omniture

Yili Hadiri Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa 2023 di Qingdao

Yili Group
2023-06-27 13:40 125

QINGDAO, China, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tanggal 15 Jun, Forum Perindustrian dan Rantaian Bekalan SCO dan Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa SCO 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "SCO Expo") bermula di Qingdao SCODA Pearl International Expo Center. Yili Group, sebagai salah satu daripada lima pengeluar produk tenusu terbaik di dunia dan yang terbesar di Asia, kembali ke SCO Expo bersama AMBPOMIOL dan Joyday Ice Cream.

AMBPOMIAL and Joyday Ice Cream at the SCO Expo
AMBPOMIAL and Joyday Ice Cream at the SCO Expo

AMBPOMIAL dan Joyday Ice Cream di SCO Expo

Menerusi tema "Berhimpun di SCO demi Kehidupan yang Indah," SCO Expo menarik minat 330 pempamer, termasuk perusahaan dan institusi dari 34 negara dan wilayah SCO dan BRI. Semasa acara itu, reruai Yili dikunjungi oleh duta-duta ke China, wakil-wakil daripada pihak berkuasa kerajaan dan persatuan industri serta wakil-wakil penjual antarabangsa, kesemua memuji tinggi produk Kumpulan ini dan hasil daripada strategi globalnya. Edil Baysalov, Timbalan Pengerusi Jemaah Menteri Republik Kyrgyz dan delegasi beliau memuji rasa yang unik dan tekstur yogurt AMBPOMIAL selepas mencubanya di reruai Yili.

Sun Jing, Pengarah Bahagian 1, Jabatan Pembangunan Industri, Jawatankuasa Pentadbiran SCODA, berkata bahawa Yili, sebagai pengeluar produk tenusu yang terkemuka di China, menikmati pengaruh antarabangsa yang semakin berkembang hasil daripada produk sihatnya yang premium dan usaha menjalin kerjasama yang saling menguntungkan bersama pihak berkepentingan.

Sejak pelancarannya pada Mei 2019, SCO Expo telah berfungsi sebagai platform penting yang mana SCO berusaha untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala dan pelbagai hala. Antara para pempamer, Yili membina Jaringan Global yang terdiri daripada sistem sumber global, sistem inovasi global dan sistem pasaran global di rantau seperti Asia, Eropah, Amerika dan Oceania yang mana industri tenusu berkembang dengan baik.

AMBPOMIAL dan Joyday Ice Cream dibawa ke acara tersebut oleh Yili. Dilancarkan di Singapura pada tahun 2019, AMBPOMIAL kini merupakan jenama yogurt yang popular di seluruh Asia Tenggara, termasuk di Myanmar, Filipina, Kemboja, Thailand dan Malaysia. Joyday mula diperkenalkan ke Indonesia pada tahun 2018. Dengan 35 varieti dan bahagian pasaran di negara-negara seperti Singapura, Myanmar dan Vietnam, antara lain, hari ini ia merupakan jenama ais krim yang paling baharu dan paling dinamik di Indonesia.

Menurut laporan tahunan terkininya, jumlah pendapatan Yili mencecah RMB 123.171 bilion (kira-kira USD17.207 bilion), mencatatkan pertumbuhan yang mantap selama lebih 30 tahun. Dengan pendapatan meningkat sebanyak 52.2% berbanding tahun sebelumnya, perniagaan luar negara Yili muncul sebagai daya penggerakan yang penting di sebalik pembangunan Kumpulan yang berkualiti tinggi.

Memandang ke hadapan, Yili komited untuk membawakan konsep dan teknologi yang lebih canggih, menambah baik susun atur globalnya pada standard yang tinggi serta mengenal pasti lebih banyak bidang kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi luar negara. Yili yang lebih kuat hasilnya akan menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi yang berterusan dalam industri tenusu Cina serta paradigma pembangunan dwi-kitaran China, yang melaluinya Kumpulan ini akan memupuk Ekosistem Kesihatan Global dan mengejar impian "Perkongsian Kesihatan Bersepadu Sedunia."

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Trade show news