MARBELLA, Sepanyol, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah mewah berprestij, Dar Global, memperkenalkan projek terbaharu dan paling eksklusif, Tierra Viva. Permata seni bina ini terletak dalam kawasan ultra eksklusif Benahavis, hanya 8 minit pemanduan dari Marbella yang menakjubkan. Pelancaran Tierra Viva mewakili pencapaian penting dalam usaha gigih Dar Global untuk menawarkan peluang pelaburan yang tiada tandingan dalam segmen gaya hidup mewah; projek ini ditaksirkan berjumlah kira-kira 282 juta euro.
Sebuah komuniti eksklusif dengan keselamatan premium 24 jam, Tierra Viva dibina dalam lingkungan komuniti berpagar Los Jararillos yang mempunyai 2 pondok pintu masuk dengan keselamatan premium 24 jam, menyediakan persekitaran peribadi yang selamat untuk para penghuni dan tetamunya. Ia merupakan sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai vila mewah individu dengan pemandangan panorama Laut Mediterranean, sekali gus menggabungkan unsur kekuatan dan kecergasan dengan begitu harmoni. Permata seni bina ini yang diilhamkan oleh reka bentuk ikonik Automobili Lamborghini, menandakan suatu pencapaian penting bagi projek kediaman yang pertama di Eropah dengan jenama kereta sport super.
Ziad El Chaar, Ketua Pegawai Eksekutif Dar Global, menyatakan rasa bangganya terhadap ciri eksklusif hartanah tersebut, "Tierra Viva mewakili lebih daripada sekadar sebuah komuniti eksklusif, ia adalah lambang gaya hidup mewah. Di Dar Global, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan edisi hartanah mewah terhad khusus buat para pelanggan kami yang eksklusif. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Automobili Lamborghini, meluaskan lagi rangkaian jenama mewah kami dan memberikan pengalaman kelas atasan kepada Sepanyol."
Terletak di tengah-tengah bukit Andalusia yang menakjubkan, setiap vila dibina pada pelbagai ketinggian, menawarkan pemandangan panorama Laut Mediterranean yang tidak berpenghujung kepada para penghuninya. Komuniti ini merangkumi tiga reka bentuk vila: Diamante (6 bilik tidur), Zafiro (5 bilik tidur), dan Esmeralda (4 bilik tidur). Setiap vila mempunyai akses terus ke kereta, kolam renang yang luas terbentang, pelbagai teres dan taman-taman yang subur, semua ini dihiasi dengan lantai marmar yang digilap, kemasan kulit yang halus dan unsur-unsur kaca.
Stephan Winkelmann, Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, berkata, "Perkongsian ini mewakili penggabungan intipati kereta sport super mewah Lamborghini dan kemahiran Dar Global dalam bidang hartanah. Tierra Viva merangkum teras dan kuasa Lamborghini dan ciri-ciri tanpa batasannya yang ditafsirkan ke dalam karya seni bina."
Dengan lokasinya yang strategik di Benahavis, sebuah kawasan yang terkenal dengan suasana eksklusif dan ketenangan yang luar biasa, Tierra Viva menawarkan akses ke pelbagai mercu tanda kepada para penghuninya, termasuk pantai, Pusat Peranginan Kelab Golf Marbella, Puerto Banús, Marbella Club Golden Mile dan Marina Marbella.
Untuk mendaftarkan minat anda terhadap Tierra Viva, lawati: www.darglobal.co.uk
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2107331/DarGlobal_CEO.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2107330/Diamante.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2107332/Tierra_Viva.jpg?p=medium600