omniture

Youth Creative Award paling berpengaruh di wilayah bertutur bahasa Cina diumumkan di Chengdu

Chengdu New East Exhibition Co.,Ltd
2023-06-28 20:50 43

CHENGDU, China28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 19 Jun, aktiviti siri Times Young Creative Awards 2023 ditaja bersama oleh Chengdu Media Group dan Want Want China Times Media Group serta dihoskan oleh Chengdu New East Exhibition dan Jawatankuasa Penganjur Times Young Creative Awards telahpun diadakan di Chengdu. Di acara berkenaan, Times Young Creative Awards ke-32 dianugerahkan dan anugerah reka bentuk "Digital Creation and Talking about Chengdu" ("Penciptaan Digital dan Perbincangan tentang Chengdu"), anugerah tema khususan yang dicadangkan oleh Chengdu Media Group, turut diumumkan.

The design award of "Digital Creation and Talking about Chengdu", a designated theme award proposed by Chengdu Media Group was announced at the the 32nd Times Young Creative Awards Ceremony.
The design award of "Digital Creation and Talking about Chengdu", a designated theme award proposed by Chengdu Media Group was announced at the the 32nd Times Young Creative Awards Ceremony.

Berdasarkan kepada unsur-unsur budaya Chengdu seperti Burung Kelicap dan menggabungkan unsur-unsur 'mecha', karya reka bentuk barang kemas "The Golden Bird as a Gift in Chengdu" yang dicipta oleh Yang Yulin, Wang Jiyuan, Yu Xiaohan dan Wang Xinhui daripada Sino-British Digital Media Art College, Lu Xun Academy of Fine Arts memenangi hadiah reka bentuk "Digital Creation and Talking about Chengdu". Lai Yuyin daripada Shixin University memenangi hadiah perak untuk karya kreatif "Creation Gift Box of Guanghua, Shu", direka bentuk dengan Chengdu 339 Tianfu Panda Tower sebagai elemen; karya video Zhou Juxin daripada Sichuan Normal University, "Cyber Shu" mengenai imej bandar Chengdu memenangi anugerah gangsa.

Anugerah reka bentuk "Digital Creation and Talking about Chengdu" ini melibatkan dua kategori: reka bentuk publisiti imej digital bandar dan karya kreatif "Chengdu Gift", bertujuan untuk mencipta "Chengdu Gift" yang memiliki kedua-dua kepentingan peringatan bandar dan IP Penciptaan Budaya Digital Chengdu.

Chengdu akan turut menyediakan ruang pembangunan yang lebih luas kepada pasukan yang berjaya – karya yang berjaya akan dilindungi dengan pendaftaran hak cipta dan Chengdu turut merancang untuk melancarkan karya kreatif digital dalam talian yang berkaitan dan menghubungkannya dengan Chengdu Stock Exchange bagi membuka rantaian perdagangan sumber tema budaya yang berkaitan.

Dilaporkan bahawa Times Young Creative Awards merupakan anugerah kreatif belia yang paling berpengaruh di kawasan-kawasan yang bertutur dalam bahasa Cina. Pada tahun 2023, lebih daripada 730,000 orang dari lebih 100 bandar, lebih 1,500 kolej dan universiti di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Times Young Creative Awards ke-32 dan lebih daripada 100,000 penyertaan telah dihantar.

Tahun ini juga merupakan kali keempat Times Young Creative Awards diadakan di Chengdu. Semasa berlangsungnya acara tersebut, bakat-bakat reka bentuk kreatif dari seluruh dunia akan melawat kesemua bahagian Chengdu, mengadakan pertukaran mendalam bersama institusi kreatif tempatan, perusahaan dan taman-taman.

Source: Chengdu New East Exhibition Co.,Ltd
Keywords: Art Computer/Electronics Travel Awards