omniture

Yili Kongsi Inovasi Tenusunya di Kongres Tenusu Global

Yili Group
2023-06-27 16:12 106

LONDON, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 21 hingga 22 Jun, Kongres Tenusu Global kali ke-16, bertemakan "Mentafsirkan Semula Tenusu" berlangsung sebagai sebuah platform untuk bertukar-tukar pandangan tentang pembangunan industri tenusu yang berkualiti tinggi. Para peserta melibatkan wakil-wakil daripada kalangan pengeluar produk tenusu, cendekiawan, pakar dan delegasi daripada organisasi-organisasi industri seluruh dunia, termasuk Dr. Yun Zhanyou, Naib Presiden Yili Group dan Dr. Gerrit Smit, Pengarah Urusan Yili Innovation Center Europe.

Semasa satu sesi yang memberi tumpuan pada peluang masa depan, Dr. Yun menegaskan bahawa syarikat-syarikat tenusu harus mengutamakan pengguna, mengguna pakai pendekatan berpandukan inovasi yang menyeluruh serta meluaskan kerjasama global bagi mencapai pembangunan industri yang berkualiti tinggi.

Piercristiano Brazzale, Presiden International Dairy Federation (IDF), mengetengahkan potensi dan peluang yang amat besar di China, sebuah pasaran tenusu baru muncul yang penting. Beliau melihat Kongres tersebut sebagai peluang untuk memperoleh pandangan yang lebih mendalam tentang pembangunan yang terkini dalam industri tenusu Cina serta keupayaan inovasi Yili Group.

Richard Hall, Pengerusi Zenith Global, mengiktiraf terlebih dahulu pembangunan lonjakan yang dicapai oleh industri tenusu Cina selama bertahun-tahun, memujinya kerana telah memainkan peranan utama dalam banyak aspek, terutamanya inovasi. Beliau menegaskan keyakinan beliau terhadap potensi industri ini untuk mencapai kemajuan yang malah lebih besar pada masa akan datang.

Yili hosts the Roundtable on Innovation Leading to a Healthier Future, sharing its insights about the importance of innovation-driven development with industrial partners
Yili hosts the Roundtable on Innovation Leading to a Healthier Future, sharing its insights about the importance of innovation-driven development with industrial partners

Pada sesi perbincangan meja bulat, Dr. Yun berkongsi pendekatan berpandukan inovasi Yili yang menyeluruh, yang melaluinya ia bergantung pada pemprosesan, inovasi digital dan teknologi bagi meningkatkan kualiti produk, meningkatkan pengalaman pengguna dan menjaga kesihatan pengguna.

Berhubung inovasi teknologi dan kesihatan global, Presiden Brazzale menekankan sejauh mana inovasi bertindak sebagai daya penggerak yang penting untuk kesihatan global memandangkan ia membolehkan orang ramai untuk menikmati produk dan perkhidmatan yang lebih selamat, lebih berkesan dan boleh dicapai.

Dr. Judith Bryans berkata, "Kongres Tenusu Global menawarkan kepada kami peluang yang besar untuk berkongsi pandangan global tentang inovasi dan kolaborasi. Ia menonjolkan banyak inovasi penting dalam bidang tenusu, kesihatan dan kemampanan. Khususnya, sangat mengagumkan dapat melihat inovasi terkini yang telahpun dilakukan dalam produk tenusu dari China."

Industri tenusu global telah mencatatkan pertumbuhan yang mantap dalam beberapa tahun kebelakangan ini. En. Hall berkata, "Dunia ini memerlukan pemakanan yang lebih baik untuk penduduk yang semakin bertambah. Industri tenusu akan menjadi penyumbang utama bagi mencari penyelesaian yang lebih bersasar."

Satine dan AMBPOMIAL, dua jenama terkemuka Yili, menyertai Kongres pada tahun ini masing-masing sebagai penaja platinum susu dan yogurt, hasil daripada keupayaan inovasinya yang terkemuka dan kualiti produk yang tinggi.

Di Kongres itu, Dr. Gerrit Smit menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Inovasi untuk Kesihatan Global," berkongsi butiran tentang kisah R&D Yili dan kejayaan teknologi yang dilakar oleh dua produknya – susu tulen organik laktoferin aktif Satine dan yogurt berkarbonat AMBPOMIAL Youqier.

Dalam industri tenusu global yang semakin hijau, didigitalkan dan bersepadu, Yili akan terus mengambil pendekatan bertumpukan pengguna, berpandukan inovasi untuk menyediakan produk sihat yang dapat memenuhi keperluan pemakanan kitar hayat penuh manusia.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Organic Food Retail