkan QUANT e-Sportlimousine, yang merupakan "model hebatdalam kalangan model hebat"kereta mewah eksklusif di Monaco.

"Kami berbesar hati kerana Putera Albert sudi menunjukkan minat baginda tersendiri terhadap teknologi pemanduan revolusioner baharu kami bagi pergerakan elektrik dengan masa hadapan yang sangat cerah. Baginda teruja apabila mengetahui sel aliran boleh digunakan untuk mencapai prestasi pemanduan yang begitu mengagumkan dengan menggunakan tenaga elektriksemata-matatanpa pembebasan gas. Baginda mengucapkan semoga berjaya kepada kami bagi langkah seterusnya dalam proses pembangunan kami," ujar Nunzio La Vecchia, Ketua Pembangunan nanoFLOWCELL AG, dengan gembiranya apabila bercakap tentang maklum balas baginda putera yang begitu memberangsangkan tentang teknologi pemanduan baharu itu serta reka bentuk QUANT e-Sportlimousine yang baharu.

QUANT e-Sportlimousine dengan konsep rangkaian kuasa nanoFLOWCELL® sudah pun berjaya menarik tumpuan pihak penganjur pesta perdagangan mewah eksklusif di Monaco itu semasa peringkat perancangan penganjuran pameran itu sendiri, jadi kini ia sudah sedia menghiasi bendera dan sepanduk acara itu, serta dipampangkan dalam poster rasmi pameran mewah tahun ini.

Sepanjang sebelas tahun lepas, Top Marques Monaco telah berevolusi menjadi salah satu daripada pesta dagangan terbesar di dunia untuk kenderaan mewah eksklusif. Ia lazim dikaitkan dengan teknologi inovatif, prestasi terbaik serta reka bentuk luar biasa yang menyediakan pandangan hebat ke dalam dunia kereta mewah inovatif. Di samping aspek gaya hidup mewah lain, pameran Top Marques Monaco memberi keutamaan kepada pameran model yang paling anggun dalam industri automotif. Mulai 17 sehingga 20 April 2014, pameran itu sekali lagi bakal menjadi tapak untuk pertunjukan rangkaian pilihan eksklusif yang terdiri daripada kereta salun sport paling bernilai dan jugakenderaan bermotor yang paling menakjubkan di dunia. Kereta salun mewah yang dipertontonkan di Monaco itu umpama "model hebat" dalam industri automotif dan menguja para penggemar kereta serta peminat sukan bermotor seluruh dunia dengan inovasi teknologi mereka yang memecah kebiasaan.

Dengan edisi ke-11 untuk apa yang dianggap pihak penganjur sebagai "pameran kenderaan bermotor paling eksklusif di dunia", Top Marques Monaco 2014 ingin mengalu-alukan kedatangan dekad baharu: kereta mewah yang dipertunjukkan di sini dikatakan jauh melangkaui semua jangkaan dan dapat memecahkan rekod kunjungan terdahulu seramai lebih 33,000 orang yang dicatatkan tahun lepas. Selain model yang paling anggun dalam industri automotif, aspek gaya hidup mewah lain akan turut dipertontonkan, termasuk jam tangan anggun, barang kemas eksklusif serta kapal layar yang mengagumkan.

Wartawan dan pelawat yang berminat masih boleh menyaksikan QUANT e-Sportlimousine dengan konsep rangkaian kuasa nanoFLOWCELL® secara langsung sehingga 20 April 2014 di tapak pameran D2 Grimaldi Forum yang memenangi anugerah,di Monaco.

Nota untuk perwakilan media

Permohonan temu bual

Kepada sesiapa yang berminat untuk menetapkan temu bual peribadi dengan pencipta dan ketua pembangunan Nunzio La Vecchia, boleh berhubung dengan: Pejabat Akhbar nanoFLOWCELL AG, e-mel: presse@nanoflowcell.com.

Bahan foto/video

Foto terkini lawatan Putera Albert ke tapak pameran nanoFLOWCELL AG di Top Marques Monaco boleh didapati di pusat media dalam talian nanoFLOWCELL AG di http://www.nanoflowcell.com.

Latar belakang nanoFLOWCELL AG

Setelah ditubuhkan pada akhir tahun 2013, nanoFLOWCELL AG ialah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang berpusat di Vaduz, Liechtenstein. Tumpuan penyelidikan nanoFLOWCELL AG adalah terhadap pembangunan lanjutan bagi teknologi pemanduan serta pengelasan teknologi sel aliran. Di dalam makmal simulasi nanoFLOWCELL DigiLab di Zurich, pemikir utama dan ketua pembangunan Nunzio La Vecchia serta pasukan beliau meneliti aspek penting kimia kuantum berdasarkan kejuruteraan molekul. Selama bertahun-tahun mereka mensimulasikan eksperimen dengan pemindahan cas, kemudian menjalankan ujian menggunakan model digital, sebelum akhirnya mensintesiskannya bagi ujian lebih lanjut. Kenderaan penyelidikan semasa, QUANT e-Sportlimousine, membolehkan para pembangun mengkaji mekanisme pemindahan cas bagi teknologi penyimpanan inovatif - nanoFLOWCELL® - semasa kenderaan sedang berjalan, di sampingmenambah baik strategi cas untuk pemulihan dan turut membangunkan lagi penjanaan semula pengecasan sel dan juga keselamatan serta kawalan kualiti.

Maklumat perhubungan media
Bagi semua pertanyaan media sila hubungi pasukan akhbar di nanoFLOWCELL AG.
Pejabat Akhbar nanoFLOWCELL AG
d/a waterworks PR
Volker Pulskamp-Bocking
Morikestrabe 15
70178 Stuttgart
tel.: +49(0)711/380-303-520
e-mel: presse@nanoflowcell.com
laman web: http://www.nanoflowcell.com

Sumber: nanoFLOWCELL AG

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation