omniture

Memanfaatkan Sepenuhnya Setiap Sinar | Huawei Lancar Produk dan Penyelesaian PV Pintar Semua-senario Baharu, terus menerajui industri

Huawei
2023-06-21 18:25 270

MUNICH, 15 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Intersolar Europe 2023 yang diadakan di Munich, Jerman, Huawei berjaya menganjurkan majlis pelancaran untuk produk dan penyelesaian PV pintar & ESS baharunya. Guoguang Chen, Presiden Perniagaan PV Pintar & ESS di Huawei Digital Power, mendedahkan strategi PV pintar dan jenama PV pintar serba baharu yang dinaik taraf FusionSolar.

Majlis pembukaan
Majlis pembukaan

Tiga Pengumuman Strategi Utama

  • Memfokuskan kepada penumpuan teknologi 4T (Watt/Bit/Haba/Bateri), meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan, terus berinovasi untuk menerajui dalam teknologi dan mempercepatkan pembangunan industri solar
  • Berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk mewujudkan piawaian industri berkualiti tinggi dan menggalakkan pembangunan sejahtera industri ini
  • Berganding bahu dengan enam rakan kongsi ekosistem global untuk mencipta, berkongsi dan menang bersama, memacu kemampanan dan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam industri ini

Guogunang Chen melancarkan strategi baharu
Guogunang Chen melancarkan strategi baharu

Dalam senario loji berskala-utiliti, Huawei memacu peralihan industri ini daripada kos rendah kepada nilai tinggi melalui integrasi teknologi digital dan inovasi elektronik kuasa dalam penyelesaian PV pintarnya sepanjang dekad yang lalu. Ini memberi kedudukan kepada penyongsang rentetan pintar sebagai arus perdana global.

Dalam senario komersial dan industri (C&I), Huawei memupuk industri ini secara mendalam dan mencapai kejayaan melalui "kecerdasan". Huawei menggalakkan inovasi teknologi untuk menetapkan keselamatan aktif sebagai satu piawaian, mengupayakan elektrik hijau dalam pelbagai industri, membantu pelanggan mencapai kemampanan perniagaan dan mengurangkan emisi karbon.

Dalam senario kediaman, Huawei bermatlamat untuk menerajui masa depan dengan memajukan evolusi tenaga isi rumah melalui inovasi komponen dan penaiktarafan teknologi. Melalui sandaran kuasa luar-grid, penjadualan tenaga rumah pintar oleh AI Energy Management Assistant (EMMA) dan saling sambungan loji janakuasa maya (VPP) masa depan akan mendayakan kebebasan kuasa dan kecukupan kendiri untuk rumah.

Penaiktarafan Komprehensif Jenama FusionSolar

Penaiktarafan jenama FusionSolar
Penaiktarafan jenama FusionSolar

Sebagai imej jenama serba baharu, FusionSolar mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi bersepadu dalam bidang PV. Ia menggabungkan keupayaan inovatif teknologi digital dan elektronik kuasa, mengintegrasikan keupayaan rantaian industri dan kecerdasan, menyediakan produk yang selamat dan stabil serta berusaha menyampaikan pengalaman pengguna yang unggul. Ia menyasarkan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan industri bagi membina ekosistem industri terbuka dan saling menguntungkan, mempercepatkan PV untuk menjadi sumber tenaga utama dan mengupayakan elektrik hijau bagi memberi manfaat kepada ribuan industri dan isi rumah.

Pelancaran Produk dan Penyelesaian Baharu dalam Tiga Senario Utama

Steve Zheng
Steve Zheng

Steve Zheng, Presiden Perniagaan PV Pintar & ESS Utiliti, Huawei Digital Power, menumpukan perhatian kepada cabaran besar yang dikenakan ke atas kestabilan grid dalam industri tenaga solar yang berkembang pesat, yang menjadikan gabungan PV dan ESS tidak dapat dielakkan. Pelbagai senario "PV + x" turut membawa lebih banyak cabaran. Sebagai respons kepada trend dan cabaran di atas, Huawei memperkenalkan Penyelesaian PV Pintar FusionSolar — menggunakan generasi baharu pengawal PV Pintar 1500V SUN2000-330KTL sebagai teras, berserta keupayaan penggandingan AC voltan rendah PV-ESS, kawalan gabungan pintar tahap-tatasusunan, keupayaan sambungan grid peneraju industri, reka bentuk keselamatan berbilang tahap "5+4" hujung-ke-hujung PV-ESS serta diagnosis gabungan pintar. Tawaran ini memberi tiga nilai utama kepada pelanggan: kos elektrik teraras (LCOE) yang lebih rendah, keandalan tinggi serasi grid dan pendigitalan komprehensif.

Mingming Zhong
Mingming Zhong

Mingming Zhong, Presiden Perniagaan PV Pintar & ESS C&I, Huawei Digital Power, mendedahkan Penyelesaian Pengoptimum+PV+ESS+Pengecas+Sistem Pengurusan C&I untuk aplikasi komersial dan industri. Penyelesaian yang komprehensif ini termasuk pengoptimum 1300W pertama dalam industri yang serasi dengan modul 182/210, siri penyongsang pertama yang mencapai keandalan bekalan kuasa tahap-perusahaan, sistem storan tenaga komersial dan industri 200 kWj pertama menggunakan seni bina rentetan pintar, sistem pengecasan super disejukkan cecair penuh modular 720 kW pertama dan sistem pengurusan pintar komersial dan industri pertama yang bersambung dengan AI dari hujung-ke-hujung.

Steven Zhou
Steven Zhou

Steven Zhou, Presiden Perniagaan PV Pintar & ESS Kediaman, Huawei Digital Power, melancarkan Residential Smart PV Solution 4.0. Penyelesaian yang komprehensif ini menggunakan rangka kerja 1+4+X yang mana "1" mewakili pengawal tenaga pintar teras, "4" mewakili pengawal modul pintar, ESS rentetan pintar, pengecas pintar dan sistem pengurusan PV pintar manakala "X" merangkumi ekosistem perkakas rumah seperti penyaman udara, pam haba dan sebagainya. Penyelesaian ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kendiri isi rumah tenaga solar kepada 90%+ dan berkembang secara beransur-ansur menuju 100%, menawarkan nilai-nilai teras seperti kebebasan elektrik, pengalaman kawalan pintar dan keselamatan aktif.

Kertas putih
Kertas putih

Di majlis pelancaran ini, TÜV Rheinland dan Huawei mengeluarkan secara bersama "Kertas Putih Sekuriti Semua-Senario" ("All-Scenario Security White Paper"), mengesahkan bahawa penyelesaian semua-senario FusionSolar memenuhi standard keselamatan dalam semua dimensi, mewujudkan standard keselamatan industri untuk aplikasi PV dan ESS.

Setakat akhir Mac 2023, Huawei Digital Power membantu menjana 770 bilion kWj elektrik hijau di seluruh dunia, mengurangkan emisi karbon sebanyak 355 juta tan yang bersamaan dengan menanam 485 juta batang pokok. Menuju ke hadapan, Huawei akan terus berkolaborasi dengan pelanggan dan rakan kongsi, lalu mempercepatkan penggunaan PV sebagai sumber tenaga yang utama. Ini akan memastikan manfaat elektrik hijau mencapai setiap industri dan isi rumah, memacu pembangunan berkualiti tinggi dan sejahtera industri ini dan membina secara kolektif masa depan yang lebih hijau dan lebih baik.

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services