BEIJING, 21 April 2014 /PRNewswire/ -- Hisense mengeluarkan VIDAA2, set televisyen pintar, di Beijing pada tengah hari 17 April. Dua ciri utama VIDAA2 yang didefinisikan semula itu termasuklah fungsi penumpuan (Juhaokan) dan fungsi sosial (Juxiangjia) yang baharu. Inilah penambahbaikan baharu yang besar jika dibandingkan dengan versi sebelumnya yang dilancarkan pada tahun lalu, model VIDAA. Model VIDAA itu sendiri merupakan ciptaan tanda aras yang besar kerana kemampuannya yang begitu mudah digunakan. Pengerusi Hisense, Zhou Houjian, menjangkakan VIDAA2, dengan fungsi penumpuan dan fungsi sosial yang dibenamkan, akan mempercepat peralihan para pengeluar TV pintar daripada era 1.0 kepada era 2.0 – era 1.0 bertumpu terhadap aplikasi Internet dan aplikasi kandungan, manakala era 2.0 pula bertumpu terhadap aspek penumpuan dan aspek sosial yang lebih canggih.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140418/76415
Hisense telah merevolusikan industri set TV tradisional setahun lalu dengan pelancaran VIDAA, dengan kelebihan yang jauh mengatasi set TV sama yang konvensional dengan reka bentuk kawalan yang ringkas serta kemampuannya yang mudah digunakan. Lebih sejuta unit VIDAA berjaya dijual dalam tahun pertamanya sahaja. Ini merupakan kadar prestasi dan sambungan yang sangat tinggi bagi sesiapa sahaja yang terlibat dalam sektor TV pintar. Hisense meneruskan pengeluaran produk inovatifnya dengan pengenalan VIDAA2. Pengerusi Zhou merasakan ciri penumpuan dan ciri sosial itu akan memberi sumbangan besar terhadap matlamat utama VIDAA.
Apakah yang bakal ditawarkan oleh TV dalam era 2.0 yang diterajui VIDAA2? Hisense menyediakan jawapannya: TV bakal menjadi penyepadu kandungan video. Penumpuan bermakna siaran langsung tradisional dan video Internet akan tersedia melalui satu peranti dan inilah tujuan Juhaokan VIDAA2 direka. Dengan kebenaran pihak berkuasa penyiaran dan TV kebangsaan, Juhaokan menyepadukan semua kandungan video daripada 11 penyedia video yang menerajui di China termasuk penyumbang utama seperti iQiyi dan juga Sohu. Hanya dengan satu butang, para pengguna boleh mencari daripada rangkaian penuh kandungan video. VIDAA2 akan bermula dengan akses kepada lebih 800,000 video, sebanyak lebih 100 peratus daripada bilangan video yang boleh didapati di mana-mana laman web video.
Dengan peralihan kepada era 2.0, TV pintar melaksanakan misi untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan turut membantu perbualan antara ahli keluarga. VIDAA2 melakukan perkara ini melalui ciri Juxiangjia, yang menyediakan platform sosial keluarga peribadi yang boleh digunakan oleh keluarga untuk berkomunikasi serta berinteraksi secara terus melalui titik mudah alih dan juga titik TV. Para pengguna boleh memuat naik teks dan foto, ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak mereka sebaik sahaja mereka menghidupkan TV, manakala ahli keluarga pula boleh "menyukai" apa jua yang mereka lihat pada bila-bila masa.
Dua lagi ciri telah disertakan dengan VIDAA2: ciri "permainan" (Juhaowan) serta ciri "app" (Juhaoyong). Juhaowan didatangkan dengan akses kepada koleksi yang terdiri daripada lebih 4,300 app permainan, kebanyakannya adalah eksklusif kepada Hisense sahaja atau boleh disuai khusus secara persendirian. Juhaoyong ialah kedai app yang padat dengan kepelbagaian kandungan yang paling tinggi dalam industri, dengan 26,000 app yang telah dimuat turun secara purata lebih 2 juta kali setiap hari.
Pengerusi Zhou menjelaskan TV sebagai perantara sedang melalui tempoh peralihan dan perubahan memandangkan para pengguna menukar ganti peralatan sedia ada dengan peralatan yang lebih baik, bagi mendapatkan akses kepada ciri baharu di samping menggantikan unit sedia ada. Ini memantapkan kedudukan perantara itu merentasi landskap teknologi sambil bentuknya dikemas kini. Tidak kira apa jua kesudahan perjuangan dalam industri itu, kedudukan TV sebagai hab kehidupan keluarga tetap tidak akan berubah. Pelancaran kedua-dua VIDAA dan VIDAA2 menunjukkan Hisense, dalam kalangan semua pemain dalam bidang ini, mempunyai pemahaman yang terbaik terhadap pasaran daripada segi pengalaman pengguna dan juga merupakan pihak yang terbaik bagi mengendalikan lintasan dan juga penumpuan Internet serta TV. Pengerusi Zhou berkata beliau yakin VIDAA akan berjaya memajukan Hisense agar benar-benar mengatasi para pesaingnya.