omniture

SUNRATE tutup pusingan pendanaan Siri D-1 dengan Prosperity7 Ventures sebagai pelabur utama

Sunrate
2023-06-28 21:18 53

SINGAPURA, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- SUNRATE, platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar mengumumkan pada hari ini bahawa Prosperity7 Ventures, dana pertumbuhan terpelbagai di bawah Aramco Ventures, telah membuat pelaburan dalam syarikat ini menerusi pusingan pendanaan D-1 yang terkini.

Prosperity7 Ventures memimpin pusingan pendanaan D-1, yang turut melibatkan pelaburan yang berikutnya oleh Softbank Ventures Asia.

Menurut FXC Intelligence, pasaran pembayaran rentas sempadan B2B global dijangka berjumlah $56.1tn dari segi volum menjelang tahun 2030. SUNRATE bersedia untuk memanfaatkan potensi pasaran yang besar ini. SUNRATE berhasrat untuk menggunakan dana bagi menerajui rancangan pengembangan yang selanjutnya, selain membuat pelaburan strategik untuk terus memperdalam produk dan perkhidmatan termaju SUNRATE, seperti pembayaran antarabangsa dan perkhidmatan pengumpulan global bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai platform pembayaran B2B rentas sempadan yang utama dalam pasaran-pasaran baru muncul.

Baru-baru ini, SUNRATE turut mengumumkan bahawa ia berjaya memperoleh kelulusan lesen Perkhidmatan Pasaran Modal ("CMS") daripada Monetary Authority of Singapore ("MAS"). SUNRATE ialah salah satu daripada segelintir syarikat di Singapura yang turut memegang lesen Institusi Pembayaran Utama (MPI) daripada MAS untuk Perkhidmatan Pengeluaran Akaun, Perkhidmatan Pemindahan Wang Domestik, Perkhidmatan Pemindahan Wang Rentas-sempadan, Perkhidmatan Pemerolehan Peniaga dan Perkhidmatan Pengeluaran E-wang selain daripada lesen CMS.

En. Paul Meng, pengasas bersama SUNRATE berkata, "dalam persekitaran makro-ekonomi yang sukar ini, adanya pelabur berprestij yang baharu dan sedia ada melabur dalam SUNRATE merupakan bukti pertumbuhan kukuh kami yang berkekalan dan juga keupayaan yang terbukti. Pelaburan daripada Prosperity7 Ventures meletakkan kami di kedudukan yang baik untuk mencapai pertumbuhan yang dipercepatkan dan agar berkekalan dengan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pembayaran rentas sempadan B2B global peneraju industri kami dalam pasaran-pasaran baru muncul dengan rancangan untuk berkembang ke dalam pasaran-pasaran baru muncul yang lain seperti Timur Tengah."

"Aplikasi teknologi canggih untuk menangani kewangan dan cabaran pembayaran boleh membuka potensi besar dan mempunyai kesan positif yang ketara dalam mengubah ekonomi dan masyarakat," kata Aysar Tayeb, Pengarah Urusan Eksekutif Prosperity7 Ventures. "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SUNRATE telah berjaya membina rangkaian pembayaran B2B yang meluas yang menangani halangan penting dalam memudahkan pembayaran rentas sempadan yang pantas dan lancar. Kami amat berbesar hati untuk menerajui pusingan pelaburan ini, tatkala kami bekerjasama dengan SUNRATE dan menyokong pertumbuhan berterusan dan pengembangan sistem pembayaran unik mereka merentas geografi baharu."

Latar Belakang SUNRATE

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan membolehkan syarikat-syarikat beroperasi dan berskala di dalam negara dan secara global di lebih 150 negara serta wilayah menerusi platform proprietarinya yang canggih, jaringan global yang luas dan API yang mantap. Menerusi ibu pejabat globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di Hong Kong, Jakarta, London dan Shanghai, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays dan merupakan ahli utama kedua-dua Mastercard serta Visa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SUNRATE, kunjungi https://www.sunrate.com/

Latar Belakang Prosperity7 Ventures

Prosperity7 Ventures (P7) ialah dana pertumbuhan terpelbagai Aramco Ventures, subsidiari Aramco, syarikat tenaga dan bahan kimia bersepadu yang terkemuka di dunia. Nama dana ini berasal daripada 'Prosperity Well', telaga minyak ke-7 yang digali di Arab Saudi dan yang pertama menemui minyak. Membawa ke hadapan sejarah pelopor ini, kami melabur di peringkat global, dengan pandangan jangka panjang, melalui teknologi perintis dan model perniagaan transformasi yang akan membawa kemakmuran dan impak positif pada skala yang luas.

https://www.prosperity7vc.com/

Nota penting: Siaran akhbar ini tidak seharusnya menjadi tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli, dan tidak seharusnya ada apa-apa jualan sekuriti SUNRATE di mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan sekuriti ini akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa sedemikian.

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology