![]() |
Melalui penyepaduan dengan lima penyelesaian SAP, perusahaan kini boleh memanfaatkan Platform Automasi Dinamik Yellow.ai untuk menyampaikan pengalaman autonomi mirip manusia yang meningkatkan pengalaman pelanggan dan pekerja
SAN MATEO, California, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Yellow.ai, peneraju global dalam AI Perbualan, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian ChatBots dan VoiceBots dikuasakan AI generatif untuk automasi pengalaman pelanggan dan pekerja kini tersedia di SAP® Store, pasaran digital untuk tawaran SAP dan rakan kongsinya. Kedua-dua penyelesaian dibina berdasarkan Platform Teknologi Perniagaan SAP menggunakan Rangkaian Penyepaduan SAP. Walaupun penyelesaian pengalaman pelanggan (CX) disepadukan dengan SAP Commerce, SAP Commerce Cloud, SAP CRM Sales dan SAP CRM Service Manager, penyelesaian pengalaman pekerja (EX) disepadukan dengan SAP SuccessFactors Employee Central.
"Dengan memanfaatkan seni bina berbilang LLM, Platform Automasi Dinamik dikuasakan AI generatif kami membantu perusahaan mentakrifkan semula cara mereka berhubung dengan kedua-dua pelanggan dan pekerja, memberikan mereka kelebihan daya saing dan ROI yang berharga pada skala besar," kata Raghu Ravinutala, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Yellow.ai. "Dengan mengendalikan lebih 2 bilion interaksi setiap suku tahun, ejen AI Dinamik Yellow.ai untuk sembang dan suara menyokong lebih 135 bahasa merentasi lebih 35 saluran seperti telefon, Alexa, Web, WhatsApp, Google Business Messaging, dan Facebook. Ejen AI Dinamik kami dapat mendayakan perniagaan mengautomasikan fungsi pelanggan melalui rangkaian produk Awan Perkhidmatan Perbualan dan Awan Perbualan Perdagangan kami, manakala Awan EX Perbualan kami memberikan sokongan sepanjang masa dengan automasi layan diri untuk menangani semua pertanyaan pekerja setiap hari pada skala besar. Dengan penyelesaian kami, kami menyampaikan pengalaman mirip manusia, mencapai lebih 90 peratus automasi dalam masa 30 hari dan mengurangkan kos operasi sebanyak 60%."
Tersedia di SAP Store untuk percubaan percuma, penyelesaian ChatBots dan VoiceBots untuk CX ini dapat membantu perusahaan:
Penyelesaian ChatBots dan VoiceBots untuk EX membolehkan:
SAP Store yang boleh didapati di store.sap.com, menyampaikan pengalaman pelanggan digital yang ringkas dan terhubung untuk mencari, mencuba, membeli dan memperbaharui lebih 2,300 penyelesaian daripada SAP dan rakan kongsinya. Di sinilah para pelanggan boleh mencari penyelesaian SAP dan penyelesaian disahkan SAP yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dan untuk setiap pembelian yang dibuat melalui SAP Store, SAP akan menanam sepohon pokok.
Yellow.ai ialah rakan kongsi dalam program SAP PartnerEdge ® Program SAP PartnerEdge menyediakan alat pendayaan, manfaat dan sokongan untuk memudahkan pembinaan aplikasi yang berkualiti tinggi dan terbaharu yang memberi tumpuan kepada keperluan perniagaan tertentu – secara pantas dan cekap kos. Program ini menyediakan akses kepada semua teknologi SAP yang berkaitan dalam satu rangka kerja yang ringkas di bawah satu kontrak global.
Perihal Yellow.ai
Beribu pejabat di San Mateo, Yellow.ai ialah peneraju global dalam AI Perbualan yang menyampaikan pengalaman autonomi mirip manusia untuk para pelanggan dan pekerja bagi mempercepat pertumbuhan perusahaan. Kami percaya bahawa perbualan yang tidak dapat dilupakan menjadi asas kepada setiap penglibatan jenama yang bermakna. Lebih 1,100 perusahaan, termasuk Sony, Domino's, Hyundai, Sephora, Waste Connections, Ferrellgas dan Randstad mempercayai Platform Automasi Dinamik (DAP) tanpa kod yang dikuasakan AI generatif tanpa kod.
Enjin AI berbilang LLM proprietari DAP, DynamicNLP™, memperkasakan kami untuk mengendalikan 2 bilion perbualan pada setiap suku tahun di lebih 35 saluran dalam lebih 135 bahasa. Kami bersemangat untuk menyampaikan pengalaman perbualan melalui ejen AI Dinamik kami yang membantu perusahaan mencapai kepuasan pelanggan dan penglibatan pekerja yang lebih tinggi. Baru-baru ini kami diiktiraf sebagai Pencabar dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2023 untuk Platform AI Perbualan Perusahaan dan telah memperoleh dana melebihi $102 juta daripada pelabur cip biru serta mempunyai pejabat di enam buah negara.
SAP dan produk serta perkhidmatan SAP lain yang disebut di sini serta logo mereka masing-masing merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi SAP SE di Jerman dan negara-negara lain. Sila lihat https://www.sap.com/copyright untuk mendapatkan notis dan maklrmat tanda dagangan tambahan. Semua nama produk dan perkhidmatan lain yang disebut adalah tanda dagangan milik syarikat masing-masing.
Untuk maklumat lanjut bagi pihak akhbar sahaja:
Sila layari www.yellow.ai untuk maklumat lanjut. Hubungi kami di contact@yellow.ai
Untuk pertanyaan:
Anujaa Singh
anujaa.singh@yellow.ai
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2061481/Yellow_ai_Logo_Logo.jpg?p=medium600