omniture

Xinhua Silk Road: Bandar padang pasir menjadi tarikan pelancong mewah di Barat Laut China

Xinhua Silk Road
2023-06-16 02:02 84

YINCHUAN, China, 16 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Berbaring di ruang istirehat berhampiran kolam renang berkilauan dan melihat anak-anak perempuannya bermain air, Zhu Lizhi tidak percaya beliau berada di Padang Pasir Tengger sekiranya tidak dikelilingi oleh pasir berwarna keemasan.

 

"Kami datang jauh-jauh untuk berada di sini bagi melihat bintang dan saya tidak sangka kemudahan di padang pasir adalah sangat selesa. Berbaring di atas tilam empuk dan memerhatikan Bima Sakti menembusi bumbung berkaca merupakan suatu pengalaman yang benar-benar hebat dalam hidup saya," kata Zhu dari Wilayah Zhejiang, tenggara China.

Pusat peranginan untuk melihat bintang berada di Bandar Zhongwei di Ningxia, barat laut China. Terletak di pinggir Padang Pasir Tengger, ia juga terletak di cabang Sungai Kuning, membentuk pemandangan menakjubkan yang jarang dilihat di tempat-tempat lain di China.

Berasaskan kepada anugerah semula jadi itu, Zhongwei membangunkan beberapa produk pelancongan termasuk hiburan yang mengujakan seperti meluncur turun dari bukit pasir, berlumba di padang pasir dan terbang merentas Sungai Kuning di tempat pemandangan indah Shapotou.

Sejak November 2020, Desert Star Hotel berbentuk bintang pada bahagian luar telah dibuka kepada pelancong di tempat pemandangan indah Shapotou di bawah sokongan kerajaan tempatan. Sebagai hotel lima bintang bereputasi baik di padang pasir, ia menyediakan perkhidmatan seperti panduan melihat bintang, terapi pasir dan makan malam di kantin bersiar-siar kepada pelancong.

"Ia benar-benar satu pengalaman yang hebat dapat memerhatikan Bima Sakit pada masa kini dan tempat ini telah memberikan pengalaman yang indah untuk melihat bintang," kata Yuan Lingjie, tutor pemerhati bintang berusia 26 tahun dengan tempat pemandangan indah Shapotou.

Langit berbintang, pasir tak terhingga luasnya dan Sungai Kuning telah menarik minat begitu ramai pelancong dari seluruh dunia. Wang Xin, timbalan pengurus Desert Star Hotel berkata semua bilik telahpun ditempah sebelum September.

Bukan sahaja padang pasir, dengan infrastruktur yang lebih baik di barat laut China, pelancong juga boleh memandu ke kampung-kampung lama sepanjang Sungai Kuning untuk melarikan diri sebentar daripada kehidupan bandar.

Dawan, dahulunya sebuah kampung yang terbiar di Zhongwei, telah disesuaikan menjadi himpunan inap desa mewah pada tahun 2018, menarik minat jenama-jenama bertaraf tinggi untuk Penginapan dan Sarapan, tapak perkhemahan, muzium seni, kedai buku serta jenama gaya hidup terkenal yang lain untuk bertapak di sini.

Hampir kesemua rumah, pokok dan kesan kehidupan telah terpelihara semasa proses pembinaan semula dan pelancong boleh menikmati pengalaman luas gaya hidup desa di sini.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334585.html


 

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Publishing/Information Service Travel