Peranti peletakan permukaan jenama RS dengan harga bersaingan menawarkan julat kapasitans luas daripada 1000 kepada 10,000pF dalam saiz 0603 dan 0402 yang popular; sedia untuk dihantar serta-merta dalam kuantiti gelendong penuh bagi penempatan automatik
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah memperhebat tawaran komponen pasifnya dengan pengenalan rangkaian Kapasitor Seramik Berbilang Lapisan (MLCC) jenama RS dalam kuantiti gelendong standard 7" atau 13". Sedia didapati secara terus daripada stok RS, peranti ini menyediakan pilihan kos lebih rendah kepada para pelanggan untuk alat ganti kapasitor serba guna yang sedia untuk pemilihan dan penempatan automatik. Menyasarkan kepelbagaian aplikasi, seperti peranti pengguna mudah alih atau reka bentuk penala dan video, antara lainnya, kapasitor induktans rendah ini juga sesuai untuk aplikasi frekuensi tinggi.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140414/8521402188)
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)
Siri MLCC boleh didapati untuk penghantaran pada hari yang sama daripada RS
Siri MLCC RS yang padat boleh didapati dalam saiz 0603 (1.6 x 0.8 x 0.8mm) yang popular dan mempunyai julat kapasitans yang luas daripada 1000pF hingga 10,000pF (1 hingga 10nF), termasuk peranti 1000, 2200, 4700, 6800 dan juga 10000pF serta pilihan pemeringkatan voltan sebanyak 16, 50 atau 100V. Peranti dalam julat ini juga boleh didapati dalam saiz 0402 (1 x 0.5 x 0.5mm), dengan pemeringkatan voltan sebanyak 16 dan 50V.
Kebanyakan peranti dalam rangkaian ini mempunyai dielektrik X7R stabil suhu EIA Kelas 2, beroperasi merentasi julat suhu −55 hingga +125 darjah Celsius dengan tolerans kapasitans sebanyak +/–15 peratus, dan sesuai untuk aplikasi penyahgandingan. Pilihan lain dalam rangkaian itu menggunakan bahan C0G (NP0) pemampasan suhu EIA Kelas 1.
Julat itu mematuhi EIAJ RC3402 serta serasi dengan standard EIA RS198 dan IEC PUB. 384-10. Menawarkan ciri pematerian yang bagus, rangkaian ini sesuai untuk pematerian alir dan alir semula. Siri MLCC RS ini boleh didapati sekarang terus daripada stok RS untuk penghantaran pada hari yang sama.
Latar belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta komponen mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang tamat pada 31 Mac 2013, telah mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
SUMBER RS Components