omniture

Para pemenang World Dairy Innovation Awards diumumkan! Yili bawa pulang 18 anugerah

Yili Group
2023-06-27 14:14 92

LONDON, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Kongres Tenusu Global kali ke-16 telahpun diadakan di London, UK pada 21-22 Jun. Dianggap secara meluas sebagai "mata angin" inovasi perindustrian, World Dairy Innovation Awards mengumumkan pemenang-pemenang 2023nya semasa Kongres itu. Hasil daripada kekuatannya yang komprehensif dan seimbang dalam inovasi, Yili berpeluang membawa pulang 18 anugerah, termasuk Pemenang bagi produk tenusu Kanak-kanak dan reka bentuk Pembungkusan, 14 Anugerah Finalis dan 2 Anugerah Terpuji.

Dr. Yun Zhanyou, Vice President of Yili Group, and Dr. Gerrit Smit, Managing Director of the Yili Innovation Center Europe, attending the award ceremony.
Dr. Yun Zhanyou, Vice President of Yili Group, and Dr. Gerrit Smit, Managing Director of the Yili Innovation Center Europe, attending the award ceremony.

"'Perkongsian Kesihatan Bersepadu Sedunia ('World Integrally Sharing Health, WISH)' sentiasa menjadi visi Yili. Yili telah melaksanakan model pembangunan berkualiti tinggi yang dipacu oleh inovasi dan menerima Visi Baharu untuk Penciptaan Nilai. Kami akan terus menyediakan kepada pengguna dunia dengan produk berkhasiat dan sihat yang dapat memenuhi kitar hayat penuh mereka," kata Dr. Yun Zhanyou, Naib Presiden Yili Group.

Tetap bertumpukan pengguna dan menjaga kesihatan dalam seluruh kitar hayat manusia

Menerima anugerah di bawah pelbagai kategori World Dairy Innovation Awards, termasuk susu cair, yogurt, susu tepung dan ais krim, antara lain, Yili mendemonstrasikan sepenuhnya pencapaian inovasinya yang seimbang merentas kategori-kategori makanan sihat yang berbeza.

Sebagai asas kukuh perniagaan Yili, produk susu cair menyampaikan keputusan yang menggamit perhatian semasa Kongres. Porselin Biru dan Putih Edisi Terhad Satine PRO UF Milk diumumkan sebagai Pemenang reka bentuk Pembungkusan.

Muncul sebagai salah satu pusat pertumbuhan sekunder Yili, produk keju Kumpulan ini turut mencapai keputusan yang luar biasa di majlis World Dairy Innovation Awards 2023. Yijiahao Cheese Bomb daripada Yili menjadi Pemenang bagi produk tenusu Kanak-kanak.

Dari segi produk ais krim, ais krim Joyday jenama luar negara Yili, meraih Anugerah Terpuji di bawah kategori inisiatif CSR/kemampanan untuk aktiviti-aktiviti cemerlangnya yang dikhususkan untuk menyokong kebajikan awam.

Kekuatan Yili dalam inovasi diiktiraf tinggi di seluruh dunia, seperti yang dibuktikan oleh pengesahan yang diberikan melalui anugerah-anugerah bertaraf dunia atas usahanya

Tatkala Yili terus meningkatkan kekuatan inovasinya, Kumpulan ini meluaskan jangkauan global pengaruhnya dalam seluruh industri ini dengan pesat. Pada tahun 2022, Yili memenangi enam anugerah, terus memimpin industri ini dengan bilangan anugerah tertinggi yang diterima. Tahun ini, Yili berbangga kerana diberi penghormatan dengan sejumlah 18 anugerah yang luar biasa, lalu menonjolkan keupayaan luar biasanya dalam inovasi.

Usaha inovasi Yili membawakan input R&D perintis dalam industri dan rangkaian inovasi global. Ketika ini, Yili telah menubuhkan 15 pusat inovasi di Asia, Eropah dan Oceania. Ia juga terus melanjutkan kerjasamanya secara berterusan dengan universiti, institusi penyelidikan dan rakan-rakan kongsi kolaborasi yang lain, untuk meluaskan ekosistem inovatifnya.

Memandang ke arah masa depan, Yili akan akan terus mematuhi Visi Baharu untuk Penciptaan Nilai, kekal fokus untuk memenuhi kehendak pengguna dan memajukan R&D yang inovatif secara berterusan. Komited untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai peneraju industri dan merealisasikan matlamatnya berkisarkan pembangunan yang berkualiti tinggi. Yili berdedikasi untuk menyampaikan rangkaian produk sihat yang malah lebih luas kepada pengguna global dalam beberapa tahun akan datang.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Awards Trade show news