![]() |
HOUSTON, 22 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah mencapai kemajuan yang signifikan bagi Wawasan 2030 miliknya yang terdiri daripada sembilan sasaran yang merangkumi tiga tonggak strategi kelestarian syarikat ini. Syarikat ini menerbitkan kemajuan tersebut dalam laporan kelestarian 2022 miliknya, iaitu Advancing for All (Memajukan untuk Semua).
"Laporan kelestarian tahunan kami menawarkan kami detik untuk mengiktiraf dan meraikan usaha hebat kakitangan kami," kata Chris Johnson, Pengarah Kanan Kelestarian Ascend. "Sebagai sebuah syarikat, kami memberi tumpuan kepada melakukan kemajuan di seluruh perniagaan kami untuk memberi manfaat kepada kakitangan, para pelanggan dan komuniti kami. Itulah makna kelestarian buat kami."
Antara kemajuan yang telah dicapai oleh syarikat ini ialah:
- Penilaian kelestarian pembekal meningkat daripada 5% kepada 56% (sasaran 95%)
- Pengurangan sisa meningkat daripada 20% kepada 37% (sasaran 40%)
- Penggunaan tenaga boleh diperbaharui meningkat daripada 20% kepada 26% (sasaran 90%)
- Penyertaan Ascend Cares meningkat daripada 50% kepada 62% (sasaran 100%)
Selain itu, Ascend turut mencapai pengurangan sebanyak 64% dalam pelepasan gas rumah hijau skop 1 dan mengubah matlamat syarikat tersebut daripada 80% kepada 90% pengurangan. Ascend mengambil bahagian dalam pasaran karbon sukarela untuk mengewangkan sebahagian daripada pengurangan pelepasan dan melabur semula hasil yang diperoleh ke dalam inisiatif kelestarian lain.
"Dalam laporan pertama kami, kami menyatakan bahawa kami mahu menerajui industri dalam aspek kelestarian," kata Phil McDivitt, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ascend. "Kelestarian telah berkembang daripada suatu matlamat kepada sesuatu yang tertanam dalam hampir setiap keputusan yang kami lakukan. Ini menunjukkan kepada saya bahawa kami berada di landasan yang betul, dan saya kekal berbangga dengan usaha yang kami lakukan untuk memajukan matlamat kelestarian kami setiap tahun."
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang usaha Ascend dalam kelestarian dan Wawasan 2030 syarikat ini dengan mengunjungi ascendmaterials.com/sustainability.
Tentang Ascend Performance Materials
Ascend Performance Materials membuat bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Fokus kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi untuk hari esok yang lebih baik melalui inovasi. Berpusat di Houston, Texas dan mempunyai pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya serta mempunyai kemudahan pembuatan global di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Tenaga kerja global kami menghasilkan bahan yang digunakan untuk membuat kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar serta pakaian dan barangan pengguna yang tahanlebih lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian serta kejayaan para pelanggan dan komuniti kami.
Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.
Hubungan: Osama Khalifa, +1 832-963-1347, okhali@ascendmaterials.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2107803/Ascend_2030_Vision_2022.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600