omniture

RS Components dan FCT memasuki perkongsian pengedaran global bagi memberikan kebolehcapaian dipertingkat untuk tawaran saling hubung

RS Components
2014-04-30 11:00 133

Persetujuan francais akan memudahkan pengalaman penyumberan dan pembelian merentasi pasaran yang meluas, lalu menawarkan kepelbagaian lebih tinggi produk FCT untuk berbilang aplikasi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), penyedia dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah menandatangani persetujuan pengedaran global dengan FCT, syarikat Molex*, bagi membekalkan rangkaian popular produk saling hubung D-Sub milik syarikat tersebut ke seluruh dunia.

Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg

Persetujuan rasmi ini mengukuhkan hubungan cemerlang yang telah pun wujud antara dua syarikat itu sejak sekian lama, dan telah ditetapkan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih meluas kepada para jurutera yang membangunkan aplikasi dalam industri barangan elektronik perubatan, perindustrian, industri telekomunikasi dan aeroangkasa, dan lain-lain. Semua pelanggan ini akan menikmati faedah daripada akses lebih pantas kepada pilihan alat ganti FCT yang lebih luas dalam laman web RS, dengan sokongan tambahan daripada banyak sumber reka bentuk dalam talian percuma yang ditawarkan oleh RS.

Buat masa kini RS menyimpan stok untuk lebih 200 D-Sub, tata atur bercampur D-Sub dan juga aksesori serta penghubung berketumpatan tinggi D-Sub daripada FCT, dan turut merancang perluasan rangkaian itu dalam beberapa bulan yang akan datang. Semua penghubung D-Sub FCT termasuk versi standard, SMT, THT, berketak dan dwiport, boleh didapati dalam pelbagai kombinasi bahan serta saduran. Contohnya, kelongsong boleh dibekalkan dalam versi bukan magnet yang dibuat daripada loyang dan disadur dengan nikel tanpa menggunakan elektrik, ataupun disadur emas bagi kegunaan dalam teknologi aeroangkasa serta aplikasi perubatan.

Siri tata atur bercampur D-Sub termasuklah penyambung berkuasa tinggi, penyambung bervoltan tinggi, penyambung pneumatik serta penyambung sepaksi dalam pelbagai reka bentuk. Saiz kelongsong dalam siri D-Sub berketumpatan tinggi menyerupai penghubung D-Sub, dengan bilangan penyambung ditambah secara signifikan.

Kevin McCormack, Ketua Global Bahagian IP&E (Saling Hubung, Pasif & Elektromekanikal) di RS Components berkata, "FCT mempunyai sejarah kejayaan sejak sekian lama dalam membekalkan produk saling hubung kepada pasaran berkepelbagaian. Keputusan mereka untuk meluaskan cabang dengan RS sebagai rakan kongsi pengedaran berfrancais menunjukkan pendekatan yang baharu untuk berkhidmat kepada para pelanggan, yang akan membuatkan penyumberan produk lebih pantas dan mudah, lalu membuka peluang pertumbuhan yang besar kepada syarikat itu."

"Menandatangani perjanjian pengedaran perkhidmatan tinggi pertama kami dengan RS ialah langkah strategik yang signifikan bagi FCT dan turut menunjukkan keinginan kami untuk menjadikan produk kami lebih mudah diakses oleh kepelbagaian pelanggan yang lebih tinggi dari seluruh dunia," kata Tony Monaghan, pengurus jualan UK untuk FCT. "RS mempunyai struktur global serta pengalaman pasaran, selain pendekatan inovatif untuk menyokong para pelanggan, yang akan membantu kami mencapai matlamat ini."

Siri produk D-Sub daripada FCT sedia untuk dibeli terus daripada gudang global RS bagi penghantaran pada hari yang sama.

*FCT Electronics Group telah diambil alih oleh syarikat Molex pada bulan September 2013.

-Tamat-

Latar belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk melalui Internet, katalog dan juga di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidang masing-masing, merangkumi barangan elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, telah mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Maklumat Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Licensing/marketing agreements