omniture

Education Cannot Wait Mengumumkan Program Pendidikan Berbilang Tahun Bernilai USD40 Juta yang Dilanjutkan di Sudan Selatan: Jumlah Pembiayaan ECW di Sudan Selatan Mencecah USD72 juta

Education Cannot Wait
2023-06-20 21:00 0

Presiden Sudan Selatan merangkap Pengarah Eksekutif ECW menyeru para penderma untuk meningkatkan pembiayaan dana

JUBA, Sudan Selatan dan YIROL, Sudan Selatan, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Kanak-kanak di Sudan Selatan menghadapi risiko yang amat teruk akibat konflik, perpindahan terpaksa, kemiskinan dan perubahan iklim. Untuk menangani krisis yang saling berkaitan ini melalui kuasa transformasi pendidikan, Presiden Sudan Selatan Salva Kiir Mayardit dan Pengarah Eksekutif Education Cannot Wait (ECW) Yasmine Sherif hari ini mengumumkan pembiayaan geran pemangkin bernilai USD40 juta untuk melanjutkan Program Ketahanan Berbilang Tahun ECW di Sudan Selatan selama tiga tahun lagi. Jumlah pembiayaan dana ECW di Sudan Selatan kini mencecah USD72 juta.

“By delivering across the humanitarian-development nexus with both speed and depth, this new ECW investment will support South Sudan in delivering on the SDGs, reducing risks and building resilience as we work together to protect our people and our country from the catastrophic risks of climate change. It will serve to lift our children out of poverty, while at the same time ensuring universal human rights for the millions of children.”-Awut Deng Acuil, South Sudan Minister of Education.
“By delivering across the humanitarian-development nexus with both speed and depth, this new ECW investment will support South Sudan in delivering on the SDGs, reducing risks and building resilience as we work together to protect our people and our country from the catastrophic risks of climate change. It will serve to lift our children out of poverty, while at the same time ensuring universal human rights for the millions of children.”-Awut Deng Acuil, South Sudan Minister of Education.

"Kerajaan Sudan Selatan komited sepenuhnya untuk memastikan semua kanak-kanak dapat memperoleh pendidikan yang berkualiti. Pelaburan penambahan oleh Education Cannot Wait akan menyediakan peluang pendidikan yang dapat menyelamatkan nyawa untuk puluhan ribu kanak-kanak perempuan dan lelaki yang terjejas akibat krisis di seluruh negara. Untuk memajukan usaha ini, kami menyeru kepada para pemimpin dunia untuk meningkatkan pembiayaan untuk ECW dan rakan kongsinya dalam negara. Ini adalah satu pelaburan penting untuk pembangunan mampan, keamanan dan kemakmuran rakyat Sudan Selatan serta kanak-kanak yang dilanda krisis di seluruh dunia," kata Presiden Salva Kiir Mayardit.

Program selama tiga tahun ini akan dilaksanakan oleh Save the Children, Majlis Pelarian Norway (Norwegian Refugee Council) dan Bantuan Gereja Finland(Finn Church Aid), bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan dan Pengajaran Am(Ministry of General Education and Instruction) serta rakan kongsi yang lain. Ia akan menjangkau sekurang-kurangnya 135,000 kanak-kanak yang terjejas akibat krisis dengan memberikan sokongan pendidikan menyeluruh yang meningkatkan akses kepada sekolah, memastikan pembelajaran yang berkualiti, meningkatkan keterangkuman untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak kurang upaya, dan membina daya tahan terhadap kejutan masa hadapan.

"Konflik selama bertahun-tahun dan perpindahan terpaksa, ditambah lagi dengan bencana akibat iklim, telah memberi kesan buruk kepada generasi seterusnya di Sudan Selatan. Sekarang adalah masanya untuk mengubah situasi dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki yang paling mudah terdedah melalui perlindungan dan harapan yang hanya boleh ditawarkan oleh pendidikan berkualiti. Ini adalah satu-satunya pelaburan terbaik yang boleh kami lakukan untuk masa depan negara muda ini dan seluruh rantau ini," kata Pengarah Eksekutif ECW, Yasmine Sherif.

"Selepas peperangan selama bertahun-tahun yang telah menghalang beberapa generasi penduduk daripada pergi ke sekolah, pendidikan di Sudan Selatan kekal sebagai keutamaan penting dengan hanya 27% sahaja daripada populasi penduduknya yang boleh membaca atau menulis, dan kurang daripada separuh kanak-kanak sahaja yang mendaftar ke sekolah," kata Pornpun Jib Rabiltossaporn, Pengarah Negara Save the Children.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2104322/ECW_South_Sudan_Children.jpg?p=medium600

 

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Children-related news Not for profit Public Interest