omniture

ORGANISASI PELANCONGAN KULINARI TERKEMUKA DUNIA MELANCARKAN SALURAN CULINARY ATTACHE GLOBAL

World Food Travel Association
2023-06-21 19:10

LONDON, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- World Food Travel Association (WFTA) hari ini mengumumkan pelancaran saluran Culinary Attaché, yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan mempromosikan budaya masakan tempatan kepada masyarakat di seluruh dunia. Program ini sedikit sebanyak diilhamkan oleh rancangan cef selebriti, Jamie Oliver's Food Revolution, yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang pemakanan sihat kepada masyarakat di seluruh dunia. 

"Saluran Culinary Attaché ini direka untuk membantu memberi impak positif kepada ekonomi dan komuniti tempatan dengan memperkasakan penduduk tempatan yang benar-benar berminat untuk memanfaatkan budaya masakan tempatan mereka sendiri," kata Pengarah Eksekutif WFTA, Erik Wolf.

Secara asasnya, Saluran Culinary Attaché kami akan memberi manfaat kepada destinasi masakan dengan:

  • Membantu mewujudkan rasa kekitaan yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan kedatangan pelawat
  • Meningkatkan ekuiti jenama sesebuah destinasi
  • Menjana permintaan eksport untuk produk makanan dan minuman di satu-satu kawasan
  • Mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam perniagaan pelancongan dan perhotelan

Saluran Culinary Attaché ini juga membantu WFTA menyebarkan jangkauannya ke seluruh dunia, sambil membawa berita dari segenap pelosok dunia kembali kepada Persatuan tersebut.

Saluran atase ini melengkapkan program Duta WFTA yang sedia ada, yang terdiri daripada para perwakilan rasmi Persatuan tersebut di negara yang berbeza di seluruh dunia. Atase adalah penyokong tidak rasmi dengan keperluan dan komitmen yang minimum. Individu yang berminat boleh mengetahui lebih lanjut tentang program ini dan manfaatnya di sini. Permohonan diterima daripada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas, di mana-mana sahaja di dunia. Tertakluk kepada terma dan syarat.

TENTANG  WORLD FOOD TRAVEL ASSOCIATION (W FTA)
Ditubuhkan pada tahun 2003, World Food Travel Association (WFTA) ialah sebuah organisasi bukan berkeuntungan antarabangsa dan entiti berkuasa yang terkemuka dunia dalam bidang pelancongan gastronomi. Ia menyediakan penyelidikan, acara, alatan dan para peneraju inovasi untuk menyokong pembangunan industri dan meningkatkan impak ekonomi daripada pelancongan gastronomi dalam kalangan komuniti di seluruh dunia. Organisasi ini juga menyediakan latihan, pensijilan, pengiktirafan dan peluang untuk membina rangkaian kepada ahli profesional, usahawan dan perniagaan pelancongan kulinari.

Hubungan Media: Erik Wolf (+44) 7827 582 554 help@worldfoodtravel.org

Source: World Food Travel Association
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Travel New products/services Not for profit