HAMILTON, Bermuda, 30 April 2014 /PRNewswire/ --
Perkongsian Silang Portfolio Eksklusif dengan Jamie Oliver Group Mengilhamkan Para Pengguna untuk Mencipta Koktel Mereka Sendiri dengan Mudah
App dan Laman Web Mixed Cocktails Dilancarkan sebagai Kedai Sehenti untuk Resipi Koktel
Bacardi, syarikat minuman keras pegangan swasta terbesar di dunia, sedang menerajui cara memudahkan proses pembuatan koktel dengan dua platform baharu yang direka khas bagi memudahkan para pengguna mencipta koktel mereka sendiri. Melalui perkongsian silang portfolio yang bersepadu sepenuhnya dengan Jamie Oliver Group, syarikat minuman milikan keluarga itu bersedia untuk membawakan seni pembuatan koktel kepada pembuat makanan dan minuman buatan sendiri yang ingin belajar bagaimana untuk membuat koktel kegemaran mereka di rumah. Dengan pengenalan app Bacardi Mixed Cocktails dan laman web MixedCocktails.com, tuan rumah sesuatu majlis kini mempunyai kemahiran untuk menghasilkan koktel kegemaran mereka sendiri di rumah di hujung jari sahaja.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140430/684203 )
Minuman kegemaran pengguna seperti rum BACARDI®, vodka GREY GOOSE®, wiski Blended Scotch DEWAR'S®, gin BOMBAY SAPPHIRE® dan vermouth MARTINI® serta wain berbuih Itali diketengahkan dalam media Jamie Oliver Group, restoran Jamie's Italian dan dalam Drinks Tube yang baru sahaja dilancarkan.
"Bacardi menyasarkan untuk menyediakan pengetahuan minuman, inspirasi serta peralatan yang orang ramai perlukan untuk bereksperimen dan cuba mencipta koktel yang lazat di rumah menggunakan jenama kegemaran mereka," kata Andy Gibson, Ketua Pegawai Pemasaran Bacardi dan Presiden Bacardi Global Brands. "Majlis yang dianjurkan orang ramai di rumah semakin kerap diadakan dan kami ingin membuatkan pengalaman itu lebih dinikmati, dan lebih lazat."
Bacardi dan Jamie Oliver Group
Selama 14 tahun, tukang masak dan penggiat kempen Jamie Oliver telah membolehkan proses memasak makanan lazat mampu dilakukan oleh tukang masak di rumah melalui siri televisyen beliau, buku masakan yang laris dijual, majalah Jamie Magazine dan baru-baru ini, siri FoodTube dalam talian. Kini, beliau telah mengalihkan perhatian beliau terhadap keseronokan penciptaan koktel. Hasilnya, beliau telah mula bekerjasama dengan Bacardi bagi menggalakkan budaya koktel yang sentiasa pesat berkembang dan membawakan seni halus pembuatan koktel ke dalam dapur.
Hasil pertama daripada perkongsian baharu antara Bacardi dan Jamie Oliver Group ini merupakan pelancaran DrinksTube, saluran Youtube sampingan untuk FoodTube. Bacardi ialah rakan kongsi minuman keras eksklusif untuk DrinksTube dan akan menghasilkan bersama kandungan yang memaparkan pelbagai Duta Jenama Bacardi, pakar pengadun dan juga penjaga bar. Saluran baharu itu disasarkan terus kepada para pengguna yang mencari maklumat serta ilham koktel secara dalam talian. Setiap hari Jumaat, segmen koktel baharu akan ditayangkan buat julung kalinya di saluran itu, dengan koktel klasik seperti martini espreso serta margarita sehinggalah adunan bermusim seperti Koktel Coklat GREY GOOSE® yang direka khas oleh penjaga bar terkenal Bacardi, Simone Caporale.
Perkongsian ini akan turut memaparkan kandungan bulanan dalam majalah Jamie Magazine dan di jamieoliver.com, bermula dengan siri resipi ilham Itali daripada Giuseppe Gallo, Duta Jenama Global MARTINI. Tambahan lagi, minuman keras Bacardi akan dipaparkan dalam menu koktel baharu di dalam restoran Jamie's Italian di UK (33 cawangan) dan juga lima lokasi seluruh dunia, lalu membawakan kehadiran menu yang signifikan untuk minuman Bacardi dan peningkatan kebenaran yang diluluskan untuk mengedarkan minuman bagi produk Bacardi.
"Kami mendapat peluang yang hebat melalui perkongsian ini dengan Bacardi dan jenama ikoniknya bagi menyedarkan dunia betapa mudahnya untuk mencipta minuman berkualiti – klasik mahupun baharu," kata Jamie Oliver. "Kami mahu mengilhamkan semua orang dengan semangat untuk mencuba benda baharu di dalam kediaman mereka sendiri, untuk menyedari yang kita semua boleh menjadi pakar pengadun di rumah dan berseronok dengan bahan serta perasa yang ada."
Gibson pula berkata, "Perkongsian dengan Jamie Oliver Group akan menghidupkan misi ini dengan menyediakan siri titik sentuh berbilang untuk para pengguna, sama ada melalui media sosial, majalah Jamie Magazine atau ketika sedang duduk di bar salah satu restoran beliau. Pendekatan Jamie yang praktikal dan tidak remeh terhadap makanan, digabungkan dengan kepakaran koktel pakar pengadun terbaik jenama Bacardi yang dipaparkan dalam app itu akan membantu untuk mengilhamkan orang ramai agar mereka mencuba koktel baharu dan menguja di rumah. Mungkin juga sekadar untuk belajar cara menajamkan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan koktel klasik."
Harta Digital Mixed Cocktails
Dengan berganding bahu bersama Jamie Oliver, Bacardi melancarkan laman web Mixedcocktails.com dan app iOS*, lalu membawakan kepakaran dan seni buatan berkualiti minuman keras selama lebih 150 tahun kepada para pengguna seluruh dunia.
Dengan lebih 400 resipi, arahan ringkas serta panduan penuh inspirasi, si pengadun koktel di rumah boleh menjadi pakar pengadun dalam masa yang singkat. Para pengguna boleh menapis carian mereka dan turut menyimpan minuman kegemaran mereka serta foto minuman campuran mereka sendiri dalam ciri My Bar. Bagi pengguna yang memilih untuk mendaftarkan maklumat mereka, mereka boleh melayakkan diri untuk ciri tambahan, berkongsi resipi minuman mereka dengan beberapa kawan dan turut mendapat lencana bagi setiap tanda aras yang mereka capai. Lencana itu, dengan nama seperti 'Whisky Whiz' dan 'Magnificent Mojito', menambah unsur keseronokan dan juga rasa kepuasan bagi si pengadun koktel di rumah.
Mixed Cocktails akan dikemas kini secara tetap dengan resipi yang dikumpulkan daripada kandungan yang dijana melalui perkongsian DrinksTube. Versi Android untuk app itu akan dilancarkan lewat tahun ini.
Latar belakang Bacardi
Bacardi, syarikat minuman keras pegangan swasta terbesar di dunia, menghasilkan dan turut memasarkan minuman keras dan wain yang dikenali seluruh dunia. Portfolio jenama Bacardi terdiri daripada lebih 200 jenama serta label, termasuk rum BACARDÍ®, rum yang paling laris dijual dan paling banyak merangkul anugerah di dunia; vodka GREY GOOSE®, vodka super-premium yang menerajui di dunia; wiski Blended Scotch DEWAR'S®, adunan Scotch yang paling banyak merangkul anugerah di dunia; gin BOMBAY SAPPHIRE®, gin premium yang paling bernilai tinggi dan paling pesat berkembang di dunia; vermouth dan wain berbuih MARTINI®, vermouth utama dunia dan wain berbuih Itali kegemaran dunia; tequila 100% blue agave CAZADORES®, salah satu tequila premium paling popular di Mexico dan di Amerika Syarikat; dan juga jenama utama serta jenama baru muncul lain termasuklah WILLIAM LAWSON'S®, jenama wiski Scotch global yang paling pesat berkembang; vodka ERISTOFF®, salah satu jenama vodka paling pantas berkembang di dunia; serta ST-GERMAIN®, likueur bunga elder super-premium.
Jenama yang dipaparkan dalam laman web Mixedcocktails.com dan app MixedCocktails adalah sebahagian daripada Bacardi Limited, beribu pejabat di Hamilton, Bermuda. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.
Setelah ditubuhkan 152 tahun lalu di Santiago de Cuba pada 4 Februari 1862, Bacardi yang dimiliki keluarga ini menggajikan hampir 6,000 pekerja, menghasilkan jenamanya di 27 kemudahan dan turut menjual di lebih 150 negara.
*Keserasian: Memerlukan iOS 6.0 atau kemas kini lebih baharu. iPhone, iPad dan iPod touch.
NIKMATI SECARA BERHEMAH.
©2014 BACARDI
BACARDI, SIMBOL KELAWAR & TANDA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PRODUK DALAM SIARAN BERITA INI IALAH TANDA DAGANGAN BACARDI & COMPANY LIMITED ATAU SYARIKAT SUBSIDIARI LAIN BACARDI LIMITED.
Bagi maklumat lanjut, hantarkan e-mel kepada: tarita.mullings@hkstrategies.com / +44-(0)207-413-3734
Sumber: Bacardi Limited