omniture

Surat Kekurangan Harga Bida Nasdaq

ETAO International Co., Ltd.
2023-06-23 08:27 0

NEW YORK, 23 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 14 Jun 2023, Etao International Co., Ltd. ("Syarikat") menerima surat kekurangan harga bida daripada Nasdaq Stock Market, LLC ("Nasdaq") yang memaklumkan kepada Syarikat tersebut bahawa sekuriti tersenarai perlu mengekalkan harga bida minimum pada $1 sesaham. Berdasarkan harga bida muktamad selama 30 hari perniagaan berturut-turut yang lalu, Syarikat tidak lagi memenuhi syarat ini. Walau bagaimanapun, Peraturan tersebut juga memberikan Syarikat tempoh pematuhan selama 180 hari kalendar untuk mengembalikan kepatuhannya.

Jika pada bila-bila masa dalam tempoh 180 hari tersebut, harga bida muktamad bagi sekuriti Syarikat bernilai sekurang-kurangnya $1 dalam tempoh sekurang-kurangnya sepuluh hari perniagaan berturut-turut, NASDAQ akan memberikan pengesahan bertulis kepada Syarikat tentang pematuhan ini dan perkara ini akan dibubarkan. Sila ambil perhatian bahawa jika Syarikat memilih untuk melaksanakan pencantuman saham, ia mesti melengkapkan pencantuman tersebut tidak lewat daripada sepuluh hari perniagaan sebelum tarikh luput pada 11 Disember 2023 untuk kembali patuh.

Hubungan Media: Wilson Liu wilson.liu@etao.cloud

Source: ETAO International Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:ETAO
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics