omniture

Dr. Robert Cialdini Melancarkan Cialdini Institute, Memperkasa Peminat Pengaruh di Seluruh Dunia

Cialdini Institute
2023-06-27 22:00

TEMPE, Arizona, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Dr. Robert Cialdini, ahli pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang pujukan, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Cialdini Institute. Usaha rintis ini bertujuan untuk menyediakan program komprehensif kepada individu profesional, jurulatih, penceramah, agensi, pasukan dalam syarikat dan universiti yang dapat memanfaatkan kuasa pengaruh beretika dalam memacu hasil yang positif untuk semua.

 

Dr. Cialdini, the ‘Godfather of Influence.
Dr. Cialdini, the ‘Godfather of Influence.

 

Untuk menandakan kejayaan ini, Dr. Cialdini menganjurkan dua webinar yang menarik pada 15 dan 17 Jun yang menarik perhatian peminat pengaruh seramai 10,791 dari seluruh dunia. Semasa webinar ini, 'Godfather of Influence' tersebut berkongsi pandangannya tentang empat kes pemujukan yang amat berjaya, memfokuskan pada Small BIG: perubahan kecil yang memberikan hasil yang besar.

Program yang komprehensif
Setakat ini, Dr. Cialdini kebiasaannya hanya berkongsi nasihatnya secara eksklusif dengan sekumpulan orang yang terpilih sahaja, termasuk ahli profesional di Google, Coca-Cola dan Allianz serta lain-lain lagi. Cialdini Institute, www.cialdini.com, kini membolehkan hasil kerja hidup beliau dapat diakses bagi mempengaruhi para peminat di mana-mana sahaja. Program komprehensif institut ini direka bentuk untuk menyediakan pengetahuan yang mendalam dan strategi praktikal yang boleh diaplikasikan serta-merta dan memastikan para peserta memperoleh kelebihan daya saing dalam bidang masing-masing.

Cipta hasil yang positif
"Saya menganggap Cialdini Institute sebagai asas kepada kerjaya saya," kata Dr. Cialdini. "Memahami cara mempengaruhi orang lain dan diri kita secara beretika membolehkan kita menangani banyak cabaran hari ini dan mencipta hasil yang positif untuk semua. Namun, secara bersendirian, saya tidak dapat menjangkau orang ramai sebanyak mana yang boleh kita jangkau secara bersama. Itulah sebabnya saya memilih untuk menjadikan kerja hidup saya boleh diakses oleh orang ramai untuk mempengaruhi para peminat dari seluruh dunia."

Tentang Dr. Cialdini
Dr. Robert Cialdini dikenali di seluruh dunia sebagai pakar asas dalam sains pengaruh dan bagaimana menerapkannya secara beretika dalam perniagaan. Tujuh Prinsip Pujukan beliau – Timbal Balik, Menyukai, Bukti Sosial, Autoriti, Kekurangan, Komitmen & Konsisten, dan Perpaduan – telah menjadi asas bagi mana-mana organisasi yang serius untuk meningkatkan pengaruh mereka dengan berkesan. Buku Dr. Cialdini, termasuk karya yang sangat besar pengaruhnya iaitu "Influence: The Psychology of Persuasion" telah terjual lebih 7 juta salinan di seluruh dunia, yang diterjemahkan ke dalam 48 bahasa.

Untuk maklumat lanjut tentang Cialdini Institute dan programnya, sila layari: www.cialdini.com.

Imej yang disertakan tersedia untuk kegunaan tanpa halangan. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2108595/Cialdini_Institute.jpg?p=medium600

Source: Cialdini Institute
Keywords: Banking/Financial Service Education Workforce Management/Human Resources New products/services