omniture

Kedudukan Universiti Dunia QS ke-20 telah diumumkan

QS Quacquarelli Symonds
2023-06-28 19:46

#QSWUR

LONDON, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, pakar pendidikan tinggi global, telah mengeluarkan edisi kedua puluh Kedudukan Universiti Dunia QS. Menampilkan 1,500 buah institusi dari 104 buah lokasi, ia merupakan satu-satunya kedudukan seumpamanya yang menekankan kebolehpasaran dan kelestarian.

Keputusan tersebut diperolehi daripada analisis ke atas 17.5 juta kertas kerja akademik dan pendapat pakar daripada lebih 240,000 orang ahli fakulti akademik dan majikan. Massachusetts Institute of Technology meraikan dua belas tahun kejayaannya berada di kedudukan teratas, manakala Universiti Cambridge mengekalkan kedudukan tempat ke-2, sementara Universiti Oxford (tempat ke-3) naik satu anak tangga.

Tahun ini, QS telah melaksanakan peningkatan metodologinya yang terbesar dengan memperkenalkan tiga metrik baharu: Kelestarian, Hasil Pekerjaan dan Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa.

"Perundingan mendalam di seluruh pendidikan tinggi global telah memperkasakan Kedudukan Universiti Dunia QS untuk menyelaraskan keutamaan Gen Z dan Alpha dengan lebih baik, memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting kepada para pelajar yang semakin sedar secara sosial dalam dunia yang sedang berkembang pesat," kata Ben Sowter, Naib Presiden Kanan QS.  

Kedudukan Universiti Dunia QS 2024: 20 Terbaik

2024

2023



1

1

MIT

AS

2

2

Universiti Cambridge

UK

3

4

Universiti Oxford

UK

4

5

Universiti Harvard

AS

5

3

Universiti Stanford

AS

6

6=

Imperial College London

UK

7

9

ETH Zurich

Switzerland

8

11

National University of Singapore

Singapura

9

8

UCL

UK

10

27

Universiti California, Berkeley

AS

11

10

Universiti Chicago

AS

12

20

Universiti Cornell

AS

13

13

UPenn

AS

14

33

Universiti Melbourne

Australia

=15

6=

Caltech

AS

=15

18

Universiti Yale

AS

=17

12

Universiti Peking

China

=17

16=

Universiti Princeton

AS

=19

45

Universiti New South Wales

Australia

=19

41

Universiti Sydney

Australia

© QS Quacquarelli Symonds 2004-2023 www.TopUniversities.com


Dalam edisi ini:
 

  • 75% universiti di Afrika mendapat kedudukan yang lebih baik. Sembilan penyertaan baharu.
  • Rantau Arab kekal semakin kompetitif.
  • Universiti terkemuka Asia, National University of Singapore (tempat ke-8) memecah masuk dalam kedudukan 10 terbaik. Korea Selatan dan Jepun kekal kukuh tetapi kurang prolifik. Thailand dan Indonesia semakin meningkat.
  • Australia cemerlang dalam penglibatan global. Tiga buah universiti menyertai kedudukan 20 terbaik.   
  • Kanada: Universiti Toronto menjadi peneraju baharu di peringkat negara.
  • China: Paling meningkat untuk kesan penyelidikan (79% institusi meningkat dalam Petikan setiap Fakulti).
  • ETH Zurich ialah universiti terbaik di benua Eropahuntuk enam belas tahun berturut-turut. 
  • Universiti gabungan Perancismenyerlah. Université PSL (tempat ke-24) menyertai kedudukan 25 terbaik.
  • India: Peneraju baharu peringkat negara, IIT Bombay naik ke kedudukan 150 terbaik di dunia.
  • Universidade de São Paulo (tempat ke-85) menduduki tempat terbaik di Amerika Latin.
  • UK: Menyerlah untuk kerjasama penyelidikan rentas sempadan. 72 daripada 90 institusi memperoleh kedudukan yang lebih tinggi.
  • USA: UC Berkeley, dinobatkan sebagai peneraju dunia dalam Kelestarian, memecah masuk ke kedudukan 10 terbaik. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2142268/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research