omniture

Dennemeyer Group Tubuh Pejabat Baharu di Beijing

Dennemeyer Group
2014-04-23 15:52 140

BEIJING, 23 April 2014 /PRNewswire/ --

Penyedia perkhidmatan pengurusan hartanah intelek yang menerajui bidangnya, Dennemeyer Group mengukuhkan komitmennya terhadap pasaran China dengan menubuhkan pejabat baharu di Beijing. Ini dilakukan bagi meneruskan strategi pengembangannya di Asia yang telah dimulakan lebih 25 tahun lalu. Dennemeyer mula memasuki pasaran China melalui usaha sama yang dimulakan pada tahun 2010. Berdasarkan permintaan yang kian meningkat terhadap perkhidmatan IP cekap kos yang berkualiti tinggi oleh banyak syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa, penubuhan pejabat di Beijing mengesahkan misi global Dennemeyer dalam memberikan sokongan padu kepada para pelanggan China bagi melindungi dan turut menguruskan hak IP mereka.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140422/681627 )

Pejabat baharu ini akan mengutamakan usaha memenuhi keperluan pelanggan daripada segi Bayaran Anuiti Paten serta Pembaharuan Tanda Perniagaan. Di samping itu, perisian pengurusan IP terkini oleh Dennemeyer, DIAMS iQ, mula mendapat perhatian kerana ia mampu membantu syarikat dan firma guaman memperkemas pengurusan ciptaan, paten, tanda perniagaan serta hasil reka bentuk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Dennemeyer Group, Dr. Reinhold Nowak, berkata: "Penubuhan pejabat kami di Beijing merupakan langkah penting dalam strategi pengantarabangsaan firma kami. Sebagai penyedia perkhidmatan penuh dengan jejak global, kami merasakan kesan yang lebih mendalam di China adalah amat penting terhadap misi kami, memandangkan China dikenali sebagai salah satu pasaran IP terbesar dan paling pesat berkembang. Ini membolehkan kami untuk terus menawarkan perkhidmatan praktikal berkualiti terbaik kepada para pelanggan serta menyediakan khidmat nasihat dalam menggunakan hak IP mereka di A.S. dan juga Eropah."

"Pejabat baharu ini juga merupakan lanjutan komitmen kami bagi membantu para pelanggan untuk mengurangkan kos pengurusan IP serta memperoleh lebih manfaat daripada pakar tempatan. Di samping itu, kebanyakan firma berpuas hati dengan interaksi secara bersemuka bersama penyedia perkhidmatan mereka. Perhubungan langsung inilah yang dapat mewujudkan hubungan pelanggan yang mantap, tahan lama dan saling menguntungkan. Kami percaya apabila pelanggan berpuas hati dan berjaya, Dennemeyer turut berjaya," ulas En. Futoshi Aonuma, Pengarah Dennemeyer China.

Dengan pejabat di 10 negara di Eropah, Asia Pasifik dan juga Amerika Utara, Dennemeyer Group menyediakan perkhidmatan kepada ribuan pelanggan, syarikat dan firma guaman serta menawarkan penyelesaian cekap kos bagi pengurusan portfolio IP yang mudah dan selamat. Perkhidmatan firma ini juga termasuklah Perkhidmatan Portfolio, Penyelesaian Perisian terkini, serta Perkhidmatan Perundingan yang disesuaikan.

Sila hubungi pejabat baharu kami di Beijing:

Dennemeyer (Beijing) Intellectual Property Agency Limited:
Bilik 815, CYTS Plaza, No. 5, South Avenue
Dongzhimen, Daerah Dong Cheng, 100007 Beijing, China
Telefon: +86-10-5815-6585
Faks: +86-10-5815-6252
E-mel: dcn@dennemeyer.com
Laman Web. http://www.dennemeyer.com

Sumber: Dennemeyer Group

Source: Dennemeyer Group
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Corporate Expansion