FREIBURG, Jerman, 28 April 2014 /PRNewswire/ -- Penyedia perisian kecerdasan perniagaan (BI) yang menerajui di Eropah, Jedox telah melancarkan versi terkini penyelesaian BI yang memenangi anugerah: Jedox 5.1. Memandangkan semakin banyak syarikat daripada seluruh spektrum industri menginginkan lebih kelajuan, kefleksibelan serta automasi daripada penyelesaian BI, Jedox 5.1 menetapkan piawaian baharu bagi perisian BI layan diri.
Jedox 5.1 berperanan dalam pemodelan dipacu data, yang menggabungkan kedalaman kandungan alatan OLAP klasik secara tersendiri bersama kesederhanaan perisian penemuan data terkini. Penyelesaian baharu ini membawakan bersama sokongan proses perancangan berperingkat tinggi dan juga fungsi pemodelan aktif alatan OLAP serta kemampuan perisian penemuan data untuk menganalisis data secara pantas dan fleksibel. Dengan memanfaatkan kuasa pemodelan dipacu data, para pengguna kini boleh menghasilkan keseluruhan model OLAP dengan mudah menggunakan data sedia ada. Model tersebut dapat disediakan dengan serta-merta bagi melakukan tugasan perancangan, pelaporan serta analisis.
Pada peringkat pemprosesan reka bentuk, Jedox 5.1 menyimpan logik pemprosesan dalam skrip import. Ini bermakna, para pengguna dapat mengubah suai proses tersebut dengan lebih lanjut dan turut menggunakannya semula jika perlu. "Menggunakan prototaip pantas sebegini, para pengguna Jedox 5.1 dapat menghasilkan model yang sofistikated secara autonomi dan juga pantas, sebelum mengujinya dalam senario dunia sebenar. Para pengguna kini dapat mengimplementasikan keputusan secara lebih produktif dan cekap," ulas Ketua Pegawai Teknologi Jedox, Matthias Krämer.
Memudahkan perancangan korporat
Jedox 5.1 juga dapat memudahkan perancangan korporat. Versi baharu penyelesaian BI Jedox yang inovatif ini membolehkan para pengguna untuk memasukkan nilai perancangan serta aturan pengagihan atas-bawah yang kompleks secara terus ke dalam perisian, memilih pilihan kemasukan data dan jika perlu, mengatur fungsi pengguna mengikut kumpulan pengguna. "Salah satu kelebihan Jedox 5.1 ialah kebolehan perisian ini membantu anda memperuntukkan kos dengan lebih khusus serta membandingkan belanjawan dengan lebih tepat," jelas Krämer.
Di samping itu, Jedox 5.1 menyediakan fungsi analisis ramalan baharu, termasuklah analisis ramalan berdasarkan program statistik R yang popular. Hasilnya, para pengguna dapat memanfaatkan data inventori bagi membuat ramalan, garis masa serta analisis berpandangan ke hadapan yang lain.
"Baru-baru ini, kami telah dipilih sebagai penyedia perisian BI layan diri yang menerajui bidang ini, dalam tinjauan berprestij terhadap industri BI yang dijalankan oleh BARC. Kami berjaya meningkatkan standard kecemerlangan bidang ini menerusi Jedox 5.1 dan kami akan terus meningkatkan kualiti penyelesaian kami. Versi baharu ini menetapkan piawaian daripada segi kepantasan, kemudahan penggunaan berserta teknik automasi proses BI," kata Ketua Pegawai Eksekutif Jedox, Kristian Raue.
Latar Belakang Jedox: http://www.jedox.com/en/about-jedox/press
Maklumat perhubungan akhbar Jedox: Dr. Joachim Eicher. presse@jedox.com. Tel: +49-761-15147-0.
Sumber: Jedox AG