omniture

Xinhua Silk Road: SEG Solar, KITB tandatangani kontrak pajakan tanah jangka panjang untuk pembinaan kemudahan sel & modul solar

Xinhua Silk Road
2023-06-27 14:26 99

WASHINGTON, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- SEG Solar (SEG) dan PT Kawasan Industri Terpadu Batang (KITB), mengumumkan pemeteraian perjanjian mengikat untuk pajakan kira-kira 41 hektar tanah yang terletak di Kabupaten Batang, Jawa Tengah, Indonesia selama 80 tahun.

SEG berhasrat untuk melabur sejumlah 500 juta dolar A.S. bagi membangunkan tanah untuk pembinaan sebuah kemudahan pengeluaran sel solar 5GW dan kemudahan pembuatan modul solar 3GW melalui PT SEG ATW Solar Manufaktur Indonesia, sebuah syarikat projek usaha sama. SEG bekerjasama dengan PT ATW Investasi Selaras (ATW Group) untuk membantu pembangunan kemudahan-kemudahan di peringkat tempatan di Indonesia.

SEG and KITB signing ceremony
SEG and KITB signing ceremony

Barisan pengeluaran sel solar akan membekalkan secara vertikal kepada kilang modul SEG di Houston, Texas, AS dan menjamin keupayaan penuh untuk mengesan komponen dalam rantaian bekalan modul. SEG bermatlamat untuk bekerjasama dengan pembekal komponen PV yang lain, termasuk wafer, jongkong, kotak simpang, bingkai dan filem EVA, untuk menubuhkan kilang-kilang pembuatan di Indonesia.

Jim Wood, Ketua Pegawai Eksekutif SEG, menekankan, "Negara tersebut menawarkan persekitaran sokongan dengan dasar yang menggalakkan, faedah percukaian dan sumber silikon yang banyak."

Bahlil Lahadalia, Menteri Pelaburan Republik Indonesia menyatakan, "Pelaburan ini akan mencipta lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan untuk warga Indonesia dan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi wilayah Batang. Kerajaan Indonesia komited untuk menyediakan sokongan cukai, bermatlamat untuk memupuk hasil yang saling menguntungkan." Kemudahan-kemudahan dijadualkan siap dalam suku kedua tahun 2024 dan akan menjadi salah sebuah kilang sel dan modul solar terbesar Indonesia.

Ditubuhkan pada tahun 2016, SEG ialah pengeluar PV bersepadu secara vertikal terkemuka yang beribu pejabat di Houston, Texas, AS. SEG akan memiliki kapasiti pengeluaran modul global sebanyak 5.5GW dalam tahun 2024.

Ditubuhkan pada tahun 2017, ATW Group ialah sebuah syarikat pelaburan tenaga boleh baharu berpangkalan di Indonesia. ATW Group memiliki portfolio lebih daripada 80 MWp di seluruh kepulauannya. KITB merupakan Estet Perindustrian milik negara yang terkini di Indonesia yang dilantik menjadi salah satu Projek Strategik Nasional sejak penubuhannya pada tahun 2020. KITB memiliki tanah berkeluasan 4,300 hektar, dengan pembangunan sedang berjalan di tiga kluster.

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Contracts