VIENNA, 29 April 2014 /PRNewswire/ -- Laporan kongres tahun 2013 Vienna mengandungi keputusan yang sangat baik: Lebih 3,000 kongres dan acara korporat, dan – buat julung kalinya – lebih separuh juta delegasi mewakili rekod baharu.
Pada tahun 2013, 501,337 delegasi (lebih 1 peratus berbanding pada tahun 2012) telah menyertai 3,389 kongres dan acara korporat di Vienna, penambahan sebanyak 13 delegasi lagi berbanding tahun sebelumnya. Namun begitu, kadar penginapan hotel semalaman sebanyak 1,401,888 menurun berbanding kadar tinggi yang luar biasa pada tahun sebelumnya (penurunan sebanyak 8 peratus). Nilai tertambah kebangsaan yang dijana oleh industri persidangan Vienna menyumbang sebanyak 832.17 juta Euro kepada keluaran dalam negeri kasar Austria, sambil mewujudkan 16,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun. Secara keseluruhannya, Vienna telah mencatat kira-kira 12.7 juta pengunjung yang menginap semalaman pada tahun 2013. Pelancongan kongres merupakan 11 peratus daripada jumlah ini.
Statistik terkini yang diterbitkan oleh International Congress and Convention Association (ICCA) pada tahun 2013 mengesahkan Vienna sebagai destinasi No.1 dunia untuk kongres antarabangsa pada tahun 2012 buat kali kelapan berturut-turut. "Kejayaan Vienna sebagai metropolis kongres adalah berdasarkan banyak faktor berbeza," menurut Pengarah Pelancongan Norbert Kettner. "Mesyuarat di ibu negara Austria disokong secara optimum oleh kemudahan perbandaran dan akademik. Dengan 24 agensi pensijilan berlesen untuk Mesyuarat Hijau, Vienna sudah pun menunjukkan wawasan berkenaan dengan kemampanan alam sekitar, manakala kepentingan bandar itu yang semakin meningkat sebagai hab Eropah Tengah pula terbukti sebagai aset yang berharga. Selain itu, projek hotel baharu dalam segmen pasaran berkelas tinggi yang digandingkan dengan pembangunan semula kawasan di sekeliling Main Station yang baharu, sedang menjana dorongan yang mampan." The Vienna Meeting Planners' Guide menyediakan maklumat tentang infrastruktur kongres Vienna – edisi terkini juga boleh didapati sebagai app untuk iPad buat julung kalinya.
Maklumat lanjut: http://www.vienna.convention.at
Pertanyaan:
Vienna Tourist Board
Isabella Rauter
Tel.: +43-1-211-14-301
E-mel: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info