omniture

Gin Bombay Sapphire Mempersembahkan Tayangan Perdana Siri Filem Imagination Series 2014

Bombay Sapphire
2014-04-23 17:26 114

NEW YORK, 23 April 2014 /PRNewswire/ --

BOMBAY SAPPHIRE®, gin premium nombor satu dunia berdasarkan nilai[1], dengan kerjasama Tribeca Film Festival®, hari ini mempersembahkan tayangan perdana lima filem pendek daripada Bombay Sapphire Imagination Series 2014 di http://www.youtube.com/BombaySapphire.

http://photos.prnewswire.com/prnh/20140423/681375

Menyepadukan perkataan daripada skrip pendek yang ditulis oleh pemenang Academy Award®, Geoffrey Fletcher, filem tahun ini memaparkan imaginasi dan bakat pembikin filem generasi seterusnya yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia.

Dengan interpretasi yang begitu eklektik ditayangkan, termasuk realisasi dramatik di angkasa lepas, kisah cinta dengan perjalanan cerita yang tidak disangka-sangka serta dunia khayalan yang dipenuhi seni jalanan yang bernyawa, para penonton dijamin akan mengalami kembara yang menguja dan mengusik minda sambil wawasan setiap pembikin filem yang berbeza dan kreatif dihidupkan di layar perak.

"Sokongan Bombay Sapphire untuk inisiatif yang penting dan menguja ini membenarkan Tribeca serta para pembikin filemnya berada di barisan hadapan inovasi pesta serta seni penceritaan yang memecah kebiasaan. Dengan pertunjukan pembikinan filem pendek daripada Bombay Sapphire Imagination Series, Bombay Sapphire dan Tribeca merupakan perkongsian kreatif yang tersendiri," kata Geoffrey Gilmore, Ketua Pegawai Kreatif Tribeca Enterprise.

Setelah merangkul pengiktirafan BAFTA untuk Filem Pendek British 2014, bagi salah satu filem tahun lepas, Room 8, Bombay Sapphire tidak sabar-sabar lagi dengan pelancaran filem tahun ini. "Imagination Series meraikan kreativiti dan komited terhadap keindahan intrinsik filem sebagai salah satu cabang seni. Saban tahun kami terus menyokong dan turut menawarkan platform bagi cara pemikiran yang kreatif serta inovatif. Sambil satu lagi kumpulan pembikin filem yang sangat berbakat direalisasikan, kami menjangka akan dapat menikmati lagi kejayaan yang sama pada tahun 2014," kata Heide Cohu, Pengarah Kecemerlangan Pemasaran Global, Bombay Sapphire.

Buat tahun kedua, skrip pendek Geoffrey Fletcher – tanpa sebarang arahan atau gambaran – telah menghasilkan lima filem yang melangkaui batas genre dan turut menunjukkan kuasa imaginasi. Fletcher memberikan komen, "Usaha memupuk serta mengilhamkan pembikin filem akan datang sudah pun sebati dengan jiwa saya manakala Bombay Sapphire Imagination Series pula terus menyediakan platform tersendiri ketika suara baharu sukar didengari manakala wawasan kreatif pula sukar dilaksanakan. Dengan lebih 1,300 penyertaan dari 68 negara, standardnya sudah semestinya tinggi dan saya menggesa semua agar menonton serta mengalami sendiri semua filem itu."

Filem untuk Imagination Series 2014:

  • Exit Log daripada Chris Cornwell (UK):

    Pada tahun 2249, perjalanan dua jurutera angkasa melalui angkasa lepas mula menjadi dramatik apabila mereka menemui mesej kecemasan dari masa lampau. Mereka hanya mempunyai tiga minit untuk menyahkod mesej itu dan turut menentukan takdir mereka selamanya.
  • Reflections daripada Anthony Khaseria (UK):

    Pasangan bagai pinang dibelah dua dalam persekitaran nan indah – ini sepatutnya permulaan ceritera cinta agung. Namun suasana romantis ketika mereka sedang enak menjamu selera bertukar menjadi suasana khayalan yang suram, apabila mereka menemui cermin tersembunyi yang menunjukkan diri mereka yang sebenar.
  • Graffiti Area daripada Maite Fernandez (Sepanyol):

    Sifat ketakutan manusia yang tidak dapat dijangka mahupun dijelaskan digambarkan dengan penuh memukau. Apabila dua artis grafiti mula melukis, lakaran mereka mula mendapat nafas sendiri yang menakutkan. Bolehkah mereka melepaskan diri daripada ciptaan mereka sendiri, apatah lagi diri mereka sendiri?
  • The Other Side of the Game daripada Kiara Jones (AS):

    Satu pasangan pengantin baharu bergelut untuk menyelamatkan diri daripada situasi tebusan yang aneh dalam kisah aksi seram psikologi yang mencengkam jiwa ini. Anda tentu tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi seterusnya.
  • Need for Speed (Dating) daripada Allyson Morgan (AS):

    Nate dan Polly mempunyai hubungan yang sempurna. Rumah yang cantik, pagar kayu putih. Terdapat satu masalah sahaja – perhubungan ini hanyalah sekadar mimpi. Dalam komedi mencuit hati ini, Polly cuba mencari jejaka idamannya semasa acara janji temu kilat. Tetapi mungkinkah terdapat jejaka yang bakal memenuhi cita rasa Polly?

Latar belakang BOMBAY SAPPHIRE® 

Bombay Sapphire ialah jenama gin premium utama yang paling pantas berkembang dan gin premium nombor satu dunia berdasarkan nilai. Berpandukan resipi rahsia tahun 1761, gin Bombay Sapphire telah dicipta dengan keseimbangan sempurna kombinasi tersendiri yang terdiri daripada 10 tumbuhan eksotik yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia. Perasa semula jadi semua tumbuhan ini dirangkum melalui proses penyulingan rapi yang dinamakan Penyeduhan Wasap untuk menghasilkan rasa yang mengusik deria, lembut serta kompleks, itulah Bombay Sapphire.

Jenama BOMBAY SAPPHIRE merupakan sebahagian daripada portfolio Bacardi Limited, beribu pejabat di Hamilton, Bermuda. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.

Nikmati Bombay Sapphire secara berhemah. Bombay Sapphire, reka bentuk botol dan peranti Bombay Sapphire ialah tanda niaga dan/atau tanda niaga berdaftar.

1. Data bersumberkan IWSR (Penyelidikan Wain dan Minuman Keras Antarabangsa*), selama 12 bulan sehingga penghujung bulan Disember 2012.

Bagi maklumat lanjut hubungi: Tarita Mullings, H+K Strategies / tarita.mullings@hkstrategies.com / +44-20-7413-3734

Sumber: Bombay Sapphire

Source: Bombay Sapphire
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture Trade show news