omniture

Casio bakal Lancar Jam Tangan G-SHOCK dengan Bahan Lutsinar Menunjukkan Komponen Dalaman

CASIO COMPUTER CO., LTD
2023-06-15 09:00 140

Reka Bentuk Merangkumkan Semangat Cabaran G-SHOCK

TOKYO, 15 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan baharu kepada barisan jam tangan G-SHOCK kalis hentakannya yang direka bentuk untuk menyambut ulang tahun ke-40 jenama G-SHOCK. Tujuh model CLEAR REMIX memanfaatkan bahan-bahan lutsinar untuk reka bentuk yang menawarkan paparan komponen dalaman jam tangan.

Reka bentuk khas bagi memperingati ulang tahun ke-40
Reka bentuk khas bagi memperingati ulang tahun ke-40

Projek G-SHOCK bermula dengan idea untuk membangunkan "jam tangan lasak yang tidak akan pecah, walaupun jika terjatuh," konsep yang mengubah kebijaksanaan konvensional pada zaman itu. Dalam proses ujian berulang, pembinaan dan bahan-bahan direka bentuk semula berkali-kali. Usaha tanpa jemu dalam menghadapi cabaran ini membuahkan hasil pada tahun 1983 menerusi penampilan sulung G-SHOCK. Sejak itu, Casio melancarkan pelbagai jam tangan G-SHOCK berbeza yang meneruskan evolusi ini dari segi fungsi dan reka bentuk.

Jam tangan kalis-hentakan CLEAR REMIX ulang tahun ke-40 merangkumkan semangat cabaran G-SHOCK dalam reka bentuk yang menawarkan paparan komponen dalaman, termasuk modul dan papan litar. Tujuh model G-SHOCK yang popular, termasuk G-SHOCK yang pertama sekali dengan reka bentuk ikoniknya, dipilih dan direka bentuk semula dengan teliti menerusi bahan-bahan lutsinar yang digunakan untuk muka jam, tali jam, LCD, butang dan elemen-elemen lain.

DW-5040RX*/DWE-5640RX*

Berdasarkan kepada bentuk G-SHOCK yang pertama, model-model ini menampilkan LCD lutsinar, membolehkan papan litar yang dihiasi tanda G dapat dipaparkan. DWE-5640RX menambah tali jam dengan campuran kontras antara bahan resin dan logam.

DW-6940RX*

DW-6900 asal dengan tiga penunjuknya, kini dengan LCD, muka jam dan muka jam tengah lutsinar, meninggalkan corak tanda G pada papan litar pendasar yang dapat dilihat secara halus.

* Pada sudut pandang tertentu, bahagian dalam muka jam mungkin sukar dilihat.

GA-114RX/GMA-S114RX

Jam tangan kombinasi digital-analog ini, berdasarkan kepada GA-110 dan GMA-S110, menampilkan muka jam tengah lutsinar dan butang sisi resin lutsinar untuk skema warna disatukan yang jelas.

GA-2140RX/GMA-S2140RX

Model-model ini menambah muka jam lutsinar kepada GA-2100 dan GMA-S2100 yang menampilkan bezel segi lapan.

Reka bentuk khas bagi memperingati ulang tahun ke-40
Reka bentuk khas bagi memperingati ulang tahun ke-40

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Art Entertainment Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services