omniture

Pure EP GreenFields ialah rumput padang hoki Kering (tidak diairi) pertama yang diperakui

GreenFields
2023-06-19 14:00

NIJVERDAL, Belanda, 19 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sebuah padang hoki buatan yang tidak perlu disiram. Dengan adanya Pure EP daripada GreenFields, sebuah anak syarikat TenCate, iaitu pembekal global dan inovator bagi rumput tiruan untuk padang permainan sukan, dunia hoki padang mengambil langkah revolusioner ke arah kelestarian yang lebih besar dan globalisasi hoki padang yang sedang dilaksanakan.

GreenFields Pure EP is the first certified Dry (non-irrigated) hockey turf
GreenFields Pure EP is the first certified Dry (non-irrigated) hockey turf

 

Pemain hoki padang mengatakan bahawa rumput padang hoki baharu (tidak diairi) menyaingi kualiti rumput tiruan berasaskan air, sambil turut menjimatkan berjuta-juta liter air (yang boleh diminum) setiap tahun. Inovasi yang telah diusahakan selama empat tahun ini juga membolehkan untuk bermain hoki padang pada tahap terbaik di negara-negara yang mengalami kekurangan air.

Kelab hoki padang MHC Weesp merupakan pemilik padang rumput hoki kering (tidak diairi) pertama di dunia yang menjadi kebanggaan. Padang ini telah diperakui oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). Selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris, FIH berhasrat untuk menggunakan rumput tiruan bebas air dan bebas isian air secara eksklusif di peringkat antarabangsa.

Vincent Homrighausen, Pengarah Urusan GreenFields dan Hiliran Rantau EMEA TenCate: "Pada tahun 2018, FIH telah mengumumkan matlamat lestarinya untuk memulakan peralihan kepada padang hoki bebas air selepas Sukan Olimpik di Paris. Padang rumput tiruan berasaskan air di Belanda memerlukan 3.5 hingga 5 juta liter air setiap tahun. Memandangkan masalah kekurangan air yang semakin meningkat dan kekurangan peluang yang sama untuk bermain sukan ini, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan.

"Di GreenFields, kami mengambil berat tentang kelestarian. Falsafah ini amat sepadan dengan hasrat FIH untuk menjadikan hoki padang sebagai sukan yang lestari. Tambahan pula, Pure EP akan menghasilkan padang permainan yang sama rata dalam dunia hoki padang antarabangsa. Disebabkan masalah kekurangan air, padang buatan berasaskan air merupakan sesuatu yang jarang ditemui di negara-negara seperti India dan Pakistan. Negara-negara tersebut kekurangan infrastruktur rumput tiruan berasaskan air seperti yang ada di sini di Belanda."

Floris Jan Bovelander bersetuju. Beliau pernah bermain untuk pasukan hoki padang kebangsaan Belanda sebanyak 241 kali dan bersama-sama dengan Yayasan Bovelander, beliau ingin memberikan peluang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara-negara seperti India untuk bermain sukan. Semasa di India, beliau telah melihat dengan matanya sendiri bagaimana mengairi padang buatan berasaskan air dapat "menggunakan keseluruhan bekalan air bagi sebuah kampung."

Bovelander, bekas pakar sudut penalti bagi pasukan Bloemendaal dan pasukan kebangsaan Belanda: "Bagi sesetengah negara, bekalan air yang berterusan tidak tersedia. Padang baharu ini akan mengurangkan ketidaksamaan yang wujud antara negara-negara hoki padang di seluruh dunia dengan besar. Ia akan mewujudkan padang permainan yang sama rata, yang merupakan satu kemajuan yang sangat baik untuk permainan hoki padang. Saya sudah pun berpeluang bermain di atas padang baharu ini di Weesp dan saya berasa sangat kagum. Terutamanya dari segi kepantasan, ia menyaingi padang rumput tiruan berasaskan air."

Colin Young, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan TenCate: "Proses pembangunan untuk Pure EP mengambil masa selama empat tahun. Kebimbangan utama kami adalah bagaimana untuk mencipta penyelesaian yang lebih lestari tanpa menjejaskan kepantasan, teknik dan seterusnya daya tarikan hoki padang. Kami menjalankan ujian yang ketat ke atas rumput baharu ini dan mendengar dengan teliti pendapat para pemain yang mengambil bahagian dalam ujian ini. Mereka semua sangat berpuas hati dengan prestasi Pure EP."

Vincent Homrighausen meramalkan bahawa akan wujud minat yang besar terhadap rumput kering (tidak diairi) baharu ini di mana permukaannya tidak terdiri daripada bilah rumput yang biasa. Sebaliknya, ia diperbuat daripada komposisi gentian rumput tiruan bergelung yang unik dan menghasilkan kepantasan di peringkat elit yang boleh menandingi mana-mana rumput tiruan berasaskan air.

Jon Wyatt - Pengarah Sukan & Kelestarian FIH:

"Memandangkan hoki beralih sebagai sukan yang akan dimainkan di atas rumput yang tidak perlu disiram, FIH mengalu-alukan inovasi yang ditunjukkan oleh ahli Program Kualitinya yang akan membolehkan atlet kami terus mempamerkan kemahiran, kepantasan dan kehebatan mereka. Kami juga amat gembira dengan penglibatan mendalam yang ditunjukkan oleh komuniti hoki global ketika kami beralih untuk menjadi sebuah sukan yang lebih lestari, selaras dengan nilai-nilai kami yang menyumbang kepada masyarakat yang lebih mesra alam sekitar."

Jon Wyatt - Pengarah Sukan & Kelestarian FIH (Petikan dalam Bahasa Inggeris – Petikan asal):

"As hockey transitions to be played on turfs that no longer need to be watered, FIH welcomes the innovations being shown by its Quality Programme members that will enable our athletes to still showcase their skills, speed, and power. We are also very pleased with the deep engagement shown by the global hockey community as we move to become an even more sustainable sport, in line with our values of contributing to a more environmentally friendly society."

Untuk maklumat lanjut tentang imej dan video  - https://www.greenfields.eu/GreenFieldsPureEPpress 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2104072/GreenFields.jpg?p=medium600

Source: GreenFields
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories New products/services