omniture

Mauve Group Dianugerahkan Pensijilan ISO 27001 - Piawaian Antarabangsa Keselamatan Data dan Maklumat yang Dipegang oleh Perniagaan

Mauve Group
2023-06-26 15:30
  • Mauve Group menerima pensijilan ISO 27001 – Piawaian Antarabangsa Keselamatan Data dan Maklumat yang Dipegang oleh Perniagaan.
  • Dianugerahkan oleh British Assessment Bureau, Mauve Group dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan pensijilan ISO 27001.

LONDON, 26 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Mauve Group, penyedia terkemuka bagi penyelesaian Sumber Manusia, pekerjaan dan perundingan perniagaan global telah dianugerahkan pensijilan ISO 27001.

 

Dianugerahkan oleh British Assessment Bureau, pensijilan ini merupakan piawaian antarabangsa bagi pengurusan risiko yang berkaitan dengan keselamatan maklumat dan data yang dipegang oleh sesebuah organisasi.

Pensijilan ini menunjukkan komitmen Mauveuntuk menyediakan tahap keselamatan yang tertinggi kepada para pelanggannya.

Memperoleh pensijilan ISO 27001 ini melibatkan penilaian yang ketat terhadap infrastruktur keselamatan maklumat Mauve – mengesahkan bahawa Mauve menggunakan spektrum prosedur, seperti pengurusan maklumat keselamatan, dasar kerahsiaan pelanggan yang teguh, strategi pengurusan risiko dan penyulitan data di seluruh organisasi.

Syarikat yang dianugerahkan pensijilan ISO 27001 kerana mematuhi syarat undang-undang yang berkaitan - termasuk GDPR - boleh mendapat manfaat daripada keselamatan data yang diperkukuh; memperoleh aset maklumat yang berharga dan meminimumkan ancaman data.

Jonathan Ellis, Pengurus Operasi Sistem Mauve Groupmenyatakan:

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Mauve Group telah dianugerahkan pensijilan ISO 27001 yang menunjukkan dedikasi kami dalam menegakkan Piawaian Antarabangsa bagi Keselamatan Data dan Maklumat. Akreditasi ini mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan tahap pematuhan tertinggi dan secara proaktif mengurangkan risiko untuk melindungi maklumat dan data para pelanggan kami."

Memperoleh pengiktirafan global kerana beroperasi dengan piawaian emas amalan dalam keselamatan pengurusan maklumat ini mengesahkan kedudukan Mauve sebagai peneraju industri global yang dipercayai.

Pensijilan ISO 27001 mengukuhkan reputasi cemerlang organisasi ini dalam pematuhan dan keselamatan, memberikan keterlihatan yang lebih besar kepada Mauve untuk menyokong pangkalan pelanggannya yang semakin meningkat pada skala global. 

Tentang Mauve

Menerajui industri mobiliti global selama lebih 27 tahun, Mauve Group ialah penyedia penyelesaian Rekod Majikan global dan pengembangan perniagaan.

PerkhidmatanMauve membolehkan syarikat menyediakan pekerjaan tempatan yang patuh kepada pekerja jarak jauh mereka, tanpa menubuhkan sebuah entiti undang-undang sendiri. Mauve telah membangunkan pengetahuan global untuk menyokong perniagaan daripada pelbagai saiz dan perancangan industri untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ellie Simmons di press@mauvegroup.com atau sila layari www.mauvegroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2108914/Mauve_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mauve Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Workforce Management/Human Resources Awards Data Analytics