omniture

Milestone Systems Beroleh Hasil Mantap dan Peningkatan Pendapatan pada tahun 2013

Milestone Systems
2014-04-25 23:52 137

COPENHAGEN, Denmark, 25 April 2014 /PRNewswire/ --

Syarikat perisian pengurusan video IP yang menerajui di dunia menyiarkan Laporan Tahunan bagi tahun 2013 yang positif, lalu menekankan kebolehskalaan model perniagaan platform terbuka miliknya yang tersendiri.

Milestone Systems melaporkan hasil tahun 2013 sebanyak DKK 407 Juta (EUR 54.6 Juta), meningkat sebanyak 28 peratus daripada DKK 318 Juta (EUR 42.7 Juta) pada tahun 2012, lantas mengatasi kadar pertumbuhan pasaran unjuran keseluruhan yang sudah pun mantap iaitu kira-kira 20 peratus. Ini merupakan kelangsungan daripada rekod prestasi yang mantap: hasil pendapatan Milestone Systems telah meningkat menghampiri 30 peratus secara purata bagi setiap tahun sejak tahun 2007.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134)

Peningkatan pendapatan yang mantap telah dicapai tanpa menjejaskan keuntungan. Pendapatan operasi sebelum susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat kepada DKK 90 Juta (EUR 12.1 Juta), iaitu peningkatan sebanyak 81 peratus daripada DKK 50 Juta (EUR 6.7 Juta) seperti yang dilaporkan pada tahun 2012. Hasil daripada kebolehskalaan operasinya, margin EBITDA meningkat kepada 22.1 peratus daripada 15.6 peratus pada tahun 2012, manakala pendapatan bersih pula adalah sebanyak DKK 34 Juta (EUR 4.6 Juta) berbanding DKK 10 Juta pada tahun 2012 (EUR 1.3 Juta).

Peningkatan pendapatan adalah disebabkan prestasinya yang mantap di semua lokasi dan juga peningkatan kecekapan bersama rakan kongsi saluran yang menjual dan turut memasang perisian pengurusan video Milestone. Tahun 2013 turut menyaksikan peningkatan mantap daripada segi jumlah rakan kongsi penyelesaian yang membangunkan penyepaduan pihak ketiga bersama platform terbuka Milestone. Pertambahan pendapatan ini merupakan hasil pelaksanaan strategi Milestone dengan keumpilan operasi mula memperlihatkan kesan terhadap seluruh asas kos.

"Kami amat berbangga dengan kesemua keputusan yang diperoleh. Ini jelas menunjukkan kemampuan kami untuk menjana pertumbuhan berkualiti tinggi yang mantap dan pada masa yang sama turut meningkatkan keuntungan, lalu menekankan kebolehskalaan model perniagaan platform terbuka kami yang tersendiri. Kami turut memanfaatkan kekuatan jenama Milestone, di samping meningkatkan skala capaiannya secara eksponen bersama ekosistem rakan kongsi kami yang luas," ujar Lars Thinggaard, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Milestone Systems.

Pada tahun 2013, Milestone telah melabur sebanyak DKK 61 Juta (EUR 8.2 Juta) untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dimanfaatkan sebagai keutamaan penting yang dapat menyokong matlamatnya untuk menjadi peneraju teknologi dan inovator bertaraf dunia, dengan memacu peralihan daripada pengawasan video analog kepada pengawasan video berasaskan IP.

"Kami berada pada saat peralihan penting daripada pengawasan video analog kepada pengawasan video berasaskan IP dan kami yakin perisian pengurusan video platform terbuka adalah penting dalam perkembangan ini. Menerusi gabungan dengan peluang pasaran selain pengawasan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan serta analisis perniagaan, saya yakin kami dapat terus membangunkan syarikat ini dengan jayanya," kata Lars Thinggaard.

Penganalisis industri menjangkakan pertumbuhan berterusan dalam pasaran pengawasan video. Sehubungan dengan itu, Milestone Systems berhasrat untuk memantapkan lagi kedudukan kepimpinannya dalam pasaran global dengan terus memperluas portfolio kompetitif bagi tawaran pengawasan inovatif menerusi ekosistem antarabangsa yang terdiri daripada rakan kongsi saluran, vendor kamera, teknologi serta rakan kongsi penyelesaian.

Milestone Systems: 1 Januari - 31 Disember 2013 





(DKK dan EUR juta)

2013

2012

Pertukaran






DKK 407 Juta /

DKK 318 Juta /

28 %

Hasil

EUR 54.6 Juta

EUR 42.7 Juta







DKK 90 Juta /

DKK 50 Juta /

81 %

EBITDA

EUR 12.1 Juta

EUR 6.7 Juta






Margin EBITDA

22.1%

15.6%

+ 6.5 %-poin






DKK 34 Juta /

DKK 10 Juta /

240 %

Pendapatan bersih

EUR 4.6 Juta

EUR 1.3 Juta


Purata bilangan pekerja

389

351

11 %

Muat Turun: Gambar Ketua Pegawai Eksekutif Milestone Systems, Lars Thinggaard, Logo Milestone Systems dan jadual keputusan tahunan dalam format grafik

Latar Belakang Milestone Systems

Milestone Systems yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan peneraju industri pada peringkat global daripada segi perisian pengurusan video IP platform terbuka, menurut IHS Research. Teknologi ini memberikan pengawasan berkesan yang mudah untuk dikendalikan, andal dan juga terbukti menerusi ribuan pemasangan untuk pelanggan yang telah dilakukan di serata dunia. Menerusi sokongan untuk kepelbagaian pilihan yang paling tinggi bagi perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem lain, Milestone menyediakan penyelesaian terbaik untuk organisasi yang menggunakan video – menguruskan risiko, melindungi individu dan aset, mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Perisian Milestone dijual menerusi rakan kongsinya di 130 negara dengan lebih 100,000 penyelesaian telah dilaksanakan pada peringkat global. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.milestonesys.com.

SUMBER  Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Earnings