omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo Produk dan Aplikasi AI Global 2023 diadakan di Suzhou, Timur China mencetuskan desas-desus tentang pembangunan AI

Xinhua Silk Road
2023-06-28 12:48 99

BEIJING, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Ekspo Produk dan Aplikasi AI Global 2023 bermula pada hari Ahad di Bandar Suzhou, Wilayah Jiangsu, timur China, dengan lebih daripada 200 ilmuwan dan usahawan dari dalam dan luar negara berhimpun bersama untuk mengikuti topik-topik mutakhir dan pembangunan termaju dalam industri AI.

Photo shows that the 2023 Global AI Product and Application Expo kicked off on Sunday in Suzhou City, east China's Jiangsu Province.
Photo shows that the 2023 Global AI Product and Application Expo kicked off on Sunday in Suzhou City, east China's Jiangsu Province.

Ekspo berkenaan memfokuskan kepada bidang-bidang yang berkaitan dengan AI termasuk visi perindustrian, perisian perindustrian, perangkaian pintar, pengkomputeran biologi, rangkaian pengkomputeran, meta-semesta. Acara berkenaan melancarkan siri aktiviti seperti majlis pembukaan, forum utama, forum bertema, platform keluaran produk dan prestasi teknologi.

"Bagi Suzhou, ekonomi digital menyediakan peluang yang harus direbut dan pembangunan industri merupakan asas yang paling penting dan kelebihan terbesar Suzhou. Suzhou akan, seperti biasa, menyediakan perkhidmatan terbaik dan keadaan terbaik untuk bakat dan perusahaan AI membangun di Suzhou dan taman perindustriannya," kata Zhang Qiao, timbalan datuk bandar Suzhou. 

Statistik menunjukkan bahawa nilai keluaran industri-industri berkaitan AI di bandar ini berjumlah 125 bilion yuan pada tahun 2022, dengan purata pertumbuhan tahunan mencecah 22.7 peratus sejak tiga tahun yang lalu.

Di majlis pembukaan, China Economic Information Service Cawangan Jiangsu dan Artificial Intelligence Industry Technology Innovation Strategic Alliance mengeluarkan secara bersama Laporan Tahunan mengenai Pembangunan Generasi Baharu Kecerdasan Buatan (2022-2023), memfokuskan kepada pembangunan, trend dan cabaran industri AI di dalam dan luar negara sejak tahun 2022 dan mengemukakan cadangan berhubung pembangunan AI yang mampan di China.

Semasa berlangsungnya acara itu, 20 projek kecerdasan buatan utama dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih daripada 1 bilion yuan dikontrak untuk diselesaikan di Taman Perindustrian Suzhou, melibatkan perisian perindustrian, sensor berkejituan tinggi, robot dan bidang-bidang lain yang akan menyuntik momentum yang kukuh ke dalam kluster inovasi industri AI taman berkenaan.

Tiga anugerah teras turut didedahkan di majlis perasmian tersebut, iaitu "Sepuluh Perusahaan Inovatif Terbaik Tahunan bagi Kecerdasan Buatan di China," "Sepuluh Orang Terbaik Tahunan bagi Kecerdasan Buatan di China" dan "Hadiah Emas untuk Produk Eksposisi Intelektual," untuk menemui dan meninjau bakat serta projek nilai dalam bidang AI di China.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334747.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Awards Trade show news