![]() |
Bekerjasama untuk menawarkan Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) yang termaju untuk perusahaan bagi menyampaikan pengalaman pelanggan yang kontekstual dan diperibadikan dengan menyepadukan semua saluran komunikasi
DUBAI, UAE, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam pengalaman pelanggan dan penyelesaian pengewangan data, hari ini mengumumkan pengembangan kerjasama strategiknya dengan e& enterprise untuk menawarkan platform CPaaS saluran omni yang termaju kepada perusahaan.
e& enterprise ialah sebuah perniagaan menegak khusus dalam e& yang memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian digital termaju untuk mengubah cara syarikat menjalankan perniagaan. e& enterprise membolehkan organisasi di pelbagai sektor memaksimumkan potensi digital mereka. Melalui Awan, Keselamatan Siber, Internet Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI), e& enterprise mendorong organisasi dan ekonomi ke arah dunia yang lebih bijak, lebih selamat dan lebih mampan.
Kerjasama antara Comviva dengan e& enterprise akan membangunkan ekosistem (CPaaS) termaju yang memanfaatkan platform CPaaS generasi seterusnya milik Comviva dan jangkauan pasaran e&. Ia akan membolehkan keupayaan komunikasi dalam masa nyata, membantu perusahaan meningkat dan memperibadikan pengalaman pengguna akhir mereka dengan lancar merentasi pelbagai saluran.
Perusahaan di seluruh industri boleh menyertai dengan sendiri, mencipta aplikasi dan pengalaman tersuai untuk pelanggan akhir mereka. Dengan model penyampaian berasaskan awan, Platform CPaaS Comviva menyepadukan aplikasi perniagaan dengan lancar dan membolehkan interaksi pelanggan dalam masa nyata yang selamat dan memenuhi semua kes penggunaan penglibatan pelanggan daripada pemasaran, operasi kepada perkhidmatan pelanggan.
Mengulas tentang kerjasama tersebut, Miguel Villalonga, Ketua Pegawai Eksekutif e& enterprise Cloud berkata: "e& enterprise sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperkenalkan penyelesaian digital yang inovatif. Peluang untuk bekerjasama dengan Comviva merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam perjalanan kami untuk mencipta ekosistem CPaaS terbuka dan kolaboratif yang akan membantu perusahaan menyampaikan pengalaman diperibadikan yang lancar untuk para pelanggan mereka. Kami teruja untuk menawarkan engageX, penyelesaian CPaaS kami untuk perusahaan dan membantu mereka mencipta perjalanan pelanggan yang menarik serta berkesan."
Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif Comviva berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan e& enterprise bagi membantu mengubah perjalanan pengalaman pelanggan perusahaan mereka. Kerjasama ini akan membolehkan era baharu pengalaman pelanggan perusahaan yang berlandaskan pengalaman serta pemperibadian pelanggan yang mudah dan beraneka. Dengan platform CPaaS yang baharu ini, e& enterprise berada pada kedudukan yang baik untuk mencipta peluang baharu kepada perusahaan."
Platform CPaaS Comviva merupakan sebuah platform serba lengkap untuk memperkasakan penyedia perkhidmatan Telekom bagi mendorong interaksi pelanggan dalam masa nyata kepada perusahaan. Platform ini menyokong perkhidmatan pemesejan dan sembang yang dikuasakan dengan keupayaan AI perbualan di pelbagai vertikal industri. Keupayaan automasi kognitif dan Pemprosesan Bahasa Tabii (NLP) memperkasakan perusahaan untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan dengan mengautomasikan interaksi pengguna dalam bahasa yang mirip manusia. Ini merupakan salah satu platform yang paling boleh skala dalam industri yang mengendalikan lebih 80 bilion mesej setahun.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2140476/Miguel_Villalonga.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2140477/Manoranjan_Mohapatra.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600