omniture

Bahrain Memberi Lesen Emas Sulung kepada Lima Projek dengan Pelaburan Terkumpul Melebihi USD 1.4 Billion

Bahrain Economic Development Board
2023-06-18 21:38 0

MANAMA, Bahrain, 18 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Kerajaan Bahrain telah memberikan lima Lesen Emas pertama kepada projek yang dibentangkan oleh Citi, Eagle Hills Diyar W.L.L, Infracorp, Saudi Telecommunication Company (stc), dan Whampoa Group. Dengan pelaburan kolektif melebihi USD1.4 bilion memasuki Bahrain, projek dan pengembangan kawasan baharu ini dijangka mewujudkan lebih daripada 1,400 peluang pekerjaan dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai menyokong matlamat Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan.

Lesen-lesen ini telah dihantarkan ke ibu pejabat setiap syarikat, terus kepada Michel Sawaya, Ketua Pegawai Eksekutif Citi Bahrain; Dr. Maher Al Shaer, Pengarah Urusan Eagle Hills Diyar W.L.L.; Majed AlKhan, Ketua Pegawai Eksekutif Infracorp; Nezar Banabeela, Ketua Pegawai Eksekutif stc Bahrain; dan Shawn Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Whampoa Group. dan satu acara tandatangan maya telah dianjurkan untuk Whampoa Group yang berpangkalan di Singapura.

Lesen Emas ini akan meningkatkan daya saing Bahrain untuk pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, serta menggalakkan transformasi digital ekonomi Bahrain. Lesen Emas ini menyasarkan syarikat tempatan dan antarabangsa dengan menyediakan satu rangkaian kelebihan dan kemudahan untuk projek pelaburan.

Syarikat yang layak untuk mendapatkan Lesen Emas mestilah mencipta lebih daripada 500 peluang pekerjaan peringkat tempatan atau membuat pelaburan bernilai lebih daripada USD50 juta pada tahun pertama mereka di negara ini sambil menyumbang kepada pengukuhan pembangunan keseluruhan Kerajaan Bahrain.

Sebagai mengiktiraf pelancaran lesen Emas, HE Abdulla Adel Fakhro, Menteri Perindustrian dan Perdagangan, berkata, " Lesen Emas ialah langkah penting ke arah kejayaan mencapai objektif Pelan Pemulihan Ekonomi Bahrain, yang bertujuan untuk menarik $2.5 bilion dalam pelaburan asing menjelang akhir tahun 2023."

Menteri Perindustrian dan Perdagangan tersebut menambah, "Bahrain memiliki persekitaran pelaburan yang menarik dan fleksibel di samping sistem perundangan yang maju, yang menyumbang untuk menjadikan negara ini sebagai salah satu destinasi pelaburan terbaik di peringkat global.


HE Khalid Humaidan, Ketua Eksekutif di (Bahrain EDB), berkata, " Lesen Emas merupakan satu perkongsian awam-swasta yang berjaya yang telah mencipta penyelesaian yang disesuaikan untuk para pelabur dan syarikat-syarikat pemula. Ia telah memberi mereka kelulusan pantas dan beberapa ciri serta kemudahan yang membolehkan mereka memperoleh jejak global dari Bahrain."


Ketua Eksekutif tersebut menambah, "Projek pelaburan baharu dijangka mewujudkan lebih daripada 1,400 peluang pekerjaan baharu merentasi sektor perkhidmatan kewangan, pelancongan dan ICT Bahrain, mengukuhkan kedudukan Bahrain di medan persaingan antarabangsa."


Beberapa orang pegawai kanan turut menghadiri majlis tersebut.

Tentang Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain

Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (Bahrain EDB) ialah agensi penggalakan pelaburan dengan tanggungjawab keseluruhan untuk menarik pelaburan ke dalam Kerajaan dan menyokong inisiatif yang meningkatkan iklim pelaburan.

Bahrain EDB bekerjasama dengan kerajaan dan para pelabur semasa dan bakal pelabur, untuk memastikan iklim pelaburan Bahrain menarik, untuk menyampaikan kekuatan utama dan untuk mengenal pasti tempat peluang wujud untuk pertumbuhan ekonomi selanjutnya melalui pelaburan.

Bahrain EDB memberikan tumpuan kepada beberapa sektor ekonomi yang memanfaatkan kelebihan daya saing Bahrain dan menyediakan peluang pelaburan yang penting. Sektor ini merangkumi perkhidmatan kewangan, pembuatan, logistik, ICT dan pelancongan. Untuk maklumat lanjut tentang Bahrain EDB, sila l ayari www.bahraine db.com

Source: Bahrain Economic Development Board
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services