omniture

ZTE menyerlah di MWC Shanghai 2023, membentuk inovasi digital dan menyaksikan nilai dibebaskan

ZTE Corporation
2023-06-29 08:35 102
  • ZTE akan membawakan nilai baharu yang dicipta olehnya dalam tujuh senario, membolehkan hadirin MWC diasyikkan dengan inovasi yang meluaskan sempadan teknologi, mengintegrasikan keupayaan teras dan mengupayakan kecerdasan berautonomi.
  • ZTE akan mengadakan Hari Acara Rakan Kongsi besar-besaran dan acara bersama untuk terlibat dengan operator global, rakan kongsi industri dan pemimpin pemikiran untuk berkongsi pandangan berharga, perspektif dan kajian kes praktikal mengenai pelbagai topik yang mengikuti perkembangan terbaru.

SHANGHAI, 29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global yang terkemuka, bersedia untuk membuat penampilan yang menonjol di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2023 di bawah tema "Membentuk Inovasi Digital" mulai 28 hingga 30 Jun di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Berhubung sepenuhnya dengan pelanggan dan pengguna akhir, ZTE membawakan nilai baharu yang telah dicipta olehnya dalam tujuh senario. Di reruai ZTE, hadirin MWC akan diasyikkan dalam inovasi yang meluaskan sempadan teknologi, mengintegrasikan keupayaan teras dan mengupayakan kecerdasan berautonomi.

ZTE shines at the MWC Shanghai 2023, shaping digital innovation and witnessing unleashed value
ZTE shines at the MWC Shanghai 2023, shaping digital innovation and witnessing unleashed value

Terletak di B20 di Dewan N3, reruai ZTE akan mempamerkan teknologi dan aplikasi ICT perintis Syarikat ini merentas tujuh kawasan pameran imersif: Rangkaian Medan Perindustrian, Kuasa Pengkomputeran Lebih Kuat, Hijau untuk Semua, Infiniti Tanpa Wayar, Dunia Semua Optik, Inovasi Phygital dan Pengalaman Pengguna Lebih Baik.

Berganding bahu dengan rakan kongsi industri, ZTE melancarkan penyelesaian untuk membina kilang terhubung sepenuhnya dengan "Rangkaian Medan Perindustrian + ZTE Digital Nebula". Penyelesaian ini dapat mengoptimumkan rantaian nilai untuk pembuatan proses dan meningkatkan ketangkasan dalam pembuatan diskret, membina kecerdasan perindustrian merata secara komprehensif. Proses pembuatan pintar disimulasikan di kawasan pameran "Rangkaian Medan Perindustrian", melibatkan senario pusat maklumat, pengurusan pengeluaran, pengurusan peralatan, perlindungan tenaga & alam sekitar serta jaminan keselamatan. Sementara itu, ia menunjukkan bagaimana ZTE Digital Nebula mengupayakan kawalan pengeluaran terpusat, pengurusan tenaga, kawalan keselamatan, visi mesin AI, tugas "3D" tanpa pemandu dan logistik pintar di kilang-kilang, memberi dorongan kepada pembangunan perusahaan yang berkualiti tinggi.

Lonjakan tanpa henti dalam kuasa pengkomputeran membawakan permintaan yang lebih tinggi ke atas infrastruktur kuasa pengkomputeran yang mendasari, termasuk pelayan, storan dan pusat data. ZTE komited untuk meningkatkan lagi R&D dan inovasi produk perisian dan perkakasan yang berkaitan dengan infrastruktur kuasa pengkomputeran. Di kawasan pameran "Kuasa Pengkomputeran Lebih Kuat", hadirin MWC dapat menonton demo produk dan penyelesaian ZTE untuk kuasa pengkomputeran yang lebih kuat, termasuk pusat data modular disesuaikan mengikut senario, infrastruktur kuasa pengkomputeran baharu, Cloud DCnet, infrastruktur optik berprestasi tinggi dan penjadualan kuasa pengkomputeran silang-domain. Melalui penyelarasan berbilang awan dan operasi kuasa pengkomputeran yang cekap, produk dan penyelesaian ini memperkasa kedua-dua pembina dan pengendali projek Pemindahan Sumber Pengkomputeran Timur-ke-Barat bagi mengurangkan kos dan mengewangkan kuasa pengkomputeran.

Sebagai pemacu ekonomi digital, ZTE membuka laluan hijau kepada ekonomi digital dengan teknologi yang inovatif. Melalui kolaborasi yang meluas dengan lebih 500 rakan kongsi industri, ZTE meneroka pemerkasaan teknologi untuk penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan peningkatan kecekapan operasi. Zon pameran "Hijau untuk Semua" membawakan penyelesaian inovatif dalam operasi hijau, rantaian bekalan, infrastruktur digital dan memperkasa industri-industri hijau. Dikhususkan kepada empat dimensi, ZTE terus menyokong operator dalam membina rangkaian hijau dan rendah karbon hujung-ke-hujung, memupuk kewujudan bersama yang harmoni antara masyarakat, alam sekitar dan pihak berkepentingan.

Di kawasan "Infiniti Tanpa Wayar", ZTE menawarkan penyelesaian pembinaan rangkaian tepat yang meliputi semua senario, yang disesuaikan mengikut kehendak operator untuk penyepaduan tinggi, lebar jalur besar, frekuensi berbilang jalur, kuasa tinggi dan kapasiti tinggi. Turbo Core memaksimumkan nilai setiap bit oleh penyepaduan perisian-perkakasan. Steady Core untuk rangkaian yang amat andal dan bingkas memastikan operasi yang cekap dan lancar. 5G New Calling diperkasa AI mencipta pengalaman komunikasi waktu sebenar yang unggul melalui penaiktarafan dan inovasi komprehensif merentas peranti, rangkaian, platform awan dan industri vertikal. Kembar digital dan uSmartNet didorong hasrat menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik dan lebih pintar. Teknologi untuk senario 5G-Termaju, seperti Rangkaian Bukan-Daratan 5G, Rangkaian Karbon-Sifar, Internet UAV Altitud Rendah dan Internet Kenderaan, dijangka membawakan peningkatan kapasiti rangkaian 10 kali ganda dan menyerlah nilai yang amat besar.

Sementara itu, sebagai pengusaha utama dalam bidang rangkaian semua-optik, ZTE melancarkan penyelesaian rangkaian semua-optik bernilai tinggi, membina asas rangkaian berkelajuan tinggi untuk ekonomi digital. Di kawasan pameran "Dunia Semua Optik", ZTE akan membawakan siri produk hujung-ke-hujung yang meliputi terminal optik, OAN dan OTN. Dengan aplikasi inovatif, seperti video UHD, metasemesta dan ChatGPT yang terus muncul, ZTE berusaha untuk membina rangkaian optik dengan lebar jalur lebih tinggi dan kependaman lebih rendah serta infrastruktur digital yang sedia mendepani masa depan, untuk menerima ketersambungan merata dalam era 10G.

Zon pameran "Inovasi Phygital (Fizikal berserta digital)" akan mendemonstrasikan nilai-nilai inovatif yang diserlahkan oleh ZTE Digital Nebula 2.0. Syarikat ini, menggabungkan permintaan industri dengan inovasi produk dan penyesuaian memperkenalkan platform ZTE Digital Nebula, platform digital direka bentuk khusus untuk perusahaan. ZTE Digital Nebula 2.0 didatangkan dengan penaiktarafan komprehensif dari segi data, algoritma dan kuasa pengkomputeran yang dikenali sebagai tiga tonggak dalam era kecerdasan digital. Bersama-sama rakan kongsi, ZTE akan meneroka lebih banyak peluang dalam pelbagai bidang bagi mencapai saling menguntungkan, sebagai contoh, transformasi digital perusahaan besar, infrastruktur bandar kritikal, taman perindustrian rendah karbon, kereta api bandar berpandukan data raya, pendigitalan pelabuhan, pelabuhan pintar dan pengurusan air berdasarkan kembar digital. Ia akan mengupayakan penyelesaian penumpuan rangkaian-awan modular, fleksibel, mudah dan amat cekap yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan industri.

Sebagai peneraju teknologi global dalam terminal pintar, ZTE terus melakukan inovasi 5G untuk membina Ekosistem Pintar Senario Penuh 2.0 "1+2+N". Para hadirin akan dapat menikmati siri penuh terminal pintar dan peranti mudah alih di zon "Pengalaman Pengguna Lebih Baik", termasuk tablet 3D tanpa cermin mata berkuasa AI pertama di dunia, cermin mata AR tanpa wayar GPT gred-pengguna pertama di dunia, CPE 5G Wi-Fi 7 pertama di dunia dan terminal awan buku nota 5G pertama di serata dunia. tawaran ini dapat memenuhi kehendak pengguna yang semakin meningkat terhadap pengalaman visual, sambungan lancar dan lanjutan deria.

Di samping itu, ZTE akan mengadakan Hari Acara Rakan Kongsi besar-besaran dan acara bersama semasa pertunjukan tersebut, untuk terlibat dengan operator global, rakan kongsi industri dan pemimpin pemikiran bagi berkongsi pandangan berharga, perspektif dan kajian kes praktikal mengenai pelbagai topik yang mengikuti perkembangan terbaru bertumpukan sekitar 5G, rangkaian optik masa depan dan digital segala-galanya.

Di samping itu, laman web khusus untuk MWC Shanghai 2023 akan dipersembahkan secara dalam talian, membolehkan pelanggan global mengakses perkembangan terkini dan kejadian menarik daripada acara tersebut pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja di dunia. Memainkan peranan yang amat diperlukan dalam industri kecerdasan digital, ZTE aktif menerima momentum transformasi digital. Secara dalaman, ZTE berpegang kepada falsafah perniagaan "Kesederhanaan, Ketangkasan dan Keterbukaan agar Saling Menguntungkan". Secara luaran, ZTE menetapkan kedudukannya sebagai "Pemacu Ekonomi Digital", terus memanfaatkan ketersambungan dan kuasa pengkomputerannya untuk memperkukuh keupayaan teras tindanan penuh ICT dan berkolaborasi dengan rakan kongsi daripada pelbagai industri untuk membina ekosistem yang terbuka dan koperatif demi manfaat bersama. ZTE tetap komited untuk membentuk inovasi digital sambil meluaskan sempadannya dalam transaksi, keupayaan dan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwcs23.html

LATAR BELAKANG ZTE: 

ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat ini menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, portfolionya merangkumi semua siri perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar, talian dawai, peranti dan profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih seperempat daripada populasi global, ZTE berdedikasi untuk mencipta ekosistem digital dan pintar serta mengupayakan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI: 

Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter  www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAAN MEDIA: 

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news