PARIS, 18 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Satu lembaran baharu dalam perjalanan udara telah tiba di persada global dengan kehadiran syarikat penerbangan bertaraf dunia yang diterajui digital iaitu Riyadh Air, yang membuat penampilan antarabangsa sulungnya di Pertunjukan Udara Paris ke-5 yang diadakan secara dwitahunan. Boeing 787-9 Dreamliner yang dihiasi dengan liveri unik Riyadh Air mendarat selepas melakukan penerbangan yang menakjubkan di atas bandar Riyadh untuk penampilan rasmi pertamanya secara rasmi pada hari Isnin, 1 Jun.
Syarikat penerbangan baharu yang inovatif dari Arab Saudi ini akan melakukan penerbangan ke lebih 100 destinasi dan menjangkaui 100 juta orang pelawat menjelang 2030, menjadikan Bandar Riyadh sebagai hab untuk perjalanan global dan menggalakkan lawatan ke Arab Saudi bagi tujuan perniagaan dan percutian. Syarikat penerbangan ini akan membawa perhatian terhadap perincian bagi pengalaman tetamu ke satu tahap baharu dan mempunyai teknologi yang akan meningkatkan tahap kualiti industri ini. Identiti jenama ini merakamkan warisan Kerajaan Arab Saudi sambil membawa elemen moden dan ke hadapan dengan slogan 'The Future Takes Flight'.
Pesawat ini dipamerkan di pameran tersebut, membolehkan para pengunjung melihat liveri indigo pesawat yang unik ini dari dekat. Warna lavendernya melambangkan sifat mesra dan peramah oleh penduduk Kerajaan Arab Saudi serta merupakan tumbuhan semula jadi yang tumbuh melata di Arab Saudi semasa musim bunga dan reka bentuk ekornya menunjukkan elemen pergerakan khemah kanopi di padang pasir.
Bandar Riyadh dengan pantas menjadi peneraju perniagaan global dan pertumbuhan ekonomi Saudi yang pesat, yang disasarkan untuk berada pada kedudukan 15 teratas di peringkat global menjelang tahun 2030, mengatasi prestasi negara ekonomi besar yang lain. Kerajaan Arab Saudi mempunyai pelbagai tapak pelancongan yang sedang dibangunkan, seperti Al Ula, Diryah dan Qiddiyah, dan syarikat penerbangan nasional tersebut bakal menjadikan Kerajaan Arab Saudi lebih mudah diakses serta menjadikan Bandar RIyadh sebagai peneraju kecemerlangan penerbangan global.
Syarikat penerbangan yang akan menyertai sektor penerbangan global dengan menggunakan RX sebagai Kod Gelaran Penerbangan (Airline Designator Code), merupakan pemangkin bagi Strategi Pengangkutan dan Logistik Nasional Kerajaan serta Strategi Pelancongan Nasional dengan memanfaatkan lokasi strategik Kerajaan tersebut yang menghubungkan Asia, Afrika dan Eropah. Ia dipengerusikan oleh gabenor Public Investment Fund, Tuan Yang Terutama Yassir Al-Ramayyan dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Tony Douglas, sebagai pucuk pimpinannya.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2103271/Riyadh_Air_launches_globally.jpg?p=medium600