Flyfish membolehkan jenama membina penasihat jualan AI serta-merta yang terlibat dalam pengalaman beli-belah dipacu data secara bersemuka dengan pengguna, sekali gus memacu pendapatan dan membina hubungan sepanjang hayat dengan pengguna.
NEW YORK, 22 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Fracta l(www.fractal.ai),penyedia kecerdasan buatan dan penyelesaian analisis lanjutan global untuk pelbagai entiti termasuk syarikat-syarikat Fortune 500®, hari ini mengumumkan pelancaran Flyfish – platform AI generatif 360 darjah yang pertama untuk jualan digital, yang menyediakan pengalaman perundingan melalui penasihat jualan intuitif. Platform ini mengubah jualan digital dengan menganalisis corak pembelian individu, sejarah pembelian dan pilihan untuk mencipta pengalaman beli-belah yang diperibadikan yang dapat meningkatkan pendapatan dan membina kesetiaan. Pendekatan dipacu data daripada Flyfish ini memahami ciri yang dicari-cari pengguna secara serta-merta dan mampu memandu mereka kepada produk dengan tepat dan secara digital, sambil memastikan interaksi mirip manusia dikekalkan.
"Kami membayangkan masa depan jualan sebagai hubungan pelanggan yang dibina dengan begitu bermakna berdasarkan pemahaman mendalam tentang keperluan dan keutamaan unik setiap pengguna," kata Srikanth Velamakanni, Pengasas Bersama, Ketua Eksekutif Kumpulan merangkap Naib Pengerusi Fractal. "Kehebatan sebenar Flyfish terletak pada penyepaduan yang lancar ke dalam proses jualan organisasi, serta keupayaannya untuk melatih data produk tertentu dan kuasanya untuk menyampaikan pengalaman pengguna tersuai. Sebagai inovasi terbaharu daripada kami, Flyfish mempunyai potensi yang tinggi untuk memberi impak yang ketara dalam pelbagai industri."
Menggunakan Flyfish adalah suatu pekerjaan yang mudah dan cekap. Perniagaan boleh bermula dengan cepat melalui penyegerakkan katalog produk, cagaran pemasaran dan data lain yang berkaitan, menghubungkan Flyfish dengan CRM atau sistem lain dengan lancar. Dalam platform ini, syarikat boleh mengkonfigurasi, melatih dan mencipta Penasihat Jualan AI dengan mudah dalam masa beberapa minit menggunakan Flyfish Domain Models. Ujian menyeluruh memastikan prestasi yang optimum sebelum Penasihat Jualan AI merentasi saluran digital pilihan dilancarkan dan analisis interaksi pelanggan yang berterusan serta data jualan direalisasikan melalui papan pemuka analitik yang boleh disesuaikan, membolehkan pengumpulan maklumat dan data berharga.
"Jualan ialah suatu interaksi intensif dan bidang yang memerlukan perbualan dengan pemahaman konteks dan nuansa yang kuat. Matlamat kami sebelum ini adalah untuk membina pengalaman yang menyerupai pembeli-belah peribadi atau pakar produk, semasa kami mereka bentuk Platform tersebut. Dalam usaha membangunkan Flyfish, kami telah berjaya mencipta perjalanan pelanggan yang sangat diperibadikan yang meniru interaksi manusia dan perundingan produk yang kaya," kata Shridhar Marri, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Flyfish. "Flyfish memperbaharui cara jenama menjual pada saluran digital dan kami dapat melihat momentum awal yang jelas merentasi pelbagai industri seperti e-dagang, runcit, CPG dan perkhidmatan kewangan."
Flyfish menggabungkan pelbagai keupayaan yang hebat, menyepadukan timbunan teknologi pemasaran sedia ada dengan lancar dan mengendalikan data berstruktur & tidak berstruktur dengan berkesan. Ia juga memudahkan pembayaran dan menyepadukan perunding manusia, menyediakan penyelesaian komprehensif yang bukan bertujuan untuk menggantikan kakitangan manusia, malah mencipta peranan dan aliran pengurusan baharu. Dengan gabungan ciri dan keupayaannya yang unik untuk menyampaikan pengalaman jualan melalui perundingan, Flyfish merupakan sebuah platform yang tiada tandingan merentasi industri.
"Flyfish membolehkan jenama mencipta pengalaman sentuhan tinggi pada skala besar dalam semua saluran digital yang digemari oleh khalayak mereka, termasuk laman web, mudah alih, WhatsApp, Instagram, Facebook Messenger, Google Business Messages, Apple Business Chat & WhatsApp. Flyfish telah mengambil pelbagai langkah untuk melindungi data pelanggan yang sensitif dan tidak menjejaskan privasi serta keselamatan data," kata Neeraj Tripathi, Ketua Pegawai Produk Flyfish.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.flyfish.ai.
Tentang Fractal
Fractal ialah salah sebuah syarikat penyedia Kecerdasan Buatan terkemuka untuk syarikat-syarikat Fortune 500®. Visi Fractal adalah untuk memperkasa setiap keputusan manusia dalam perusahaan serta membawa AI, kejuruteraan dan reka bentuk untuk membantu syarikat yang paling dikagumi di dunia.
Perniagaan Fractal termasuk Crux Intelligence (kecerdasan perniagaan dipacu AI), Eugenie.ai (AI kelestarian), Asper.ai (AI untuk pengurusan pertumbuhan pendapatan), Senseforth.ai (AI perbualan untuk perkhidmatan pelanggan) & Flyfish (AI generatif untuk Jualan). Fractal menginkubasikan Qure.ai, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang AI penjagaan kesihatan untuk mengesan Tuberkulosis dan kanser Paru-paru.
Fractal pada masa ini mempunyai lebih 4,000 orang pekerja di seluruh 16 lokasi global yang termasuk di Amerika Syarikat, UK, Ukraine, India, Singapura dan Australia. Fractal telah diiktiraf sebagai sebuah 'Tempat Kerja Hebat' dan 'Tempat Kerja Terbaik untuk Wanita di India' dalam kategori 100 terbaik (besar) oleh The Great Place to Work® Institute; dinobatkan sebagai pemimpin dalam Customer Analytics Service Providers Wave™ 2021, Computer Vision Consultancies Wave™ 2020 & Specialized Insights Service Providers Wave™ 2020 oleh Forrester Research Inc., peneraju dalam Analytics & AI Services Specialists Peak Matrix 2022 oleh Everest Group dan diiktiraf sebagai 'Honorable Vendor' dalam Magic Quadrant™ 2022 untuk data & analisis oleh Gartner Inc. Untuk maklumat lanjut, sila layari fractal.ai