omniture

Konsortium penyelidikan baharu Kanada dan United Kingdom akan menangani isu penyesuaian penting di Asia

International Development Research Centre
2014-04-30 20:06 134

KATHMANDU, Nepal, 30 April 2014 /PRNewswire/ -- Pusat Penyelidikan Pembangunan Antarabangsa Kanada (IDRC) dan Jabatan Pembangunan Antarabangsa (DFID) UK pada hari ini telah mengumumkan institusi Asia yang akan menjadi sebahagian daripada empat konsortium penyelidikan berbilang rakan kongsi yang baharu bagi menangani impak perubahan iklim di Afrika serta Asia. Dibiayai di bawah program Inisiatif Penyelidikan Penyesuaian Kolaboratif di Afrika dan Asia (CARIAA), inisiatif penyelidikan selama tujuh tahun yang bernilai CAD 70 juta, konsortium ini mengambil pendekatan baharu untuk memahami pertukaran iklim dan turut mencari cara untuk menyesuaikan diri di beberapa rantau yang paling lemah di Afrika dan juga Asia.

Dirancang merangkumi empat konsortium berbilang rantau, CARIAA akan menumpukan perhatian terhadap tiga jenis "titik panas", iaitu rantau separa gersang di Afrika dan Asia Selatan serta Asia Tengah; delta sungai utama di Afrika dan Asia Selatan; dan juga Lembangan Sungai Himalaya, dengan pandangan untuk menyumbang kepada polisi berkesan serta tindakan setempat. Program ini merentangi negara, rantau dan juga sektor. Penyelidikan CARIAA di Asia Selatan dan Asia Tengah tiba tepat pada masanya, seperti yang ditunjukkan oleh seruan tindakan yang dibuat semasa Persidangan ke-8 tentang Penyesuaian Berasaskan Masyarakat yang tamat pada hari ini di Kathmandu.

Konsortium CARIAA untuk lembangan sungai Himalaya dipimpin oleh Pusat Antarabangsa untuk Pembangunan Pergunungan Bersepadu (ICIMOD) yang berpusat di Kathmandu. Rakan kongsinya di Asia ialah Pusat Kajian Lanjutan Bangladesh, Institut Tenaga dan Sumber (TERI) di India, serta Majlis Penyelidikan Pertanian Pakistan. Ia akan melibatkan kajian kes di Pakistan, India, Nepal dan juga Bangladesh. Konsortium yang bekerja di delta sungai termasuklah Universiti Teknologi dan Kejuruteraan Bangladesh, Universiti Jadavpur di India dan turut melibatkan penyelidikan di delta Ganges-Brahmaputra-Meghna serta delta Mahanadi. Baki dua konsortium lagi yang bekerja di rantau separa gersang termasuklah Institut India untuk Penempatan Manusia dan juga Institut Polisi Pembangunan Mampan di Pakistan.

"CARIAA akan menyediakan maklumat penting tentang bekalan air masa hadapan dan tentang pilihan penyesuaian berkesan yang boleh didapati pada skala tempatan, negara serta rantau di negara yang bergantung pada glasier Himalaya Hindu Kush," kata Dr. David Molden, Ketua Pengarah ICIMOD.

"Perubahan yang dijangka dalam corak aliran air dan pencairan glasier akan memberi kesan terhadap kehidupan dan mata pencarian populasi Bangladesh," kata Dr. Atiq Rahman, Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Lanjutan Bangladesh. "Penyelidikan yang dijalankan oleh CARIAA akan menyumbang kepada kemajuan sains dan juga kepada kebajikan populasi yang paling lemah di Bangladesh."

"Kerjasama untuk penyelidikan penyesuaian menghasilkan manfaat bersama yang berskala besar kepada Afrika dan juga Asia. Ia akan memperkaya pengetahuan kita tentang pilihan yang sedia ada untuk membantu populasi yang paling lemah di pelbagai negara serta rantau," menurut Dr. Rajendra K Pachauri, Ketua Pegawai Eksekutif TERI, India dan Pengerusi Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim (IPCC).

Banyak kawasan di Asia sangat terdedah kepada perubahan iklim. Perubahan suhu dan kerpasan akan memberi kesan ke atas salji dan ais di rantau Himalaya Hindu Kush, serta corak peredaran atmosfera yang menyebabkan monsun musim panas Asia Selatan. Perubahan ini boleh merisikokan mata pencarian jutaan orang. Di kawasan hilir sungai, populasi delta Asia Selatan sangat terdedah kepada kenaikan paras laut dan perubahan suhu serta corak taburan hujan. IPCC mengunjurkan jika tiada langkah penyesuaian untuk melindungi populasi daripada risiko yang berkaitan dengan perubahan iklim, ratusan juta orang akan terjejas akibat banjir pesisiran pantai dan akan dipaksa berpindah kerana kehilangan tanah menjelang tahun 2100; majoriti daripada populasi yang terjejas berasal dari Asia Timur, Asia Tenggara dan juga Asia Selatan. Akhirnya di bahagian separa gersang di Asia, kemarau yang lebih kerap dan berpanjangan mengancam ternakan serta pertanian, sumber makanan dan pendapatan yang utama.

Maklumat lanjut, termasuk senarai semua institusi yang dipilih sebagai sebahagian daripada empat konsortium itu, boleh didapati di CARIAA dan ringkasan berita tidak rasmi.

Sertai perbincangannya melalui Twitter (#CARIAA) dan Facebook

Latar belakang IDRC
Sebagai bahagian yang penting dalam usaha polisi asing Kanada, IDRC menyokong penyelidikan di negara membangun untuk menggalakkan pertumbuhan dan juga pembangunan. Di IDRC, menangani perubahan iklim melalui penyelidikan merupakan salah satu aktiviti penting kami. Baca lebih lanjut tentang usaha perubahan iklim kami.

Latar belakang DFID
Jabatan Pembangunan Antarabangsa (DFID) UK mengetuai usaha kerajaan UK memerangi kemiskinan dunia.

Maklumat perhubungan media:

Prabha Sethuraman | New Delhi | +91-11-2461-9411 samb. 7412 | psethuraman@idrc.ca | @IDRCinAsia

Isabelle Bourgeault-Tasse | Kanada | +1-613-696-2343 | ibourgeault-tasse@idrc.ca | @IDRC_CRDI

Source: International Development Research Centre
Related Links:
Keywords: Environmental Issues Environmental Policy